Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Donut Versi Anti Gagal. Tak Reti Masak Pun Boleh Buat Donut Ni Tau!
Hari ni nak buat donut untuk kunyah seharian sampai malam. Donut simple je guna apa bahan yang ada kat rumah. Ni dia resepi donut versi anti gagal. Orang tak reti masak pun boleh buat tau! Adunan tepung tak perlu perap. Lagi senang!
Nampak gebu dan cantik je donut ni. Semestinya lembut. Aku jumpa resepi ni kat Facebook. Saja cari resepi donut paling mudah nak buat. Ehh, jumpa pulak donut versi anti gagal ni. Apa lagi terus save, baca dan fahamkan.
Maklumlah aku ni tak berapa reti nak masak-masak bagai. So, aku perlukan sangat resepi simple macam ni. Lately ni pulak aku memang craving sikit nak makan donut. Tapi memilih, tak nak makan donut sejuk. Nak yang panas-panas je.
Demand tinggi erk. Tapi tak reti masak. Takpe kita cuba resepi donut anti gagal yang dikongsikan oleh Cik Puan Mar Che ni. Dah tak payah beli kat luar lagi. Baru ni aku teringin sangat sampai sanggup beli donut sebijik RM1 tau!
Yang paling mengecewakan, sampai je kat rumah and nak makan donut tu. Hurmmm keras ye. Rasa nak nangis dibuatnya. Bila tanya lembut ke tak makcik? Lembut nak, baru masak ni. Kita pun confident nak beli. Sekali tertipu pulak.
RESEPI DONUT VERSI ANTI GAGAL
Cik Puan Mar Che kata, nak buat donut ni tak kisah pun nak guna tepung gandum jenama apa. Yang penting tepung gandum. Kalau ikut sebijik-sebijik resepi ni, confirm dapat donut yang lembut dan menjadi! Bahan-bahan memasak seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1/2 kg tepung gandum
- 1/2 peket yis yg 11gm
- 1 sudu mkn Ovallette (kalau ovallette takde gandakan kuning telur)
- 1 biji kuning telur
- 1 sudu mkn gula
- 1 sudu mkn planta (kalau takde guna je minyak)
- Secubit garam
- Air dia sebenarnya agak-agak je (amik 1 cawan ja la dulu)
CARA PENYEDIAAN DONUT VERSI ANTI GAGAL :
▶️ Mula-mula, larutkan 1 cawan air suam, yis, gula dan biarkan seketika.
▶️ Gaul sebati tepung gandum, planta, telur, garam dan ovallette.
▶️ Lepas tu, tuang larutan yis tadi. Uli sampai doh tak lekat kat tangan. Kalau doh keras lagi boleh la tambah sikit-sikit air.
▶️ Tak payah perap ye, terus canai je bentuk donut. Guna je acuan donut tu.
▶️ Kalau takde boleh tekap guna mulut cawan. Untuk tengah-tengah tu guna penutup botol mineral or penutup botol minyak yang 1kg tu pun boleh. Guna je apa yang boleh kat dalam rumah. Janji bentuk donut.
▶️ Jangan lupa tabur tepung kat talam ye bagi doh tu tak lekat nanti. Biar dia kembang dengan jayanya.
▶️ Lepas siap canai semua, biarkan dulu kembang kejap dalam 10 ke 15 minit gitu. Lepas tu boleh la goreng.
BACA JUGA : Resepi Terung Bakar Bersantan Asam Yang Mudah Dan Sedap. Confirm Bertambah Nasi Dibuatnya!
Lepas kejadian beli donut RM1 tapi keras tu. Aku terus tekad buat donut sendiri je kat rumah. Tak pun beli yang segera. Actually, korang boleh jugak guna adunan yang sama untuk buat kuih inti kacang merah. Kuih lembut dan sedap!
Ada 2 bahan yang kita boleh gantikan di sini. Kalau takde ovallette, kita boleh gunakan kuning telur dan gandakan. Satu lagi, kalau takde planta, kita boleh gantikan pulak dengan minyak. Mudahkan? Tak payah pikir susah nak buat donut ni.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mar Che kerana sudi berkongsi resepi donut versi anti gagal ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!