Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sotong Bakar Ala Hatyai Simple. Bakar Pakai Air Fryer!
Kalau siapa yang suka makan masakan Thai, sudah pasti gemar dengan masakan sotong bakar ni. Bau dia yang wangi dan teksture sotong yang lembut dan tak liat ketika makan, memang boleh membuatkan kita selalu rindu nak makan.
Sotong bakar Hatyai ni, memang kita tahu banyak dijual di kedai-kedai tepi jalan di Negara Thailand. Kalau kita ke sana, memang wajib cuba kesemua masakan mereka. Jangan risau, sebab makanan mereka banyak je halal.
Disebabkan sekarang ni tak boleh rentas negara, tak boleh nak rentas negeri kita belajar lah cara nak buat sotong bakar ala Hatyai ni. Ramai yang dah kongsikan resepi sotong bakar Thai ni sebenarnya. Dan yang buat pun tak kurang hebatnya.
Untuk makan sotong bakar ni wajib ada sos pedas Thai. Baka kata orang barulah ngam dimakan bersama sotong bakar ni. Resepi buat sos pun saya akan sertakan sekali di bawah ni ye.
Sesekali rasa nak makan masakan Thai, boleh cuba buat follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Alia Adila Hassim ni. Memang sedap!
RESEPI SOTONG BAKAR ALA HATYAI
Khas buat yang rindukan sotong bakar Hatyai boleh cuba buat ikut resepi ni. Bahan mudah, rasa pun sedap. Tak perlu ke Hatyai, dari rumah kita pun dah boleh.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Sotong
PERAPAN SOTONG
- 2 sudu kecil gula
- 1 atau 2 sudu besar kicap manis cair
- 1 atau 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos cili
CARA PENYEDIAAN SOTONG BAKAR :
▶ Mula-mula sekali, basuh bersih sotong dan buangkan kotoran serta dakwat hitamnya.
▶ Kelar bahagian badan sotong. Jangan sampai terputus ye.
▶ Campurkan semua bahan-bahan lain sampai sebati.
▶ Perap dengan sotong lebih kurang 15 minit.
▶ Boleh bakar menggunakan air fryer atau grill atas pan.
▶ Jika guna air fryer, bakar dengan suhu 140’c selama 15 minit kemudian 180’c selama 5 minit untuk garingkan dia.
Sotong dah siap bakar, tapi sosnya tak ada? Mana boleh makan sotong bakar tanpa cicah sos pedas Thai ni. Buat sendiri dengan ikut step by step yang saya kongsikan ni.
RESEPI SOS PEDAS THAI
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Sos ikan
- 3 @ 4 biji limau Kasturi atau limau nipis ( ambil jusnya)
- Daun ketumbar – dicincang halus
- Bawang merah – dicincang halus
- Sedikit air suam
- Garam ( jika belum cukup masin)
BAHAN TUMBUK :
- 2 ulas bawang putih
- 7-8 tangkai cili padi
- Akar ketumbar
- 1-2 sudu kecil gula kabung @ gula melaka
CARA PENYEDIAAN SOS PEDAS THAI :
▶ Tumbuk semua bahan tumbuk hingga hancur.
▶ Kemudian keluarkan ke dalam bekas. Campurkan dengan jus limau tadi, sos ikan, bawang merah dan daun ketumbar.
BACA JUGA: Cara Buat Cucur Udang Tak Serap Minyak. Sesuai Untuk Hidangan Minum Petang!
▶ Gaulkan semua bahan sampai sekata. Jika agak pekay, tambahkan sedikit air suam.
▶ Adjust rasa masam, manis, pedas dan manis bagi seimbang.
▶ Bila dah siap, boleh siram ke atas sotong atau boleh makan dengan mencicah ke dalam sos pedas Thai ni.
Tengok pada gambarnya pun dah boleh buat kita terliur sebenarnya. Masakan Thai ni memang terkenal dengan rasa masam dia yang sedap. Untuk lauk sotong ni, boleh dimakan dengan nasi atau makan macam tu sahaja pun boleh.
Alang-alang ada sotong dekat rumah, tak tahu dah buat masaka apa, boleh cuba buat resepi sotong bakar ala Hatyai ni. Serious sedap.
Sharekan dulu di wall facebook korang ye. Mudah nak rujuk kelak. Dan semoga perkongsian ini dapat beri manfaat kepada semua. Selamat mencuba!