Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Kaya Ball Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Buat Guna Acuan Takoyaki Sahaja!
Hari-hari adik aku beli kaya ball kat luar. Dah kata kat dia baik buat sendiri kat rumah. Tak susah mana pun nak buat kaya ball ni. Follow je resepi kaya ball homemade yang lembut dan sedap ni kat sini.
Acuan takoyaki dah ada kat rumah. Kebetulan pulak kaya ball ni di masak menggunakan acuan takoyaki. Lagi la mudah kerja adik aku. Bila-bila masa boleh buat kaya ball kat rumah je. Jimat pun jimat.
Sebut je pasal kaya ball, siapa je yang tak suka kan. Dulu masa belajar, sebelum naik bas balik kampung mesti aku bungkus dulu kaya ball ni kat terminal bas. Rasanya setiap terminal bas, ada jual benda ala ni.
Kaya ball ni makan sekali je, terus nak lagi. Selain kaya ball, ini kuih ni boleh dipelbagaikan. Contohnya chocolate ball, pandan ball dan macam-macam lagi. Boleh pelbagaikan intinya ikut citarasa masing-masing.
Resepi kaya ball homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Zura Zul. Follow je resepi ni sebijik-sebijik confirm menjadi. Lagi sedap dari beli kaya ball kat luar tau!
RESEPI KAYA BALL
Peminat kaya ball boleh usha resepi dia kat sini. Sebelum nak buat, kena tengok dulu bahan-bahan yang diperlukan kat bawah ni. Jimat duit poket lepas jumpa resepi ni.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sb baking powder
- Secubit garam
- 2 sb gula kastor
- 1 cawan susu segar (dari 1 cawan kena kurangkan 2 sudu besar) – Ducth lady Full cream
- 1 biji telur gred A (dikacau-kacau dulu)
- 2 sb butter (dicairkan)
- 1 sk esen vanilla
- Inti kaya (masuk dalam piping bag)
CARA PENYEDIAAN KAYA BALL :
▶️ Satukan semua bahan atas.
▶️ Gaul-gaul rata & sebati. Kalau masih berketul-ketul blender tapi sekejap je.
▶️ Tuang adunan tu dalam botol muncung satu.
▶️ Biarkan seketika dalam 10 minit.
▶️ Panaskan non-stick pan kecil dan api perlahan. Sapu sedikit minyak.
▶️ Tuang sedikit adunan, masuk inti kaya & tutup semula adunan atas dia.
▶️ Tutup dengan penutup periuk.
▶️ Biarkan hingga naik gebu & keperangan. Terbalikkan & biarkan hingga masak.
▶️ Siap untuk dihidang!
BACA JUGA : Resepi Lempeng Nasi Untuk Breakfast. Sedap Yakmat, Kenyang Pun Kenyang!
Sukat semua bahan guna cawan dan sudu metrik je, lagi senang. Makan panas-panas kaya ball memang seronok weh. Dapat pulak kaya ball yang tak lembik lagi sedap. Tak cukup seketul dibuatnya.
Aku tak berkenan jugak makan kaya ball kat luar. Selalu dapat inti yang seciput sikit. Makan tepung je lebih. Elok la aku buat sendiri kat rumah. Nak letak kaya penuh pun boleh. Lagi syok makan dari beli kat luar.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Zura Zul kerana sudi berkongsi resepi kaya ball homemade yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga inaya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!