Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sayur Kubis Masak Lemak Putih Yang Paling Mudah Dan Confirm Terangkat. Ratah Macam Tu Pun Sedap!
Korang masak lauk apa tengahari ni? Syok juga kalau buat sayur kubis masak lemak putih. Mudah sangat cara penyediaannya. Sesuai makan dengan lauk ikan goreng dan sambal belacan. Bosan juga kan asyik makan sayur tumis kan. Sekali sekala masak santan macam ni barulah syok. Ala-ala hidangan kampung gitu.
Lauk ni juga boleh di makan ratah macam tu je. Sedap weh! Confirm terangkat dibuatnya! Sekali korang dah cuba makan confirm nak lagi. Makan lauk kampung macam ni lagi syok makan berjemaah. Barulah bertambah-tambah nasi dibuatnya. Jom masuk dalam list menu tengahari ni.
Sayur ni akan di masak campur dengan fucuk dan suhun. Cairkan dulu santan bersama air dalam periuk. Panaskan guna api perlahan je. Lepas tu barulah korang masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis. Simple sangat cara nak buat sayur ni.
Resepi sayur kubis masak lemak putih ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Husna Zul. Beliau telah menghidang lauk ni dengan ayam masak merah. Nak makan dengan lauk apa pun boleh. Jom save siap-siap resepi ni. Confirm jadi pembuka selera korang nanti.
Lauk ni wajib di masak dengan ikan bilis, barulah rasa macam lauk kampung. Ada juga yang masukkan tempe dan kacang panjang. Rasa dia lemak-lemak masin manis. Mesti korang suka. Jom masak lauk ni. Tak sempat nak masak tengahari, kita boleh buat lauk makan pula.
RESEPI SAYUR KUBIS MASAK LEMAK PUTIH
Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan sayur kubis masak lemak putih ni. Follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi!
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 biji bawang besar (dihiris nipis)
- 3 biji bawang putih (diketuk)
- 1 biji cili merah (dihiris)
- 1 biji tomato (dipotong lapan)
- 1 batang lobak merah (dipotong panjang)
- 1 genggam ikan bilis (ditumbuk)
- 1/2 biji kobis bulat (dihiris kasar)
- 1/2 biji bunga kobis (dihiris kasar)
- 1 kotak santan
- 1 peket fucuk dan suhun (direndam dalam air)
- Air masak secukupnya
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN SAYUR KUBIS MASAK LEMAK PUTIH :
▶️ Cairkan santan bersama air. Panaskan di dalam periuk dengan api perlahan dan masukkan bawang merah, bawang putih, cili merah dan ikan bilis.
▶️ Masukkan kubis, bunga kubis dan lobak merah.
▶️ Tutup sekejap dan biarkan lembut.
▶️ Bila dah mendidih, masukkan pula tomato, fucuk dan suhun. Tabur garam secukupnya.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA : Resepi Nestum Cookies Yang Crunchy Dan Cair Di Mulut. Senang Sangat Cara Penyediaannya!
Siap untuk dihidang! Simple, mudah dan cepat. Makan dengan nasi putih panas-panas boleh terangkat dibuatnya! Korang boleh adjust nak banyak atau pun sikit kuah sayur ni. Control je kuantiti air yang korang campur dengan santan kat awal-awal step tu nanti.
Untuk pengetahuan, Cik Puan Husna Zul ni seorang yang gemar berkongsi resepi masakan di Facebook. Korang boleh usla wall Facebook beliau dan tengok resepi-resepi yang korang suka dan nak cuba nanti. Cara buat jus diet detox nenas pun ada. Boleh try untuk kurangkan masalah batuk, kahak dan selesema.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Husna Zul kerana sudi berkongsi resepi kubis masak lemak putih ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!