Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kuih Lapis Rainbow Yang Sedap. Tekstur Lembut Macam Dodol Tau!
Nah, resepi kuih lapis rainbow. Ada tak peminat dia kat sini? First time nak try buat kuih lapis guna tepung ubi kayu & perisa pandan. Tekstur dia macam dodol, lembut weh! Ni resepi dia, try la buat kat rumah nant.
Nampak meriah betul kuih lapis rainbow kita ni. Ada macam-macam warna kan. Ada banyak lapis pulak tu. Boleh letak macam-macam warna yang korang suka. Makan kuih ni selapis-selapis lagi sedap.
Siapa macam aku, makan kuih lapis se layer-se layer? Sejak dari kecil lagi aku makan kuih lapis macam tu. Tak suka makan direct seketul. Warna dia sebijik macam warna pelengi kan. Buat untuk majlis pun sesuai.
Resepi kuih lapis rainbow ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Azura Felula. Kalau rajin dan ada banyak masa, boleh la buat kuih ni. Kena banyak sabar ye, banyak layer kena buat.
Ada satu lagi masalah nak buat kuih lapis ni. Tang bahagian potong tu. Kalau nak elok dan cantik hasil potongan kuih tu, korang kena guna pisau plastik untuk potong kek atau pisau biasa lapis plastik.

RESEPI KUIH LAPIS RAINBOW
Tak sabar pulak nak buat kuih ni kan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan kuih lapis rainbow ni. Step penyediaannya ada seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 200ml santan
- 300ml air (direbus bersama daun pandan & sejukkan)
- 200g gula
- 200g tepung ubikayu
- 20g tepung beras
- Secubit garam
- Pewarna makanan
CARA PENYEDIAAN KUIH LAPIS RAINBOW :
▶️ Adun semua bahan diatas kecuali pewarna.
▶️ Bahagikan adunan tepung kepada 7 bahagian, masukkan pewarna 1 per 1.
▶️ Sapu kan minyak pada bekas yang hendak di kukus. Kukus setiap lapisan selama 3 minit dan ulang hingga habis.
▶️ Setelah siap kukus setiap lapisan, tambah 20 minit dan kukus keseluruhan.
BACA JUGA : Resepi Sos Thai Homemade. Siap Boleh Guna Untuk Masak Tiga Rasa. Memang Sedap!
Dah siap pun kuih lapis rainbow kita. Meriah weh! Dah macam warna pelangi kan. Sesuai hidang untuk majlis-majlis atau buat minum petang. Cantik kuih ni bila hidang kat pinggan nanti.
Ni la yang orang panggil kuih lapis modern. Kuih lapis zaman sekarang dah ada macam-macam perisa dan warna. Setiap jenis ada rasa enaknya yang tersendiri. Yang ni bau pandan. Bahan simple tapi sedap!
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Azura Felula kerana sudi berkongsi resepi kuih lapis rainbow yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!