Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Ayam Percik Bakar Yang Mudah Dan Sedap. Pasti Nak Lagi!
Ayam percik adalah sejenis masakan pantai timur Malaysia. Ayam dipanggang dengan menyelitupi kuah yang bersantan. Tiap kali menjelangnya bulan ramadhan, ayam percik adalah antara hidangan yang menjadi tumpuan ramai di bazar. Mesti ramai yang gemar dengan resepi ayam percik kan.
Ada sesetengah orang, bila tiba je bulan ramadhan seleranya terus berubah. Boleh tiba-tiba jadi penggemar ayam percik. Hebatkan penangan ayam percik ni. Resepi ayam percik ini juga ada pelbagai jenis dan boleh diubah suai ikut selera dan citarasa masing-masing
Memandangkan sekarang negara kita dilanda pendemik covid-19, dan agak merisaukan bila kita kerap kali keluar rumah untuk kebazar. Jadi, apa kata kita mencuba resepi ayam percik ini dirumah. Boleh masak bersama keluarga dan pastinya kita terhidar daripada jangkitan covid-19. #kitajagakita.
Resepi asal ayam percik ini dikongsikan oleh Cik Puan Ruby Yong Arshad. Terima kasih puan kerana sudi berkongsi resepi ini. Nampak sangat menarik bila tengok pada gambar yang beliau kongsikan. Tentu ramai yang tak sabar mencubanya dirumah.
Sudah tentu kalau anda mencubanya dirumah, anda boleh buat sebanyak mana yang anda mahu. Boleh dijadikan juadah berbuka puasa bersama keluarga dan boleh juga diberikan kepada jiran tetangga. Dapat juga kita berkongsi rezeki bersama dan kumpul pahala bulan puasa ini.
RESEPI AYAM PERCIK
Rahsia keenakan ayam percik ini adalah terletak pada perapan dan juga kuahnya. Ia boleh dimasak dengan cara membakar, panggang / grill, dan ada juga yang lebih suka menggorengnya. Setiap cara ini mempunyai keistimewaan rasanya yang tersendiri. Jom follow resepi ini.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Seekor ayam (potong 16)
- 4 biji bawang besar*
- 5 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*
- 1 inci kunyit hidup* (guna kunyit serbuk pun boleh)
- 5 batang serai*
- 3 sudu besar cili kering blend (boleh tambah kalau suka lebih pedas)
- 1 inci gula melaka
- 1 kotak santan
- Garam
- Blend semua bahan *
CARA PENYEDIAAN AYAM PERCIK :
▶️ Tumiskan kesemua bahan kisar dalam kuali atau periuk dengan sedikit minyak.
▶️ Masukkan cili blend, gula melaka dan garam secukup rasa.
▶️ Masak hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kacau atas kuali dalam 5 minit.
▶️ Tutup api dan biarkan ayam diperap paling tidak setengah jam. Lagi lama di perap lagi sedap.
▶️ Ayam boleh dibakar dalam oven, periuk noxxa atau bakar manual biasa.
▶️ Sisa bahan perapan ayam dimasak lagi dengan santan untuk dijadikan kuah.
▶️ Kacau kuah sehingga pekat.
▶️ Bila ayam dah siap bakar, tuang kuah atas ayam. Siap! Boleh hidang.
BACA JUGA: Resepi Kuih Limas Tradisi Negeri Perak. Rasa Lemak Manis Dan Berair. Memang Sedap!
Wah! Mudahkan. Mesti ada diantara kita yang terfikir cara memasak ayam percik ni susah dan melecehkan. Sebenarnya tidak. Penyediaannya sangatlah mudah. Cuma mengambil masa perapan yang agak lama sedikit. Nak sedap kena perap ayam lama sikit ye.
Hidangan ini sesuai sangat dimakan dengan nasi putih yang panas. Ditambah pula dengan kuahnya yang berlemak. Terbayang dah keenakannya. Anak-anak pun pasti makin berselera waktu berbuka puasa nanti. Dah kenyang, terawih jangan tinggal tau!
Semoga resepi ayam percik ini dapat memikat hati anda semua. Kena cuba barulah tahu keenakannya. Jangan lepaskan peluang anda belajar dan ikuti resepi-resepi baru di blog ini. Selamat Mencuba!