Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Laksa Thai Ayam Letops. Tak Guna Ikan Pun Sedap. Confirm Nak Lagi Dibuatnya!

0 744

Raya kan sebulan? Apa kata korang try resepi laksa Thai ayam ni untuk hidangan buat tetamu yang datang ke rumah. Barulah rare! Biasanya masak laksa ni kena guna ikan, kali ni korang try guna ayam ni. Sedap ke tak!

Nak letak ikan pun boleh je. Tapi, kita try resepi negara seberang syok juga kan. Kalau ngam dengan tekak, bolehlah masak lagi dan lagi. Tak susah mana pun resepi ni. Bahan dan step by step memasak tak renyah.

Selalunya mesti kita tertanya-tanya laksa negeri mana yang sedap kan? Semua jenis laksa pun ada keunikan dan keenakannya masing-masing. Depends on tekak dan citarasa korang. Kalau nak cuba resepi laksa Thai ni bolehlah cuba resepinya di sini.

Korang follow je resepi yang di kongsikan oleh Cik Puan Nosyamiza Atikah ni. Mudah nak faham. Nampak sedap pula tu. Kalau nak gantikkan dengan ikan, korang rebus je ikan apa-apa yang sesuai untuk di gantikan dengan ayam. Terpulang ikut cita rasa masing-masing.

Untuk laksa, korang boleh gunakan laksa halus ataupun bihun. Ikut je mana yang korang suka. Laksa Thai juga di kenali sebagai laksa Siam. Kalau nak sedap, korang kena pastikan kuah laksa korang tak terlalu cair. Just nice je pekatnya.

 

RESEPI LAKSA THAI AYAM

Sukatan untuk resepi ni adalah untuk 3-4 orang makan. Korang boleh kurangkan atau tambah kuantiti agak-agak untuk berapa ramai jumlah yang makan. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Serai
  • Cili padi
  • Kunyit hidup
  • Belacan
  • Cili boh/ cili kering yang dah di blend untuk warna kuah sikit je.
  • 2 kotak kecik Santan
  • Air (Sukat guna kotak santan tu. Ambil 3 kotak air biasa)
  • Ayam (dicincang atau potong dadu halus)
  • Laksa (Boleh guna laksa halus atau bihun)

CARA PENYEDIAAN LAKSA THAI AYAM :

▶️ Tumis semua bahan blend sekali dengan cili boh. Kemudian, masak sampai pecah minyak.

▶️ Masukkan ayam dan tumis lagi.

▶️ Kemudian, masukkan santan dan air.

▶️ Masukkan pula asam keping dan daun limau purut. Tunggu hingga mendidih seketika.

▶️ Siap untuk diidang!

 

BACA JUGA : Resepi Masak Kari Ikan Siakap Paling Sedap. Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

 

Tips kat sini, kalau kuah pekat sangat tambah air. Tapi kuah laksa ni pun sama macam kuah laksa kita yang biasa kita buat tu, tak sedap cair sangat. Pekat-pekat tu sedap. So, kalau korang nak kuah pekat, korang kena banyakkan bahan tumis. Lagi sedap!

Ulam-ulam tu banyak lagi sebenarnya boleh letak. Tu sebahagiannya sahaja. Korang nak letak banyak pun lagi boleh. Banyak lagi resepi sedap-sedap yang dikongsikan oleh Cik Puan Nosyamiza Atikah di wall Facebooknya.

Nak belajar cara masak kuah kacang untuk raya pun boleh. Resepi ada kat wall Facebook beliau. Ribuan terima kasih di ucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi laksa Thai ayam yang sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open