Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Percik Perap Rebus Dan Kuah Percik Kelantan Warisan Mok. Memang Padu!

0 1,894

Resepi ayam percik sangat mudah ditemui bila tibanya bulan ramadhan. Tetapi, masa kini ianya juga boleh diperolehi di mana-mana pasar malam. Ayam percik boleh dimasak dengan pelbagai versi termasuklah versi kelantan.

Ayam percik versi kelantan terbahagi kepada dua jenis iaitu berwarna putih dan merah. Bezanya adalah pedas dan juga biasa. Untuk hidangan anak-anak, mereka akan menyediakan ayam percik berwarna putih kerana rasanya yang kurang pedas.

Dalam resepi ayam percik kali ini, kuah percik akan dimasak mengikut syle kelantan yang dipanggil sebagai kuah percik kelantan warisan mok. Manakala perapan ayam percik pula menggunakan kaedah perap rebus.

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Encik Ben Safwan. Resepi ini dipanggil sebagai ayam percik ben yang mana ianya merupakan resepi asal beliau. Resepi ini juga berbeza dari resepi ayam percik yang biasanya.

Ayam percik sebenarnya membawa maksud ayam yang disiram dengan kuah percik. Selain dihidang dengan ayam percik, kuah percik juga boleh dihidang bersama ikan yang kenali sebagai ikan percik. Jom kita follow kelainan dalam resepi ini.

 

RESEPI AYAM PERCIK

Kepada semua penggemar ayam percik, bila terasa tekak nak makan ayam percik tapi kebetulan tak ada dipasar malam, jangan bimbang. Follow je sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan ini. Sukatan dibawah adalah untuk 1.3-1.8 kilogram ayam.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kuah percik yang perlu dikisar :
  • 6 ulas bawang merah saiz 20 sen
  • 1/2 sudu makan ketumbar disangai
  • 1 sudu makan cili kisar
  • 1/2 inci belacan
  • 1/3 inci hirisan halia
  • 2 ulas bawang putih kecil

 

Bahan lain untuk kuah percik :
  • 600 ml ibu santan Farm Fresh
  • Sehiris limau nipis
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu makan serbuk perasa.

 

Bahan perap ayam percik yang perlu dikisar:
  • 6 ulas bawang putih sederhana
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 sudu makan ketumbar
  • 1/2 sudu makan jintan manis
  • 2 sudu teh garam

 

Bahan lain untuk perap ayam percik:
  • 1.3-1.8 kilogram Ayam
  • 2 batang serai
  • 100 ml air
  • 100 ml santan pekat

CARA PENYEDIAAN AYAM PERCIK :
Cara penyediaan kuah percik :

▶️ Kisar lumat semua bahan kuah percik dengan 50ml air.

▶️ Tuang dalam periuk. Tambah 600 ml ibu santan Farm Fresh. Perah asam limau nipis sehiris.

▶️ Tambahkan 2 sudu makan gula, 2 sudu teh garam, 1/2 sudu makan serbuk perasa.

▶️ Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau untuk elak berketul. Bila dah berbuih naik wap, tutup api dan siap!

Cara penyediaan perapan ayam percik :

▶️ Kisar semua bahan perapan ayam sehingga lumat. Masukkan dalam periuk dan gaul dengan ayam.

▶️ Kemudian, ketuk 2 batang serai lagi. Tambah 100 ml air dan 100 ml santan pekat.

▶️ Bagi rasa sedap lagi. Rebus dengan api sederhana sehingga setengah masak dan tutup periuk. Rebus lebih kurang 20-30 minit.

▶️ Nak guna pressure cooker Philips pun boleh. Rebus dalam 15 minit dah cukup cantik. Kalau pressure cooker lain, lain lah masanya.

▶️ Siap rebus sehingga masuk semua bahan perapan kedalam ayam, salut ayam dengan menggunakan kuah percik kemudian bakar.

▶️ Sentiasa balikkan, dan bakar sehingga masak sepenuhnya. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Puding Gula Hangus Yang Lembut Dan Sedap. Kalau Buat Sendiri Lebih Jimat Dan Dapat Buat Banyak Confirm Puas Hati!

 

Siap untuk dihidang! Sedikit berbeza resepi ini dengan ayam percik yang lain kita temui. Biasanya ayam akan diperap biasa tetapi versi encik ben kita, ayam direbus bersama bahan perapan. Menarik!

Sedikit tips dari encik ben, dimana nak dapatkan ayam percik yang cantik, ayam perlu disalut 3 kali dengan kuah percik. Lepas bakar arang seketika, sapu kuah pada ayam di kedua bahagian ayam, letak atas api sekejap dan balikkan, teruskan salutan kali kedua dan ulang sehingga ke 3 kali.

Bakar sekejap sahaja setiap kali lapisan. Ayam pun sudah dimasak separuh. Jadi anda tidak perlu lama membakar ayam. Semoga resepi ayam percik dan kuah percik kelantan warisan mok bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open