Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Paru Goreng Yang Garing Dan Sedap. Sangat Mudah Dan Teksturnya Juga Rangup Krup Krap Krup Krap!
Nak makan paru goreng tapi selalu masak mesti tak garing. Jangan bimbang kita akan ikuti satu perkongsian resepi paru lembu goreng yang garing dan sedap. Mudah sangat buatnya. Lepas cuba sekali pasti anda nak lagi!
Hidangan ini sangat ringkas. Para penggemar paru wajib mencubanya. Ada tips memasak paru yang garing dan sedap disini. Paru boleh dimasak pelbagai cara antaranya paru berlada, paru goreng berempah dan macam-macam lagi.
Paru juga mempunyai komponen mineral lain seperti zinc, tembaga, zat besi, dan vitamin B yang tinggi. Di dalamnya juga terkandung sejumlah komponen mineral seperti asam folat dan fosfor yang sangat tinggi dan baik diambil oleh ibu hamil.
Paru juga terkenal dengan teksturnya yang sangat kenyal dan empuk. Dengan tips memasak yang dikongsikan oleh Cik Puan Afy AL Habibi anda pasti dapat menikmati paru yang garing dan sedap.
Menurut beliau, resepi ini telah dikongsikannya difacebook untuk seorang sahabat yang teringin nak tahu apa rahsia paru menjadi garing. Nak mudahkan mereka, beliau terus tunjukkan langkah penyediaannya ikut cara sendiri difacebook beliau.
RESEPI PARU GORENG
Selain meninggalkan tips memasak paru yang garing, beliau juga berkongsi cara menghilangkan bau hanyir pada paru yang dimasak. Walaupun ringkas, mungkin ada manfaat untuk yang belum tahu.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Air 3/4 periuk
- Garam secukunya
- 2-3 keping asam keping
- Paru
- Minyak untuk menggoreng
Bahan menghilangkan bau hanyir pada paru :
- Tepung gandum/ Air asam jawa/ Limau nipis
CARA PENYEDIAAN PARU GORENG :
▶️ Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam atau rendam paru dengan air asam jawa ataupun limau nipis.
▶️ Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru dan basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
▶️ Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam. Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana.
▶️ Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.
▶️ Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
▶️ Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
▶️ Panaskan minyak, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Gunakan api sederhana sahaja.
▶️ Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap. Angkat dan toskan. Siap!
BACA JUGA: Resepi Pandan Gula Melaka Cake With Swiss Meringue Buttercream. Guna Pandan Asli Memang Padu Rasanya!
Wah siap dah paru goreng kita. Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap sangat. Biasanya paru goreng akan dijadikan lauk tambahan dan dimakan dengan nasi putih bersama makanan yang lain. Rangupnya krup krap krup krap!
Gabungan terbaik dengan nasi bungkus ayam gulai cincang. Layan je masa makan tu. Mungkin ada antara anda yang tak pernah mencuba tips ini untuk memasak paru. Kalau tak rebus ambil masa yang lama nak goreng nanti dan confirm tak garing.
Lepas anda cuba resepi ni, pasti anda suka sangat sebab paru goreng anda akan garing dan sedap masa nak makan. Semoga resepi paru goreng ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!