Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ikan Merah Masak Stim Limau Yang Cukup Menggiurkan. Confirm Terangkat Dibuatnya!
Resepi ikan merah masak stim limau ini cukup menggiurkan. Kuahnya dimasak berasingan dengan ikan. Selesai memasak kedua-duanya, barulah dicurahkan kuah stim limau pada ikan merah yang juga siap distim.
Hasilnya ala-ala stim Thai. Anda juga boleh melebihkan penggunaan jus limau untuk mendapatkan rasa yang lebih masam pada kuah. Ikan merah mempunyai isi yang lembut dan sangat sesuai dimasak berkuah seperti ini.
Memandangkan semua restoran tidak dibenarkan beroperasi waktu malam, pasti ramai antara kita yang dah merindui hidangan stim ala Thai kan. Lebih-lebih lagi hidangan seperti ini hanya dihidang waktu malam saja dikedai makan.
Jangan bimbang, dengan mengikuti perkongsian resepi dari Cik Puan Syakila Thulus anda dapat menikmati keenakan ikan merah masak stim limau homemade. Sangat mudah caranya. Dijamin sekali mencubanya, pasti rasa nak lagi!
Ikan merah boleh dimasak pelbagai cara seperti masak kari ikan merah, masak asam dan macam-macam lagi. Anda juga boleh mencuba resepi ini. Selain dimakan dengan nasi putih panas-panas, anda juga boleh meratah ikan begitu saja.
RESEPI IKAN MERAH MASAK STIM LIMAU
Terima kasih diucapkan pada beliau kerana sudi berkongsi resepi ini difacebook buat rujukan semua penggemar masak stim dan pengguna media sosial. Sedap sangat dihidang buat makan malam anda bersama keluarga.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk kuah stim limau :
- Lime juice
- Sos Ikan
- Kiub Ayam
- Bawang Putih (dicincang)
- Cili padi hijau/ merah (dihiris)
- Daun ketumbar (dihiris)
- Tomato ceri (dibelah 2)
- Gula Merah
Bahan lain :
- 1 Ekor ikan merah
- Sedikit garam
- Halia (dihiris)
- 4 batang serai (diketuk)
CARA PENYEDIAAN IKAN MERAH MASAK STIM LIMAU :
Cara mengukus ikan :
▶️ Masukkan ikan yang dah dicuci bersih dan dikelar badannya dalam pinggan pengukus. Kemudian lumur dengan sedikit garam.
▶️ Tabur hirisan halia pada ikan, masukkan serai dalam badan ikan. Kukus selama 20 minit atau hingga ikan masak.
Cara penyediaan kuah stim limau :
▶️ Tumis bawang putih, cili padi dengan sedikit minyak hingga garing.
▶️ Masukkan sos ikan dalam 2-3 sudu besar dan kiub pati ayam.
▶️ Masukkan 3 sudu besar jus limau dan dan semangkuk kecil air. Sukatan jus limau ikut citarasa kemasaman anda.
▶️ Masukkan gula merah secukup rasa. Nak balancekan masam dengan manis.
▶️ Last sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato ceri. Kacau dan bila mendidih tutup api.
Cara hidangan ikan merah masak stim limau :
▶️ Keluarkan ikan dari pengukus dan pindahkan ke pinggan hidang. Curahkan kuah stim limau tadi ke atas ikan.
BACA JUGA: Resepi Kek Lemon Gebu Guna Blender Jer. Serius Sedap, Lagi-Lagi Dengan Aroma Lemonnya!
Siap untuk dihidang! Boleh dihidang juga dengan lauk pauk yang lain seperti sotong goreng tepung dan juga sayur campur. Ala-ala makan kat kedai Thai waktu malam tau. Makan dirumah, tapi berangan ala makan diluar.
Aroma serai, hirisan halia dan kuah stim limau pasti buat anda tak sabar menjamunya. Terliur sejak dari masak lagi. Ada juga orang yang jenis membayangkan keenakan masakan dari melihat gambar saja.
Anda yang mana satu? Jangan tengok pada gambar je. Rugi sangat! Boleh terus cuba untuk makan malam anda bersama keluarga tersayang. Semoga resepi ikan merah masak stim limau ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!