Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Terbaik Untuk Minum Petang. Kuih Kaswi 3 Lapis 3 Rasa. Patut Cuba!

0 1,604

Cuaca sekarang asyik hujan je petang-petang. Tapi takpe, hujankan satu rahmat Allah. Pernah tak makan kuih kaswi? Biasanya kuih kaswi orang buat gula merah je kan? Tapi perkongsian hari ni adalah resepi kuih kaswi 3 lapis 3 rasa. Apa yang menariknya adalah kuih ini mempunyai tiga rasa sekali gus dalam satu loyang.

Kebiasaannya minum petang yang mudah dibuat adalah pisang goreng, epok-epok, kalau kali ni dapat tukar selera buat kuih kaswi 3 lapis 3 rasa pun seronok. Pekena pula dengan teh o panas syok juga. Kuih ni nampak cantik dan menarik sangat.  Mungkin disebabkan ia mempunyai pelbagai warna.

Risau kuih cepat rosak sebab ada kelapa? senang je, kalau nak kuih ni tahan lama gulung atau tabur kelapa masa nak makan. Selain itu,  kelapa parut tu perlu dikukus 4-5 minit. Barulah kuih tak cepat rosak. Kuih ni terkenal dalam masyarakat melayu kita. Tok moyang kita dulu memang selalu buat kuih muih tradisional macam ni.

Setiap lapisan pada kuih ni terpulang pada individu. Ada yang gemar dengan pandan, jagung dan gula merah. Ada juga yang nak mencuba resepi baru iaitu berperisa durian. kebiasanya kuih macam ni orang akan buat bila ada kenduri. Sesuai sangat dihidangkan pada tetamu.

Terima kasih pada pemilik youtube Mai Cooking sebab sudi berkongsi resepi kuih kaswi 3 lapis, 3 rasa yang enak ini. Resepi yang tak lapuk di telan zaman. Yang mana masyarakat kini masih gemar dengan kuih-kuih sebegini.

 

RESEPI KUIH KASWI 3 LAPIS, 3 RASA

Kuih kaswi 3 lapis, 3 rasa ni hanya perlu dikukus sahaja. Senang kan? Nak lagi sedap kuih ni mesti dimakan dengan kelapa muda. Jangan ambil kelapa tua pula, takut berhampas.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Lapis kaswi gula merah

  • 3/4 cawan air (188ml)
  • 4 sudu besar gula merah (60g)
  • 1 sudu besar gula pasir (13g)
  • Sehelai daun pandan
  • 1/3 cawan tepung gandum (42g)
  • 2 sudu besar tepung kanji ubi kayu (16g)
  • 1 sudu teh air kapur (5ml)
  • Sedikit pewarna/kicap manis

 

Lapis kaswi pandan
  • 2 helai daun pandan
  • 3/4 cawan air (188ml)
  • 4 sudu besar gula pasir (52g)
  • 1 sudu besar santan pekat
  • 1/3 cawan tepung gandum (42g)
  • 2 sudu besar tepung kanji ubi kayu (16g)
  • 1 sudu teh air kapur
  • Sedikit pewarna hijau

 

Lapis kaswi jagung
  • 3/4 cawan air (188ml)
  • 1/3 cawan tepung gandum (42g)
  • 2 sudu besar tepung kanji ubi kayu (16g)
  • 4 sudu besar gula pasir (52g)
  • 1 sudu besar kordial jagung (15 ml)
  • 1 sudu besar santan pekat (15ml)
  • 1 sudu teh air kapur (5ml)
  • Sedikit pewarna kuning

CARA PENYEDIAAN RESEPI KUIH KASWI 3 LAPIS 3 RASA ADALAH:

Lapisan pertama : lapis kaswi gula merah

▶️ Mula-mula sediakan air gula dahulu dengan menggunakan sehelai pandan, 4 sudu besar gula merah (60g), 1 sudu besar gula pasir (13g)dan tuangkan 3/4 cawan air (188ml). Didihkan sehingga gula larut.

▶️ Biarkan air gula sejuk dan suam. Kemudian tapiskan.

▶️ Campurkan air gula dengan 1/3 cawan tepung gandum (42g), 2 sudu besar tepung kanji ubi kayu (16g), 1 sudu teh air kapur (5ml)dan sedikit pewarna/kicap manis.

▶️ Kacaukan hingga sebati. Air kapur akan menjadikan kuih kaswi kenyal. Jangan risau adunan kuih kaswi memang agak cair.

▶️ Kemudian tapiskan sekali lagi. Dan asingkan.

 

Lapisan kedua : lapis kaswi pandan

▶️ Guntingkan 2 helai daun pandandan masukkan kedalam pengisar. Kemudian tuangkan 3/4 cawan air (188ml) dan kisar.

▶️ Tapis untuk dapatkan air pandan.

▶️ Campurkan air padan dengan 4 sudu besar gula pasir (52g), 1/3 cawan tepung gandum (42g), 2 sudu besar tepung kanji ubi kayu (16g), 1 sudu besar santan pekatdan sedikit pewarna hijau.

▶️ Kacau hingga sebati, tapis dan asingkan.

 

Lapisan ketiga : lapis kaswi jagung

▶️ Masukkan dalam satu bekas kosong 1/3 cawan tepung gandum (42g), 2 sudu besar tepung kanji ubi kayu (16g), sudu besar gula pasir (52g), 1 sudu besar kordial jagung (15 ml), 1 sudu besar santan pekat (15ml), sedikit pewarna kuning, 1 sudu teh air kapur (5ml)dan 3/4 cawan air (188ml).

▶️ Kacau sehingga sebati kemudian tapiskan.

▶️ Siap untuk 3 adunan kaswi untuk 3 lapis.

▶️ Didihkan air, panaskan loyang selama 1 minit bertujuan supaya kuih kaswi mudah dikeluarkan nanti.

▶️ Tuangkan separuh dari adunan gula merah. Kukus dalam masa 5 minit dengan api yang sederhana.

▶️ Tuangkan adunan gula merah selebihnya.Kukus dalam masa 5 minit dengan api yang sederhana.

▶️ Setiap warna bahagikan 2 dan kukus selama 5. Tujuan lapis sikit-sikit ni supaya dapat lapisan yang sekata.

▶️ Lapisan terakhir kukus 10 minit dalam api yang sederhana.

▶️ Jika bahagian tengah kuih ada air resapkan dengan tisu bersih. Kemudian kukus lagi tanpa penutup selama 10 minit.

▶️ Biarkan sehingga kuih betul-betul sejuk. Kuih yang masih panas agak lembik dan susah untuk dipotong.

▶️ Selepas 3 jam, tarik sedikit demi sedikit bahagian tepi kuih. Kemudian tarik dari satu sudut dan keluarkan kuih.

▶️ Siap untuk dipotong dan dihidang minum petang.

 

BACA JUGA: Resepi Paling Letop. Sambal Ikan Bakar Merecik Sedap. Confirm Puas Hati!

 

Dah siap tu bolehlah gulungkan dengan kelapa. Kelapa tu pula kena letak sedikit garam barulah rasa keenakan kuih kaswi tu. Perlu mengambil masa yang agak lama untuk dimakan, sebab tak boleh potong panas-panas, kena tunggu kuih sejuk baru boleh potong. Terpaksalah termenung dulu.

Untuk mendapat potongan yang licin, alaskan sehelai plastik bersih atas kuih, dan potong kuih dengan menekan pisau atas plastik tadi, hasil potongan kuih licin dan tak sememeh, pisau pun bersih tak melekit-lekit.

Semoga perkongsian resepi kuih kaswi 3 lapis 3 rasa ini dapat memberi manfaat kepada semua. Buat sendiri lebih berbaloi dari tempah atau beli kat luarkan sana. Dalam masa yang sama, boleh ajar anak-anak cara buat kuih tradisional melayu kita supaya ia tak dilupai. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open