Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi ayam goreng pedas yang rangup dan sedap. Simple sangat cara penyediaannya. Sekejap je dah siap!
Bosan dah makan ayam goreng guna tepung bestari. Apa kata hari ni korang follow satu resepi ayam goreng pedas yang di masak menggunakan serbuk cili dan tepung beras. Sangat mudah cara penyediaannya. Sekali pandang ayam goreng pedas ni macam ayam goreng berempah tau!
Tapi resepi ni tak macam ayam goreng berempah yang banyak guna rempah ratus tu ye. Korang tak perlu masukkan serbuk jintan ke, serbuk kari ke. Just guna serbuk cili dan tepung beras je, dah sedap macam korang makan ayam goreng berempah kat luar tu.
Lauk ni sangat simple untuk korang yang selalu sibuk bekerja. Cukup sedap di makan dengan nasi putih panas-panas. Nak buat bekal pagi-pagi sebelum pegi office pun boleh. Memang tak ambil masa yang lama untuk korang sediakan. Cepat, mudah dan sedap!
Resepi ayam goreng pedas ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Hajar Mohd melalui laman Facebooknya. Resepi ni tak sampai 24 jam lagi post kat Facebook. Dah dapat 2.3k share. Sure memang ramai yang suka makan ayam goreng. Tapi, korang mesti tertarik dengan resepi simple ni.
Untuk penggunaan ayam ni. Korang boleh beli mana-mana je bahagian ayam yang korang suka. Tapi kalau ikut resepi sis ni, beliau menggunakan bahagian dada ayam je. Mudah nak makan nanti. Dada ayam ni senang nak makan guna sudu. Tak payah nak pegang-pegang tulang lagi.
RESEPI AYAM GORENG PEDAS
Resepi ni tak guna bahan memasak yang banyak ye. Lebih kurang 6 bahan je macam tu. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang di perlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Dada ayam di potong kecil
- Garam
- Kunyit
- Serbuk cili
- Titis pewarna kuning telur
- Tepung beras
- Daun kari
CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG PEDAS :
▶️ Mula-mula potong kecil dada ayam. Gaul dengan garam dan kunyit.
▶️ Kemudian, letak serbuk cili sikit supaya pedas. Gaul rata.
▶️ Letak beberapa titis pewarna kuning telur supaya nampak lebih menarik warnanya.
▶️ Masukkan tepung beras sikit untuk bagi garing.
▶️ Panaskan minyak baru. Masukkan ayam dalam minyak. Make sure minyak kena banyak dan betul betul panas ye. Barulah elok je jadinya.
▶️ Seterusnya, masukkan daun kari.
▶️ Dah garing, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate. Mudah Sangat Nak Buat. Memang Sedap!
Masa makan ni terbayang sambal lada. Kalau nak makan dengan sambal lada pun sedap tau. Tapi dah pedas ayam ni. Korang yang suka extra pedas je boleh makan ayam ni dengan sambal lada. Mudah je kan cara nak buat resepi ayam goreng pedas ni. Semudah ABC!
Kalau ada resepi macam ni, hari-hari masak kat rumah pun takde hal. Jimat duit poket. Tak payah nak makan kat luar atau order-order lagi. Sesuai lah untuk yang bujang-bujang. Boleh buat makan malam atau tengahari. Nak masak banyak pun duduk sorang kan. Lauk-lauk macam ni lah yang paling sesuai.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Hajar Mohd kerana sudi berkongsi resepi ayam goreng pedas yang rangup dan pedas ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!