Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sandwich Cheesecake Flavour Oreo Dan Chocolate. Mudah Sangat Nak Buat. Memang Sedap!
Korang pernah tak try buat sandwich cheesecake? Sandwich ni guna roti ke? Eh, tak lah. Kalau nak tahu macam mana resepi sandwich cheesecake ni, korang follow resepinya di sini. Ada 2 flavour korang boleh cuba, oreo dan chocolate. Mudah je, dan hasilnya sudah tentu sedap!
Sandwich cheesecake ni di buat menggunakan kepingan biskut jacobs. Dan diintikan dengan macam-macam perisa yang korang suka. Disusun dałam dulang dan dipotong ikut saiz biskut. Bila dah siap, sandwich cheesecake ni akan di hias pula dengan dusting sugar.
Sure anak-anak korang mesti suka. Bahagian intinya tebal. Dan setiap inti pilihan akan di campur dengan cheese. Sesuai juga di hidang bila ada majlis aqiqah atau rumah terbuka. Boleh di jadikan pemanis mulut tetamu di majlis tu nanti.
Sandwich cheesecake ni tak sama dengan cheesecake yang biasa kita buat tu. Sebab cheesecake tu akan menggunakan biskut yang banyak dan di susun berselang seli antara cheese dan biskut. Untuk sandwich cheesecake ni korang hanya perlu gunakan biskut di bahagian atas dan bawah sahaja.
Tak nak buang masa lagi, korang mesti tak sabar nak cuba buat sandwich cheesecake ni kan? Jom follow resepi yang di kongsikan oleh Encik Muhammad Ali ni. Tak renyah nak buat resepi ni sebab korang tak perlu bakar atau kukus bagai. Simpan je dalam peti supaya inti terbentuk cantik.
RESEPI SANDWICH CHEESECAKE FLAVOUR OREO & CHOCOLATE
Untuk penggunaan loyang, korang boleh guna loyang 6 inci untuk dapatkan 4 pcs sandwich cheesecake. Kalau guna biskut yang kecil, korang akan dapat lebih dari 4 pcs sandwich cheesecake nanti. Jom kita lihat bahan-bahan yang di perlukan kat bawah ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 8 keping biskut
- 250 gram cream cheese
- 150 gram dairy whipping cream
- 50 gram gula icing
- 1 sudu kecil essen vanilla
- 25 gram oreo yang dihancurkan/ 125 coklat yang dicairkan
CARA PENYEDIAAN SANDWICH CHEESECAKE :
▶️ Alaskan loyang petak dengan baking paper untuk hasil yang lebih kemas.
▶️ Letakkan 4 biskut terlebih dahulu. Letak dalam chiller / peti sementara buat lapisan mousse.
▶️ Aada 2 flavour boleh pilih mana-mana.
Cara penyediaan sandwich cheesecake oreo :
▶️ Yang ni Oreo. Beat 250 gram cream cheese pada suhu bilik.
▶️ Lepas beat dalam 2 minit, stopkan. Masukan gula icing & essen vanila. Sambung beat sampai sebati.
▶️ Pada bekas lain, beat 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
▶️ Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
▶️ Masukan 25 gram oreo yang dihancurkan atau terpulang nak letak banyak mana. Sebagai flavour sahaja.
▶️ Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan letak lagi 4 keping dekat atas.
▶️ Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
Cara penyediaan sandwich cheesecake chocolate :
▶️ Beat 250 gram cream cheese pada suhu bilik.
▶️ Lepas beat dalam 2 minit, stopkan. Masukan gula icing & essen vanila. Sambung beat sampai sebati.
▶️ Dah sebati masukkan 125 gram coklat yang telah dicairkan. Beat sebati, dah sebati stopkan.
▶️ Pada bekas lain, beat 150 gram dairy whipping cream sehingga kental.
▶️ Kaup balik dengan adunan cream cheese tadi sehingga sebati. Jangan terlebih kaup, nanti adunan mencair.
▶️ Ratakan atas lapisan biskut tadi. Dah ratakan letak lagi 4 keping dekat atas.
▶️ Setkan dalam 5 jam, trim, potong dan dah boleh makan.
Cara hias :
▶️ Gula atas tu pakai dusting sugar baru dia tak menyerap. Kekal elok atas kek. Yang ghaib tu kalau pakai gula icing.
BACA JUGA : Resepi Daging Masak Blackpepper Yang Simple Dan Sedap. Makan Dengan Nasi Panas, Bertambah-Tambah Dibuatnya!
Siap untuk dihidang! Biskut ni lagi sedap makan sejuk-sejuk yang keluar dari peti. So, korang yang belum pernah try atau tak pernah jumpa sandwich cheesecake ni, bolehlah cubasekali kat rumah. Follow je step by step resepinya kat sini, confirm menjadi!
Macam-macam resepi kek dan puding korang boleh usha kat Facebook Encik Muhammad Ali. Semuanya nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Rugi sangat tak save resepi-resepi beliau.
Ribuan terima kasih di ucapkan juga kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi sandwich cheesecake flavour oreo dan chocolate ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!