Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Cara Masak Teresek Jantung Pisang Yang Menjadi Idaman Kalbu. Bertambah Nasi Dibuatnya!
Siapa pernah makan teresek jantung pisang? Teresek merupakan salah satu resepi dari Kelantan yang menggunakan bahan utamanya adalah jantung pisang. Ianya juga akan dimasak dengan campuran bahagian ayam seperti kaki, hati dan juga pedal.
Kebiasaannya, jantung pisang akan dibuat seperti kerabu ataupun ulam. Tetapi, resepi kali ini berkongsikan satu masakan yang istimewa yang anda semua mesti cuba untuk tahu sejauh mana keenakannya.
Agak renyah sikit nak buat resepi teresek ni sebab nak cuci dan bersihkan jantung pisang ini bukanlah mudah. Jantung pisang kalau tak dicuci dengan betul, ianya akan bergetah dan menghitam.
Untuk membersihkan jantung pisang perlulah menggunakan teknik yang betul. Yang mana anda pelu mengambil jantung pisang bahagian terdalam sahaja. Bahagian merahnya lebih banyak getah dan tak enak dimakan.
Rebus jantung pisang dengan garam. Potong kepada beberapa bahagian dan rebus dengan garam untuk mengurangkan getahnya. Tanpa membuang masa lagi, mari kita ikuti perkongsian resepi teresek dari Cik Puan Suhasnida Ismail ini.
RESEPI TERESEK JANTUNG PISANG
Walaupun penyediaan menu ini agak renyah, tapi keenakannya terjamin buat anda puas hati. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaan teresek jantung pisang ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A: Rebus dan tos
- 1 jantung pisang
- 1 tbsp gula
- 1 tbsp garam
- Air secukupnya
Bahan B: Blend dan tumis
- 3 biji bawang merah
- 2 biji bawang putih
- Sehiris halia
- Sehiris lengkuas
- Sehiris kunyit
- 1 tsp ketumbar biji
Bahan lain :
- Minyak masak
- Ayam bahagian kaki, hati, pedal dan seangkatan
- 130 ml santan pekat
- Secubit asam jawa
- 2 cawan air
- 3 tbsp rempah kari
- 1 tbsp rempah gulai kawah
Bahan perasa :
- 2 tsp penuh garam
- 2 tsp gula
- 1/2 keping nisan
- 1/2 tsp serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN TERESEK JANTUNG PISANG :
▶️ Rebuskan terlebih dahulu jantung pisang beraam garam dan gula. Kemudian, toskan.
▶️ Panaskan kuali dan tumis bahan yang diblend.
▶️ Masukkan rempah kari dan rempah gulai kawah. Tumis sampai pecah minyak.
▶️ Masukkan air asam jawa dan kacau semua bahan tumisan. Masukkan juga sedikit air untuk mengelakkan bahan tumisan hangit.
▶️ Masukkan ayam dan masak ayam sampai empuk.
▶️ Masukkan pula garam, gula dan juga serbuk perasa secukupnya. Kacau rata.
▶️ Seterusnya, masukkan pula kepingan nisan. Mesrahkan bahan masakan.
▶️ Masukkan juga kerisik dan santan kotak. Biarkan seketika.
▶️ Seterusnya, masukkan jantung pisang yang telah direbus tadi.
▶️ Kemudian, masukkan bawang holland serta cili merah dan cili hujan. Kacau dan biarkan semuanya masak dengan sempurna. Siap untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Agar Agar Avocado Oreo Coklat Yang Sedap. Anda Wajib Cuba!
Teknik memasak pun dah tersedia, nak risau apa lagi? Follow sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan ini, pasti menjadi. Nak tahu macam mana nak pilih jantung pisang yang tak pahit?
Menurut satu artikel ni, anda pelru memilih jantung pisang pada buah pisang yang sudah tua. Jika getah yang dikeluarkan tidak pahit, maka jantung pisang itu dapat diolah.
Kepada mereka yang belum pernah mencuba resepi dari kelantan ini, apa kata anda mencubnya. Siapa tahu terasa sesuai dengan tekak. Semoga resepi teresek jantung pisang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!