Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Buat Telur Masin Homemade. Tak Masin Sangat Dan Telur Jadi Cantik!

Cara buat telur masin
0 9,798

Ada yang suka makan telur masin tak? Ada yang suka makan telur kuningnya sahaja. Ada pula yang suka telur putihnya sahaja. Lain orang lain pula citarasa kan.

Kadang-kadang telur masin ni jadi tak sedap bila bahagian putihnya terlalu masin. Kalau silap cara memang tak menjadilah jawabnya.

Tapi kalau dapat yang tak masin sangat baik putih atau kuningnya memang seronok betul rasa. Telur kuningnya tu, saya suka makan ratah. Tapi kesian pulak yang nak kena makan putihnya sahaja. Hehe.

Dalam perkongsian kali ni, terjumpa resepi dan tip macam mana nak buat telur masin yang cantik je kejadiannya. Bahagian tengah oren cantik sangat. Nak makan pun sayang!

Resepi yang dikongsikan oleh facebook  Cik Puan Raja Amanina ni macam best je kita nak praktiskan. Mula-mula beli dulu telur itik di pasar atau kalau ada yang bela pun boleh.

 

TELUR MASIN CANTIK

Resepi yang saya kongsikan ni, kuantiti dia banyak dalam 50 biji. Jadi ianya sesuai untuk yang ada banyak telur itik. Nak buat jualan atau nak berikan kepada jiran atau saudara mara pun boleh.

Bahan-bahan yang digunakan adalah :
  • 50 biji telur itik
  • 500 gram garam kasar
  • 5 liter air
  • 2 helai daun pandan
  • Bekas berpenutup

CARA PENYEDIAAN TELUR MASIN CANTIK :

▶ Pertama sekali, masak air, garam dan daun pandan sampai betul-betul mendidih.

▶ Sebelum tu, basuh telur iti tu bersih-bersih dan keringkan dia. Pastikan ianya betul-betul kering tau.

▶ Bila air yang kita didihkan tu dah mendidih boleh tutup api. Sejukkan sehingga ianya sejuk seperti air biasa.

▶ Bekas yang berpenutup tadi, masukkan telur itik ke dalam bekas tersebut sebiji demi sebiji.

▶ Dah selesai, masukkan air garam yang kita masak tadi.

▶ Tutup kemas dan jerukkan selam lebih kurang 2 minggu. Anggaran dalam 14 atau 15 hari.

▶ Bila dah 2 minggu, cuba rebus. Jika belum cukup masin, peramkan lagi dalam 3 atau 4 hari. Sehingga ianya masin seperti yang kita mahukan.  Waktu ini, jika ada yang suka tak masin sangat, bolehlah rebus dan makan.

▶ Kalau dah dapat masin yang diinginkan, bolehlah tos kan air garam tersebut.

BACA JUGA: Resepi Sotong Bakar Ala Hatyai Simple. Bakar Pakai Air Fryer!

Dah siap cara nak hasilkan telur masin yang sedap dan cantik je hasil dia nanti. Nak makan dengan nasi putih boleh, nasi kerabu pun sedap. Ada juga yang suka buat kerabu telur masin. Memang marvellous!

Kepada yang suka nak makan telur masin ni, boleh cuba buat sendiri dan adjust kemasinan yang kita suka. Lebih mudah dan senang kan.

Kalau mak saya suka buat banyak- banyak macam ni, kemudian bekalkan kepada kita anak-anak untuk bawa balik ke rumah masing-masing. Seronok tak terkata. Untuk yang nak cuba, boleh follow resepi yang saya kongsikan ni. Selamat mencuba ye!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open