Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Bakar Tersimple Tapi Sedapnya Hingga Tak Terkata. Senang Dan Juicy Hasilnya! 

0 134

Tercari-cari resepi ayam bakar? Jom follow resepi ayam bakar tersimple ini. Hingga tak terkata bila merasai keenakannya. Sekali cuba, pasti tak cari resepi lain dah. Yang paling penting senang nak prepare dan hasilnya sangat marvellous!

Ayam bakar ini boleh dimakan dengan nasi putih panas, juga boleh diratah begitu sahaja bersama cicahan cili kicap. Kalau nak kelainan dan ala-ala barat, bolehlah dimakan bersama spaghetti. Masak je spaghetti kering seperti aglio olio.

Ayam hanya perlu diperap menggunakan bawang putih, halia, sos tiram, madu, lada hitam dan juga diperasakan dengan secukup rasa. Biarkan ayam diperap lebih kurang setengah jam. Nak lagi sedap perap ayam sejam ataupun semalaman.

Ayam yang diperap lama akan menghasilkan rasa yang lebih sedap. Dimana bahan perapan akan masuk kedalam isi ayam. Untuk ayam bakar resepi ini, lebih sesuai menggunakan bahagian peha ayam atau juga dikenali sebagai chicken thigh.

Ayam bakar yang menggunakan bahagian thigh akan mendapatkan tekstur yang juicy. Tanpa membuang masa lagi, jom kita ikuti perkongsian resepi ayam bakar tersimple dari Cik Puan Asrinna Bakri. Confirm terpikat!

 

RESEPI AYAM BAKAR TERSIMPLE

Sebelum terlupa, diucapkan terima kasih kepada Cik Puan Asrina kerana sudi berkongsi resepi ini di Facebook. Bolehlah dijadikan rujukan pada mereka penggemar ayam bakar. Ayam cuma perlu dibakar guna oven sahaja. Jom masak!

Bahan bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong 2)
  • 2 inci halia
  • 6 ulas bawang putih
  • Sos tiram Maggi secukupnya
  • Madu secukupnya
  • Maggi Cukup Rasa secukupnya
  • Lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
  • 2 biji ubi kentang (dibelah 2)
  • 1 batang karot
  • Tomato (boleh pilih sayur yang anda suka)
  • Sedikit minyak zaitun

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR TERSIMPLE :

▶️ Tumbuk halia dan bawang putih sehingga halus.

▶️ Dalam baking tray, lumurkan ayam dengan bahan tumbuk, lada hitam, maggi cukup rasa, madu, sedikit minyak dan garam.

▶️ Masukkan sayur-sayuran. Gaul sekali dengan bahan perapan.

▶️ Perap selama 30 minit ke satu jam.

▶️ Bakar pada suhu 200C selama 50 minit. Suhu bergantung pada oven memasing.

▶️ Pada 25 minit terakhir, balikkan ayam.

▶️ Pada 10 minit terakhir, sapukan madu pada permukaan ayam. Hasilnya, permukaan ayam akan lebih cantik dan menyelerakan.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kuih Lapis Guna 5 Bahan Je. Tak Sabar Nak Hidang Pagi-Pagi Esok!

 

Semasa menghidang, keluarkan kuah yang terhasil . Jadikan sebagai sos pencicah untuk makan bersama ayam. Boleh juga digaulkan sedikit kuah dengan spaghetti dan  dimakan bersama ayam. Perghh, memang sedap sangat!

Kalau tak makan pasta, boleh makan dengan nasi putih panas-panas. Yang seronoknya resepi ini sudah lengkap dengan sayur-sayuran dan juga lauk ayam. Sihat dan sesuai dimakan bila-bila masa sahaja.

Sekali cuba pasti nak lagi! Sayuran yang digunakan juga boleh dipelbagaikan ikut kesukaan masing-masing. Ala-ala makan dihotel hasilnya. Semoga resepi ayam bakar tersimple ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open