Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Salad Timun Korea Yang Sangat Sedap. Rasa Sejuk-Sejuk Rangup Dan Masin-Masin Pedas!
Korang yang suka makan timun kena try resepi salad timun Korea ni. Rasa sejuk-sejuk rangup dan masin-masin pedas kat mulut. Sesuai sangat dimakan dengan daging panggang. Antara timun ni dengan kimchi, timun ni lagi sedap. Rasa dia tak masam dan sangat sedap.
Salad timun ni mudah sangat nak buat. Siapkan waktu pagi dan masuk dalam peti. Malam nanti boleh makan dengan nasi dan dijadikan ulam. Lepas try buat timun ni, tiap kali tu jugak la aku akan buat salad Korea setiap kali ada stock timun kat rumah.
Mesti ada yang tanya kan nak guna timun apa pulak ni? Ha, untuk salad Korea ni korang kena guna timun Jepun. Baru rasa dia lagi sedap. Orang diet nak makan salad timun Jepun ni malam-malam pun boleh. Rasa pedas salad ni korang boleh adjust ye.
Resepi salad timun Korea ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zurina Zulkefli. Dah viral 5k resepi ni. Mesti dah ramai yang cuba buat kat rumah kan. Especially korang yang suka berulamkan timun tima makan.
Orang Korea panggil Oi Muchim. Kita sebut salad timun je. Salad ni maman terlajak sedap ye. Yang suka makan makanan Korea, mesti fall in love dengan salad ni. Bahan-bahan nak buat salad ni pun tak banyak. Mudah je nak dapat kat pasaraya.
RESEPI SALAD TIMUN KOREA
Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan salad timun Korea ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji timun Jepun
- 1 sudu besar Gochugaru (Korean Chili Flakes)
- 1 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 1 sudu besar sos ikan atau kicap cair
- Secubit garam
- Secubit gula
- Minyak bijan (atas citarasa)
CARA PENYEDIAAN SALAD TIMUN KOREA :
▶️ Potong sebiji timun Jepun dan buang bahagian lembik tu. Rendam di dalam air sejuk selama 10 minit untuk dapatkan tektur rangup timun. Toskan timun dan biarkan di dalam mangkuk.
▶️ Kemudian, masukkan 1 sudu besar Gochugaru, 1 ulas bawang putih, 1 sudu besar sos ikan atau kicap cair, secubit garam, secubit gula dan minyak bijan (atas citarasa). Gaul-gaul sebati semua bahan.
▶️ Siap, ini rupa dia bila dah siap. Pun boleh dimakan terus. Sangat sesuai dijadikan snek sampingan.
BACA JUGA : Resepi Coklat Marshmallow Ala Aiskrim. Anak-Anak Confirm Berebut Nak Makan!
Memang sedap dimakan. Rangup dan berjus. Rasa segar je bila masuk kat mulut. Dah siap nanti simpan dalam peti. So, bebila nak makan keluarkan je. Minyak bijan tu korang tak nak letak pun boleh ye. Kalau suka je baru letak. Tak semua orang suka minyak bijan kan.
Makan sald timun Korea ni macam tengah makan jeruk pulak kan. Belum masuk mulut lagi dah kecur liur dibuatnya. Salad ni korang nak ratah macam tu pun boleh. Nak makan sekali dengan nasi pun boleh. Terpulang ikut citarasa masing-masing.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zurina Zulkefli kerana sudi berkongsi resepi salad timun Jepun yang rangup, pedas dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!