Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Buat Daging Dendeng Versi Perak. Simple Dan Ringkas, Tapi Rasa Memang Padu!
Ramai yang maklum kalau buat dendeng mesti asalnya Perak. Tidak mahu menafikan tetapi ada negeri lain juga punyai warisan tersendiri dalam mengahasilkan rasa dendeng ni. Tapi bila ada yang kongsikan pulut kuning makan dengan daging dendeng versi Perak ni, terus kecur dibuatnya.
Saya suka ingatkan kawan-kawan dalam perkongsian resepi untuk sama-sama meraikan perbezaan resepi. Tidak mahu menimbulkan isu kenegerian, malah kadang-kadang kita pun masak asal sedap di selera kita kan.
Seronok dapat belajar pelbagai masakan negeri, seperti sahabat facebook kita Cik Puan Ayu Hidayu. Kata belia, daging dendeng biasanya famous di Negeri Sembilan tapi beliau nak kongsikan cara dan style beliau iaitu versi Perak.
Walaupun dalam satu negeri juga, terdapat beberapa cara berbeza. Uwan ni ajar resepi lain, nenek sebelah ibu pula ajarkan lain kaedahnya walaupun dari negeri yang sama. Jadi, dengan meraikan perbezaan masakan, ianya lebih baik. Kita juga yang kenyang kan.
Jom saya nak kongsikan resepi yang disharekan oleh Cik Puan kita ni untuk buat daging dendeng Perak Style. Apakah bahan-bahan yang digunakan beliau dan step by step macam mana hasilkan daging dendeng yang sedap dimakan.
RESEPI DAGING DENDENG VERSI PERAK
Daging dendeng ni, kalau di kampung saya suka makan waktu raya dengan lemang dan ketupat palas. Pokoknya dengan pulut lebih sedap berbanding dengan nasi putih. Tapi, selera kita kan berbeza-beza.
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- 1 kg daging
- 1 ketul gula kabung
- 2 biji limau Kasturi
- Sedikit air asam jawa
- Kicap manis
BAHAN KISAR :
- 2 biji bawang besar
- 2 inci halia
- 5 batang serai ( dihiris )
- 2 senduk cili kisar
CARA PENYEDIAAN DAGING DENDENG PERAK STYLE :
▶ Mula-mula hiris nipis daging. Rebus sampai betul-betul empuk
▶ Daging dah empuk, toskan. Air rebusan daging jangan dibuang
▶ Ambil daging tadi dan tumbuk menggunakan lesung batu sehingga sedikit pecah dan hancur
▶ Perapkan daging tersebut dengan kicap manis. Perap lebih kurang 15 minit hingga 30 minit
▶ Kemudian, gorengkan daging tersebut sehingga sedikit garing. Jangan terlampau garing ye.
▶ Dalam kuali lain, tumis bahan kisar. Tumis sampai pecah minyak. Bila dah pecah minyak, masukkan daging yang sudah digoreng. Kacau rata.
▶ Masukkan sedikit air asam jawa, gula kabong, perahan limau Kasturi dan air rebusan daging.
▶ Perasakan dengan gula dan garam. Kemudian masak sampai airnya agak kering.
▶ Rasa semua dah okay, boleh lah tutup api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Minat Sangat Dengan Ayam Goreng Seringgit. Cuba Buat Sendiri Guna Bahan Ni.
Haa, sambil sediakan daging dendeng tu, bolehlah tanak pulut kuning untuk dimakan bersama. Makan waktu masih panas memang marvellous!
Kalau ada yang nak buatkan untuk majlis kecil-kecilan pun sesuai untuk hidangkan pulut kuning dengan daging dendeng ni. Daging dendeng ni kalau kita buat banyak, lebihkan minyak pun tak apa. boleh elakkan basi yang cepat dan mudah untuk proses panaskan lauk.
Saya harap, kepada korang yang belum pernah cuba buat daging dendeng ni, boleh ikut je Langkah-langkah yang saya kongsikan dalam resepi di atas. Semoga bermanfaat ye semua!