Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Sardin Homemade Yang Confirm Sedap. Sekali Cuba Mesti Nak Repeat Lagi!
Asyik beli sardin tin je. Apa kata kita try resepi sardin homemade ni. Boleh buat sardin sendiri kat rumah. Terjamin bersih dan bebas bahan pengawet. Nak tahu cara penyediaannya? Korang kena follow resepi ni sampai habis.
Korang yang suka makan sardin dah boleh kurang-kurangkan beli yang dalam tin. Semua orang tahu, kat dalam tu ada bahan pengawet. So, tak elok sangat untuk kesihatan kita. Try buat sendiri. Nak simpan dalam peti pun boleh.
Nak buat sardin homemade ni kena la guna ikan sardin jugak. Masak sardin ni dalam pressure cooker. Dah siap masak, boleh la masukkan dalam bekas plastik dan simpan dalam peti. Bebila nak makan, boleh terus masak macam biasa.
Resepi sardin homemade ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norlela Abdul Lahak. Penggemar sardin, bolehlah cuba resepi ni nanti. Makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar memang sedap weh!
Perisa sardin homemade ni boleh buat perisa original dan pedas. Terpulang ikut citarasa masing-masing. Buat yang biasa je dulu pun takpe, time nak masak semula bolehlah masak sardin ni dengan cili padi. Potong hiris-hiris je, takde la pedas sangat nanti.

RESEPI SARDIN HOMEMADE
Tak rugi la korang cuba resepi ni. Sardin tin pun dah mahal tau. So, tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan sardin homemade ni. Step memasak seperti di bawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 kg ikan sardin (siang dan bersihkan)
- 1 tin kecil tomato puree
- 1/2 cwn cili blend
- 3 ulas bawang putih untuk tumis
- Garam
- Gula
- 4 sb cuka
- Minyak
- Air
CARA PENYEDIAAN SARDIN HOMEMADE :
▶️ Tumis bawang putih sampai naik bau.
▶️ Kemudian, masukkan cili blend dan kacau sampai pecah minyak.
▶️ Masukkan tomato puree dan kacau sampai pecah minyak juga.
▶️ Time ni bolehlah masukkan air. Agak-agak sampai menutupi ikan.
▶️ Masukkan garam, gula dan cuka secukup rasa.
▶️ Masukkan ikan secara tersusun supaya nanti senang nak ambil.
▶️ Kuah tu biar cair dan banyak takpe, sebab nanti masa masak kuah akan cepat kering.
▶️ Masak lebih kurang 50 minit gitu. Yang penting sampai tulang ikan lembut macam sardin dalam tin. Siap!
BACA JUGA : Resepi Matcha Brownies Yang Mudah Dan Sedap Banget. Peminat Green Tea Confirm Suka!
Dah siap pun sardin homemade kita. Tunggu preesure cooker tu sejuk baru boleh buka tudung periuk ye. Bahaya kalau terus buka. Pressure cooker ni ada baik dan buruknya jugak. Kena pandai guna.
Lepas ni tak payah beli sardin tin lagi. Try je buat sardin homemade guna resepi ni. Tak susah mana pun. Rasa dia pun sedap weh. Yang penting masakan kita bebas dari bahan pengawet. Makan sardin ni mesti bertambah-tambah dibuatnya.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norlela Abdul Lahak kerana sudi berkongsi resepi sardin homemade yang dijamin sedap dan bebas bahan pengawet ini di Facebook. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!