Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Pad Ka Prao Masakan Thailand Yang Awesome. Pedas Dan Padu!
Pad Ka Prao adalah sejenis makanan yang berasal daripada Thailand. Terbeli jugalah lidah nak sebut nama masakan ni. Dalam Bahasa Melayu nya, ia bermaksud selasih goreng. Namun ianya dimasak bersama dengan daging atau ayam.
Bestkan bila ada tahu beberapa masakan daripada Negara lain. Belajar beberapa masakan yang berrbeza dengan kebiasaan kita. Bolehlah ubah selera kita kan.
Resepi ni pun dikongsikan oleh Cik Puan Ida Shareena, beliau memang belajar di Bangkok tau resepi ni. Dapat satu ilmu masakan ni pun dah cukup untuk kita praktikkan dan hidangkan untuk family.
Siapa yang suka makan masakan Thailand, boleh cuba buat Pad Ka Prao ni. Dengar nama pun takut nak rasa, tapi bila dah makan bertambah nasi dibuatnya.
Jom saya kongsikan apa bahan yang diperlukan dan cara nak buat Pad Ka Prao yang sedap. Masakan ni memang jarang nampak di jual dekat kedai -kedai Thai. Biasa yang ada jual di kedai ialah som tam, kerabu maggi atau pok tek.
RESEPI PAD KA PRAO
Penggunaan ayam atau daging dalam masakan ni lebih sedap makan yang cincang tau. Macam Puan Ida kita ni gunakan daging burger je sebab taka da daging atau ayam cincang.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- Daging kisar
- Daun selasih
- 1 biji cili merah
- 5 ulas bawang putih
- 5 tangkai cili padi merah
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 sudu sos tiram
- 1 sudu kecil sos ikan
- Minyak masak
CARA PENYEDIAAN PAD KA PRAO :
▶ Mula-mula sekali, petik daun selasih. Basuh bersih dan toskan sekejap.
▶ Kemudian, tumbuk bawang putih, cili padi, dan juga cili merah sehingga separuh hancur. Tak perlu terlalu lumat. Biar ada tekstur kasar sedikit.
▶ Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau.
▶ Bila dah sedikit garing, masukkan daging kisar. Gaul dan masak sekata.
▶ Seterusnya, campurkan sos tiram, kicap manis, sos ikan bersama sedikit air ke dalam kuali. Kacau semua bahan supaya sekata.
BACA JUGA: Cara Buat Sardin Sambal Tumis Dengan Telur. Lauk Pkp Paling Simple!
▶ Tutup api bila daging dah masak dan sebati dengan bahan tumis.
▶ Akhir sekali, masukkan daun selasih dan gaulkan rata.
▶ Rasa semua dah okay, boleh padamkan api.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
Lauk pad ka prao ni sesuai dimakan dengan nasi putih panas dan telur mata. Sedapnya tu memang tak boleh bawak bincang. Bertambah nasi dibuatnya. Jika suka makan daun selasih, boleh extrakan daun selasih tersebut.
Ni resepi asal dan asli daripada Thailand. Tapi kalau nak adjust bolehlah nak tambah lobak merah, atau sayur brokoli dan sebagainya.
Dah buat jangan lupa kongsikan dekat wall facebook ye. Mana tahu ada yang memerlukan resepi ni untuk dicuba kan. Semoga resepi Pad Ka Prao ni memberi manfaat kepada semua ye.