Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Puding Kastard Jeli Yang Mudah Dan Sedap. Sedap Makan Sejuk-Sejuk Puding NI!

0 132

Rupanya cumi pun boleh buat puding kan. Jom try resepi puding kastard jeli ni. Boleh buat dessert lepas makan nanti. Anak-anak pun suka tau. Nak buat hidangan ketika majlis sambutan pun boleh. Puding ni sedap makan sejuk-sejuk.

Sekarang cuaca tak menentu kat tempat aku. Pagi sampai tengahari panas terik je. Petang pulak dah start hujan. Time panas-panas makan puding ni rasa fresh kat tekak. Tak payah buat puding asing dengan sos dia lagi. Buat je sekali macam ni. 

Puding kastard jeli ni memang tak susah nak buat pun. Masak kastard dulu baru sejukkan. Dah sejuk kastard tu, baru la masukkan cumi-cumi. Jangan masuk cumi masa kastard masih panas. Nanti habis cair semua cumi-cumi tu nanti. Lain pulak kejadiannya. 

Resepi kastard jeli ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nur Hidayah. Dessert paling simple yang korang boleh buat kat rumah. Puding ni boleh masak dalam loyang ataupun acuan kuih lompang ye.

Masak dalam acuan korang kena potong-potong puding bila nak makan nanti. Kalau buat dalam acuan kuih lompang lagi mudah. Dah siap seketul-seketul untuk kita makan. Nak hidang untuk tetamu lagi sesuai guna acuan kuih lompang. 

 

RESEPI PUDING KASTARD JELI 

Bahan-bahan yang digunakan dalam penyediaan puding kastard jeli ni tak banyak pun. So, tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan dan step penyediaan puding ni. Rujuk cara penyediaannya seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • 500 ml air
  • 3 sudu besar tepung kastard (bancuh dengan air)
  • 200g gula
  • 10g serbuk agar-agar (brand nona)
  • 1 paket sumi
  • 1 tin susu cair

CARA PENYEDIAAN PUDING KASTARD JELI :

▶️ Didihkan air + gula + susu cair. Masak sampai mendidih.

▶️ Masuk tepung kastard yang dibancuh. Kacau kejap dan letak serbuk agar-agar.

▶️ Masak sampai mendidih dan pekat. Lepastu tuang dalam loyang yang kita suka. Loyang kuih lompang pun boleh.

▶️ Tunggu suam sikit baru tabur sumi, kalau panas-panas sumi cair pulak nanti. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Sambal Ketok Yang Super Sedap. Makin Bertambah Selera Makan Dibuatnya!

 

Simpan dalam peti ais dessert ni bagi sejuk kejap baru rasa menyegat time nak makan nanti. Cantik je warna puding ni kan. Lagi-lagi bila dah letak cumi-cumi yang pelbagai warna di dalamnya. Rasa manis fresh dan boleh legakan tekak. 

Ada banyak resepi puding kastard yang korang boleh cuba. Antara yang paling mudah nak buat tentunya puding kastard jeli ni. Nak ganti dengan buah-buah pun boleh. Puasa nanti try la buat puding ni. Mesti sedap makan masa berbuka nanti kan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nur Hidayah kerana sudi berkongsi resepi puding kastard jeli yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga perkongsian resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open