Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Sayur Campur Rangup Chineese Style. Unik Tapi Rasa Dia Memang Wow!

Sayur Campur
0 2,127

Ada yang suka makan sayur campur? Kalau biasa kita buat sayur campur mesti layu ditasik madu kan. Tapi tahu tak kita boleh buat sayur campur rangup Chinese style. Serious rangup tapi masak sempurna.

Tak ramai yang tahu cara ni. Biasanya Chinese fodd suka gunakan kaedah stim atau pun rebus. Jadi makanan akan jadi lebih sihat daripada digoreng dengan menggunakan minyak masak.

Dalam setiap hidangan, ada sesetengah orang wajib ada sayur sebagai pelengkap hidangan. Jika tidak, terasa seperti ada yang tak cukup. Walaupun hanya ada salad pun sudah mencukupi.

Oleh itu, yang mana nak masak simple-simple je untuk masak sayur, boleh cuba buat resepi sayur campur rangup dengan Chinese style ni.

Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Maryam Hussain ni sangat bagus untuk dicuba. Saya memang suka betul perkongsian daripada beliau kerana bahan-bahan yang digunakan lengkap dan detail je dikongsikan.

 

RESEPI SAYUR CAMPUR RANGUP CHINESE STYLE

Nak gunakan sayuran apa terpulang kepada kita. Asalkan semuanya lengkap dengan khasiat makanan, boleh terus mulakan buat masakan ni. Ada proteinnya, ada karbo nya dan ada lemaknya.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 5-7 ekor udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 cili besar/ cili padi
  • Bebola ikan
  • Brokoli
  • Lobak merah
  • Baby jagung
  • 1 sudu bancuhan tepung jagung

CARA PENYEDIAAN SAYUR CAMPUR RANGUP CHINESE STYLE :       

▶ Mula-mula sekali, potong sayur dan basuh bersih kesemuanya.

▶ Masukkan air dalam periuk, tunggu sehingga mendidih.

▶ Rebus semua sayuran lebih kurang 5 minit. Angkat dan ketepikan.

▶Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih sampai nai bay.

▶ Seterusnya, masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sampai sekata.

▶ Kemudian masukkan udang dan masak seketika. Masukkan juga bebola ikan.

▶ Jika ada sayuran lain, seperti cendawan boleh masukkan di saat ini.

▶ Perasakan dengan gula dan garam. Untuk pekatkan kuah, masukkan air tepung jagung.

▶ Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat. Tutup api dan tuang kuah atas sayur yang kita rebus tadi.

▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Biskut Guna Cream Cracker. Puding 3 Bahan, Serious Sedap!

 

Nampak macam susah tapi bila dah buat ternyata sangat senang nak siapkan. Sebelum ni tak pernah terfikir pun nak rebus sahaja sayuran tersebut. Memang cara melayu, masak sekali terus dengan sayuran yang kita nak gunakan.

Berbeza dengan Chinese style, rebus sekejap dan buat kuah. Kuah yang tuangkan atas sayur. Kedua-dua cara ada rasa tersendiri tau. Ada yang suka versi melayu, dan ada juga yang suka versi Chinese.

Apa-apa pun, saya harap perkongsian resepi sayur campur rangup Chinese style ni dapat memberikan manfaat buat korang semua. Share dulu di wall supaya lebih ramai yang dapat manfaat yang sama. Selamat menjamu selera!

 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open