Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Paling Letop. Sambal Ikan Bakar Merecik Sedap. Confirm Puas Hati!

0 2,853

Siapa je tak suka makan ikan bakar kan? Tapi apa yang buat ikan bakar itu lebih enak dan mengiurkan? Sudah tentu sambalnya. Padu sambalnya maka dijamin sedap la ikan bakar itu. Mesti ramai penggemar sambal ikan bakar kan? Ikan bakar merupakan sejenis hidangan ikan yang dibakar menggunakan arang.

Ia dikategorikan dalam masakan Indonesia, Malaysia dan pelbagai negara Asia. Antara negeri yang terkenal dengan ikan bakar adalah Melaka. Dekat Melaka je da berapa banyak kedai ikan bakar sepeti ikan bakar malim, medan ikan bakar alai dan banyak lagi. Sambal ikan bakar ni menjadi kegilaan ramai orang.

Memandangkan sekarang negara kita dilanda pendemik covid-19, jadi agak merisaukan jika kita kerap kali keluar rumah. Nak rentas negeri pun tak boleh sekarang ni. Jadi, kalau ada peluang dan resepi yang boleh membantu kita untuk buat sambal ikan bakar dirumah, pasti akan ada yang mencubanya.

Terima kasih pada Cik Puan Nana Sabrina Sarsan diatas perkongsian beliau tentang Resepi Sambal Ikan Bakar ni dilaman facebooknya. Tengok dari gambar yang dikongsikan rasa tak sabar nak mencubanya.

Lebih mudah, resepi sambal ikan bakar kali ni tak perlu dibakar menggunakan arang tau. Cuma menggunakan oven sahaja. Kan senang tu. Nak makan bila-bila pun boleh. Tak perlu kipas arang untuk dapatkan sambal ikan bakar yang sedap.

 

RESEPI SAMBAL IKAN BAKAR

Bahan yang diperlukan untuk buat sambal ni pun mudah diperolehi. Ala, bahan asas memasak yang ada kat dapur tu je. Tapi ingat, kalau nak lagi sedap sambal ikan bakar kita, gunalah ikan-ikan yang segar. Hurmm, agak terliur dah ni bila kongsi pasal sambal ikan bakar.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ikan untuk dibakar (tak kisah ikan apa, ikut selera masing-masing)
  • 1 sdm santan pekat kara
  • 1 batang serai dititik
  • Minyak
  • Garam dan gula
  • 1 sdt lada hitam kasar
  • Limau kasturi

Bahan kisar adalah:

  • Kunyit hidup/serbuk kunyit
  • Bawang merah bombay
  • Bawang putih
  • Halia
  • Belacan
  • Udang kering
  • Kiub ikan bilis (tak letak pun boleh)
  • Cili kering buang biji

Bahan Hiasan adalah:

  • Cili merah buang biji
  • Cili padi

CARA PENYEDIAAN SAMBAL IKAN BAKAR : 

▶️ Mula-mula panaskan minyak. Kemudian masukkan serai dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi. Tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Bila sambal dah pecah minyak, masukkan bahan perasa santan dan lada hitam kisar. Kacau lebih kurang 5 minit. Pastikan rasa sambal tu sedikit masin ya, jangan tawar sebab nak perap dgn ikan, kalau sambal tawar nanti ikan pun rasa tawar juga.

▶️ Beginilah rupa sambal tadi. Tunggu hingga sejuk sebelum perap dengan ikan.
kalau ada lebihan sambal, jangan buang pula, simpan je dalam bekas dan letak dalam peti sejuk. Bila-bila kalau nak guna panaskan dulu.

▶️ Sediakan tempat membakar (oven), alas tray dengan foil, sapukan minyak kemudian susun ikan. Sapaukan sambal ke atas ikan.

▶️ Ratakan sambal di atas ikan tersebut dan perap selama 30 minit.

▶️ Selesai perapan 30 minit, masukkan ke dala moven, bakar pada suhu 180℃ (api atas dan bawah) selama 45 minit, nak lagi garing boleh bakar lama sikit.

▶️ Setelah sambal ikan bakar masak, bolehlah taburkan cili yang dihiris, bawang dan bahan-bahan lain untuk hiasan. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti John Sardin Yang Power. Ala-Ala Bazar Ramadhan. Confirm Menjilat Jari!

 

Mudahkan! Beginilah rupa sambal ikan bakar yang dikongsikan oleh Cik Puan Nana Sabrina Sarsan. Dah tak perlu buat sambal cicah lagi. Hanya perahkan limau dah cukup power.

Limau tu bukan sebagai hiasan sahaja tau tapi untuk diperah diatas sambal ikan bakar untuk melazatkan lagi masakkan. Ingat masak sambal ikan bakar ni kena guna ikan segar. Ikan siakap, pari dan lain-lain jenis ikan pun boleh. Ikut selera masing-masing.

Selepas dah tahu resepi sambal ikan bakar  yang letop ni, tak perlu beli lagi dekat kedai atau restoran. Sudah tentu mahal dan rasa tak puas makan. Apa tunggu lagi, dah boleh buat sendiri dekat rumah. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open