Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Minat Sangat Dengan Ayam Goreng Seringgit. Cuba Buat Sendiri Guna Bahan Ni.

Resepi ayam goreng singgit
0 2,122

Ada yang minat makan ayam goreng seringgit tak? Kalau saya, pantang jumpa ada yang jual, wajib beli sekurang-kurangnya 10 ketul. Mana lagi nak makan sendiri, kena jeling dengan anak-anak dekat sebelah lagi. Penggemar ayam goreng mesti faham.

Tapi nak jumpa ayam goreng seringgit ni tak semua kawasan ada. Kalau dah jumpa 1 tempat tu, memang aim lah setiap kali keluar beli dulu. Sambil buat kerja lain, tunggu dalam kereta tub oleh sambil makan ayam goreng.

Setiap tempat memang lain rasanya. Masing-masing ad acara dan teknik tersendiri. Sebab ayam goreng seringgit ni siapa-siapa boleh jual kan. Even kita nak bukak geraidepan rumah pun boleh.

Tapi kalau kita bukak gerai, pelanggannya tak kita, anak-anak kita je lah. Oleh itu, giigh cari resepi ayam goreng seringgit ni yang jadi kegemaran kami sekeluarga ni.

Suka betul saya dengan perkongsian Cik Puan Dani ni. Banyak resepi yang menarik dan best-best untuk kita cuba. Resepi ayam goreng seringgit yang beliau kongsikan ni pun, memang terbaik lah! Rangup dia, ayam pun juicy dan lembut je.

 

RESEPI AYAM GORENG SERINGGIT

Gunakan bahagian ayam yang kecil-kecil ye untuk buat ayam goreng ni. Baru puas nak makan buat ratah. Tapi kalau nak buat untuk makan dengan nasi, boleh besarkan sedikit potongan ayam tersebut.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Ayam ( potong kecil, basuh dan toskan)

 

BAHAN PERAPAN :
  • Susu ( susu cair @ fresh milk)
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili @ cili giling
  • Serbuk bawang & serbuk bawang putih
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk lada putih
  • Chicken seasoning
  • Oregano @ parsly
  • Garam
  • Tepung beras

 

BAHAN GOLEK :
  • Tepung gandum
  • Tepung beras
  • Baking powder

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG SERINGGIT :

▶ Mula-mula potong, basuh dan toskan ayam seketika

▶ Satukan semua bahan perapan yang lain ke dalam satu mangkuk besar. Gaul sekata semua bahan

▶ Perap ayam dengan bahan-bahan tersebut. Biarkan sekejap dalam 30 minit hingga 1 jam.

▶ Bila dah cukup masa, panaskan kuali masukkan minyak masak.

▶ Dalam pinggan lebar, satukan tepung gandum, tepung beras dan juga baking powder. Gaul sekata.

▶ Ambil ayam yang sudah diperap, golekkan atas tepung tadi. kemudian goreng sampai garing.

▶ Balik-balikkan ayam supaya ayam masak sekata. Dah angkat, toskn minyak dulu seketika. Buat sampai habis ayam digoreng.

▶ Kemudian, goreng semula ayam bermula dari round pertama tadi. Goreng sekejap je dalam 5 minit sahaja. Ayam akan jadi rangup dan kekal rangup walaupun sudah sejuk.

BACA JUGA: Cara Buat Prosperity Burger Homemade Ala Mcd. Puas Makan Dengan Patty Yang Tebal!

Untuk seekor ayam, banyak juga yang kita boleh dapat. Puas hati lah kalau dapat buat banyak macam tu. Lepas tu duduk menghadap je sampai habis.

Ayam goreng seringgit macam ni, ada yang suka makan dengan sos cili sebagai pencicah, ada juga yang suka makan macam tu je. Kalau korang buat untuk anak-anak kecil, boleh kurangkan pedas pada serbuk cili.

Best kan dapat makan ayam goreng seringgit ni. Rangup di bahagian luarnya, dan dekat bahagian dalam isinya juicy je rasa hasil perapan kita tadi. Ada yang kongsikan, kalau nak lebih juicy, perap dalam semalaman baru ngam!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open