Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Roti Sarang Burung Cheese Yang Dibakar Guna Air Fryer. Sesuai Sangat Untuk Breakfast Anak-Anak!
Pernah dengar roti sarang burung cheese? Menu simple ni sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi anak-anak. Macam roti bakery hasilnya. Yang seronoknya, cuma perlu bakar guna air fryer je.
Sejak-sejak ada air fryer kat rumah, mesti senangkan kerja ibu-ibu untuk memasak kan. Sambil tunggu siap masak, boleh buat kerja lain lagi. Masakan yang dimasak menggunakan air fryer juga lebih sihat.
Resepi ini menggunakan roti putih gardenia dan dimasukkan dalam muffin cup. Kemudian, di tambah dengan telur, cheese dan juga black pepper. Dibakar sehingga garing dan betul-betul masak.
Idea resepi ini juga boleh digunakan bila ada roti gardenia yang dah nak expired. At least takde lah roti tu terbuang kan. Kekadang jemu juga makan roti yang di sapu dengan coklat, peanut dan jem ni. Sekali sekala nak juga bertukar selera.
Resepi roti sarang burung cheese ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Siti Hailia melalui laman Facebooknya. Dipanggil sebagai sarang burung kerana bentuk lengkungannya yang seakan sarang burung.
RESEPI ROTI SARANG BURUNG CHEESE
Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ni tak renyah dan tak banyak pun. Cuma menggunakan 5 bahan sahaja. So, tak nak buang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan dan cara penyediaannya.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Roti gardenia
- Telur
- Black pepper
- Cheddar cheese (Anchor)
- Mozzarella cheese
- Muffin cup (yang muat untuk sekeping roti)
CARA PENYEDIAAN ROTI SARANG BURUNG CHEESE :
▶️ Masukkan satu keping roti dalam muffin cup.
▶️ Kemudian, letakkan sekeping cheddar cheese.
▶️ Pecahkan sebijik telur diatas cheddar cheese.
▶️ Taburkan black pepper.
▶️ Masukkan pula mazzarella cheese ikut sukatan yang anda suka.
▶️ Bakar dalam air fryer pada suhu 160C selama 10 minit.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA: Cara Buat Bakso Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Pasti Tak Berhenti Hirup Kuahnya!
Mudahkan? Sekejap je dah siap. Nak bakar pun tak lama, 10 minit je. Kalau perasan, sukatan untuk resepi ini adalah 1 roti bersamaan 1 telur dan 1 cheddar cheese. Kalau beli kat bakary macam ni mahal juga rasanya.
Sejak pkp ni, macam-macam idea resepi yang kita jumpa. Walaupun hanya roti, tapi boleh dipelbagaikan resepinya. Sebagai contoh puding roti, mini pizza, roti bakar, kek dan macam-macam lagi.
Kalau nampak roti masih banyak dan nak expired, jangan tunggu lama lagi. Cuba resepi ni atau beberapa resepi menggunakan roti yang ada kat blog ini. Confirm tak membazir. Semoga resepi roti sarang burung cheese ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!