Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Masak Kari Ayam Tanpa Santan. Kuah Pekat Elok. Nak Makan Dengan Nasi Dan Roti Puri Pun Sedap!

0 2,658

Wah! syok juga kalau dapat masak kari ayam hari ni. Kalau tak nak makan dengan nasi putih, korang boleh makan dengan roti puri. Fuh! Sedap weh. Resepi kari ayam kali ni di masak tanpa santan. Kuahnya pekat dan cantik. Lebih tahan dari masak kari guna santan tau.

Nak masak kari yang pekat ni ada tipsnya. Kari yang pekat kena di masak menggunakan bahan kisar dan rempah kari yang lebih sikit. Guna kerisik pun antara bahan yang boleh pekatkan kuah. Ada juga orang yang guna buah keras ye. Sebab buah keras tu membantu pekatkan kuah, selain memberi lemak.

Resepi ni tak pekat sebab santan ye. Kalau korang tak suka masak kari yang ada rasa lemak santan, ni lah resepi yang paling sesuai untuk korang. Masak kari guna santan ni boleh hilang rasa pior kari tu tau. Tak dapat kari rasa kat kedai mamak gitu.

Cara masak kari ni pun ada pelbagai versi. Lain cara, lain rasa enaknya. Masing-masing resepi pun ada tips dan rasa sedapnya tersendiri. Korang boleh try resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Harum Wangi ni. Memang menjadi. Syaratnya follow sebijik-sebijik cara penyediaannya di sini.

Selain daripada menggunakan ayam, resepi ni boleh di masak menggunakan daging. Kuantiti bahan pula boleh adjust ikut kuantiti ayam atau daging yang korang nak masak tu nanti. Untuk rasa lagi pedas, korang boleh tambah cili kisar dalam tumisan.

 

RESEPI MASAK KARI AYAM 

So, tanpa membuang masa lagi. Apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Resepi ni dah lengkap dengan cara penyediaannya yang jelas. Mudah nak faham. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kisar :
  • Bawang merah atau besar *
  • Bawang putih*
  • Halia *
  • Buah keras *

* Agak je ikut kuantiti ayam @ daging.

 

Bahan lain :
  • Bawang merah, bawang putih & halia (mayang kasar)
  • Rempah 4 sekawan
  • Bay leafe (optional) – Boleh guna kari leafe
  • Cili kering 3-4 tangkai (gunting kasar)
  • Ubi kentang (kuantiti terpulang)
  • Ayam (dipotong kecil)
  • Rempah kari + serbuk cili (Boleh juga guna cili kisar jika suka pedas sikit)
  • Asam keping (guna 1 je tapi letak last sekali)
  • Serbuk kunyit (untuk cantikkan warna)

CARA PENYEDIAAN AYAM MASAK KARI :

▶️ Tumis bawang yang dimayang dulu. Bila dah kuning, masukkan bahan kisar dan 4 sekawan untuk bagi wangi.

▶️ Dah ok masuk ayam, ubi kentang dan bay leafe. Guna api besar ya.

▶️ Biarkan bahan merenih dengan ayam kentang. Bagi air darah ayam tu keluar.

▶️ Boleh letak sikit serbuk kunyit nak bagi cantik warna kari.

▶️ Rasa air ayam dah habis keluar, masuk rempah bancuh dengan serbuk cili. Aduk sebati ye. Bagirempah salut ayam & kentang.

▶️ Boleh tambah air sedikit ikut keperluan. Bagi kentang tu masak sikit baru tambah air. Guna api kecil je. Akan nampak kari tu pekat sikit, kacau sesekali je.

▶️ Kalau tak nak pekat sangat, masukkan je air panas ikut tahap yang korang rasa perlu. Nak guna santan pun boleh tapi jangan letak banyak. Nanti tak dapat cantik karinya.

▶️ Dah agak semua dah sebati, kentang pun empuk. Tambah garam, asam keping, gula dan serbuk rasa. Sesuaikan rasa ikut kehendak masing-masing.

▶️ Jika cair kuahnya jangan risau, slow kan je api dan kacau sesekali. Lama-lama kuahnya nampak pekat sikit. Nanti sejuk lagi pekat. Boleh tambah air panas sikit. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Kuih Serabai Yang Lembut Dan Gebu. Siap Dengan Kuah Manisnya Sekali!

 

Siap untuk dihidang! Masak kari dah siap, korang nak makan dengan nasi je ke atau nak makan dengan roti puri. Roti puri instant, roti canai instant pun dah ada jual. Boleh beli yang dah siap kalau nak. Kalau rajin nak nguli, lagi better buat sendiri.

Dulu pernah belajar masak kari yang takde santan ni. Sedap! Memang kuahnya pun pekat. Dan tips yang sama saya gunakan iaitu guna bahan kisar dan rempah kari yang lebih je. Terus kuah jadi pekat. Tak perlu pun nak pakai santan. Masak kari guna santan ni style masak orang Melayu kita.

Kalau nak rasa mamak. Tak perlu guna santan. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Harum Wangi kerana sudi berkongsi resepi masak kari ayam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open