Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Coklat Marshmallow Ala Aiskrim. Anak-Anak Confirm Berebut Nak Makan!
Orang dah lama buat marshmallow salut coklat ni. Aku baru nak cuba. Nak try buat untuk anak-anak buah aku nanti. Jumpa resepi lengkap dia kat Facebook, ni haaa resepi takde nama tapi aku letak resepi coklat marshmallow ala aiskrim. Mudah sangat nak buatnya.
Semalam tengah-tengah buka Facebook anak buah aku duduk sebelah je dekat aku. Nampak pulak marshmallow salut coklat ni. Terus dia kata “umie kakak nak yang ni”. Dengan rasa semangat umie diaorang ni terus cakap, “baik nak, esok kita buat ye”. Senyum lebar dia.
Coklat marshmallow aiskrim ni dibuat menggunakan 4 bahan sahaja. Cairkan coklat guna air panas dan sejukkan coklat guna air sejuk je. Haaa, agak-agak macam mana nak buat coklat marshmallow aiskrim ni? Dah siap nanti, terus nampak macam aiskrim tau.
Resepi coklat marshmallow aiskrim ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Rozita Daud. Dalam dia ada marshmallow kemudian di salut pulak dengan coklat button yang dah dicairkan. Beli brand meriah pun dah okey sangat. Rasa coklat pun sedap.
Hampir setiap hari anak-anak minta aiskrim kan. Ganti je aiskrim tu dengan coklat marshmallow, anak-anak confirm happy. Nak simpan coklat marshmallow ni kat dalam peti pun boleh. Terus rasa macam makan aiskrim. Tapi rangup kat luar, lembut dan gebu di dalam.
RESEPI COKLAT MARSHMALLOW ALA AISKRIM
Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan coklat marshmallow ala aiskrim ni. Bahan-bahan dan step penyediaannya seperti di bawah. Sesuai jugak hidang coklat marshmallow ni time birthday anak-anak.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Marshmallow
- Coklat button
- Manik gula
- 2 sudu minyak masak
CARA PENYEDIAAN COKLAT MARSHMALLOW ALA AISKRIM :
▶️ Potong marchmallow dan cucuk kat lidi.
▶️ Ambil coklat button masuk dalam cawan dan minyak masak.
▶️ Letak cawan dalam bekas jug air. Sebelum letak cawan letak air panas dulu baru letak cawan yang ada coklat tadi.
▶️ Kacau sampai coklat cair. Kalau pekat letak minyak sedikit lagi. Teksturnya tak cari dan tak pekat.
▶️ Ambil loyang dan letak loyang besar sikit kat bawahnya. Letak pulak air sejuk. Celup marshmallow yang dah cucuk kat lidi tadi dan celup dalam coklat.
▶️ Toskan coklat. Lepas toskan baru tabur manik warna warni.
▶️ Dah siap nanti, masuk dalam peti beku kejap. Nak bagi cepat keras coklat yang atas tu.
BACA JUGA : Resepi Kuih Belebab Atau Jelebak Yang Mudah Dan Sedap. Lemak Manis Rasanya!
Dah siap pun! Kalau takde plastik boleh letak coklat marshmallow ni dalam bekas. Lepas tu simpan dalam peti. Anak-anak nak makan boleh ambil je terus dalam peti nanti. Yang penting bagi anak-anak makan nasi dulu sebelum makan benda manis macam ni.
Marshmallow salut dengan coklat macam ni selalu jugak jumpa kat luar. Tapi mahal jugak orang jual. Anak-anak pulak makan tak cukup secucuk. Baik buat sendiri kat rumah. Jimat pun jimat. Anak-anak tak ajak keluar lagi nak beli ais krim lepas ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Rozita Daud kerana sudi berkongsi resepi coklat marshmallow ala aiskrim ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!