Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Red Pearl Cookies. Biskut Raya Paling Simple Dan Mudah Dibuat!
Kalau disuruh buat kuih raya, mesti cari resepi yang paling mudah dan simple nak buat. Sebab boleh buat banyak dan tidak terlalu lama di dapur. Antara kuih raya yang boleh masuk list ialah red pearl cookies ni.
Sebenarnya tidaklah semestinya waktu raya, nak buat bila-bila pun boleh. Cuma rupa red pearl cookies ni macam biskut raya pulak, iaitu biskut nestum dan ada red cherry di atas nya. hehe.
Kalau dulu memang rajin buat kuih raya sendiri. Tapi sekarang ni semakin hari semakin banyak yang jual online. Oder je, nanti tahu-tahu dah sampai rumah dan sedia untuk dihidangkan.
Kadang-kadang yang syoknya, tak sempat hidang waktu raya pun dah makan sendiri kononnya nak rasa. Bila sampai waktu raya, tengok-tengok separuh balang dah tinggal nya.
Nak buat red pearl cookies ni mudah je. Follow je resepi daripada Cik Puan Lina Othman ni. Confirm jadi dan sedap rasa dia. Crunchy je.
RESEPI RED PEARL COOKIES
Red pearl cookies tu disebabkan ada Mutiara merah di atasnya tu. Tapi bahan nak buat cookies ni boleh tahan mudah je. Semua boleh cuba buat tau!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 150 gram butter
- 75 gram gula kastor
- 150 gram tepung gandum
- 60 gram cornflake
- 25 gram almond strips
- 1 sudu kecil Esen vanilla
- Ceri merah ( potong dadu)
CARA PENYEDIAAN RED PEARL COOKIES :
▶ Mula-mula sekali, satukan butter dengan gula kastor. Kacau sampai sebati jangan sampai kembang.
▶ Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau lagi sampai sebati.
▶ Bila dah sebati dengan tepung, masukkan pula cornflake, gaulkan lagi dan juga badam strip
▶ Kacau semua bahan supaya sebati dan sekata. Tuang esen vanilla dan kacau lagi.
▶ Sediakan dulang pembakar. Oles dengan marjerin. Sementara tu boleh panaskan oven.
▶ Menggunakan sudu kecil, ambil sedikit dan letakkan atas dulang pembakar. Buat sampai penuh dulang.
▶ Hiaskan dengan ceri merah di bahagian atasnya. Bakar dengan suhu 25’c- 39’c selama 20 hingga 25 minit. ( jika oven biasa, setkan pada 140’c ye.
▶ Bergantung kepada oven masing-masing ye.
▶ Bila dah masak, keluarkan dan sedia untuk dimakan!
BACA JUGA: Cara Buat Mee Kicap Dan Sup Wantan Chinese Style. 2 Hidangan Yang Awesome!
Red Pearls Cookies ni, bila dah sejuk sikit baru dia rangup betul-betul. Kalau lepas masak terus makan, kita akan rasa seolah-olah lemau je. Jadi, nak rasa yang sedap dan crunchy, bolehlah biarkan seketika.
Simple dan senang je kan nak buat resepi red pearl cookies ni. Follow step by step comfirm boleh menjadi walaupun abru 1st time cuba tau.
Simpan dulu resepi ni untuk kegunaan akan datang atau jika berkesempatan nak buat nanti. Untuk hasilkan cookies ni mengambil masa kurang daripada 1 jam. Jimat masa, dan dapat makan cookies yang sedap!