Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Buttermilk Yang Mudah Dan Lazat. Hingga Menjilat Jari Dibuatnya!
Resepi ayam buttermilk yang sungguh lazat ini mudah dibuat. Ianya juga merupakan hidangan yang disukai anak-anak. Ayam buttermilk juga tidak memerlukan bahan masakkan yang rumit. Untuk dihidang pada anak-anak lebih sesuai memilih bahagian dada atau isi ayam.
Ayam perlu digoreng terlebih dahulu dengan salutan tepung. Kemudiannya, dimasukkan ke dalam kuah buttermilk dan dikacau rata. Anda boleh saja menggunakan tepung bestari untuk memudahkan anda menggoreng ayam.
Rasanya yang lemak manis dan masin cukup membuka selera anda. Aroma daun kari yang digunakan juga sangat memikat selera. Boleh terangkat dibuatnya. Bila menggunakan isi ayam anak-anak lebih mudah untuk makan.
Resepi ayam buttermilk ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Mohamad Arymin. Menu ini sangat sesuai pada mereka yang suka makanan yang menggunakan butter.
Jika dilihat pada gambar, ayam buttermilk tidak berkuah dan sedikit kering. Kerana beliau menggunakan 1 tin susu cair sahaja. Kalau anda semua nak melebihkan kuah, boleh masukkan 1 tin setengah susu seperti sukatan dalam resepi ini.
RESEPI AYAM BUTTERMILK
Kalau untuk hidangan anak-anak tak perlu pedas. Tapi kalau dihidang untuk diri sendiri dan suka pada rasa pedas. Campurkan saja cili padi dalam bahan tumisan untuk memasak kuah. Jom follow resepi istimewa ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 1 ekor Ayam (dipotong 14/ potong cincang)
- 300gm Tepung
- 2 Sudu Besar Serbuk Kari
- 3 Sudu Besar Tepung Jagung
- 2 biji Telur
- 1 Sudu Besar Garam
- 1 Sudu Besar Maggi Cukup Rasa
Bahan untuk kuah buttermilk :
- 1/2 biji Bawang Holland (dipotong dadu)
- 4 ulas Bawang Putih (dicincang)
- 25-30 helai Daun Kari
- 6 biji Cili Padi (dihiris)
- 3 Sudu Butter/Mentega
- 1 1/2 Tin Susu Cair
- Garam
- Gula
- Maggi Cukup Rasa secukupnya.
CARA PENYEDIAAN AYAM BUTTERMILK :
Cara masak ayam goreng :
▶️ Perap ayam dengan 2 biji telur, maggi cukup rasa dan garam.
▶️ Ini tepung yang dah dicampur serbuk kari dan tepung jagung. Lebih mudah guna tepung bestari.
▶️ Celup kesemua ayam dalam tepung.
▶️ Goreng sampai agak garing. Agak-agak dah kuning keemasan tu, boleh la angkat dan toskan.
Cara penyediaan kuah buttermilk :
▶️ Masukkan butter dalam kuali, bagi cair. Kemudian, tumis bawang holland, daun kari, bawang putih dan cili padi.
▶️ Seterusnya, masukkan susu cair. Perlahankan api dan masukkan perasa siap-siap. Kacau rata.
▶️ Terakhir sekali, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata dan siap!
BACA JUGA: Cara Mudah Buat Muruku Cheese Yang Sedap. Kudapan Yang Menjadi Kesukaan Ramai, Anda Wajib Cuba!
Siap untuk dihidang! Makan dengan nasi putih je pun dah sedap. Dalam masakkan ni bila guna maggi cukup rasa, semua hidangan jadi tip top sedapnya tau. So, bolehlah amalkan penggunakan serbuk maggi cukup rasa dalam masakan anda.
Apa iklan dalam tv tu kata, “hebat-hebat rasa, meggi cukup rasa”. Tapi, tak ada pun tak menjadi masalah. Sebagai penyedap rasa je. Kepada siapa yang belum pernah cuba resepi ni, apa kata anda cuba sekali. Pasti nak lagi!
Kebanyakkan anak-anak memang gemar dengan hidangan ini. Semoga resepi ayam masak buttermilk ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!