Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Dengan Nasi Planta. Sedap Sangat, Laju Je Habis!

0 446

Ada tak kat sini penggemar ayam bakar kenny rogers? Ha! Hari ni nak ajak anda semua cuba resepi ayam bakar ala kenny rogers dengan nasi planta. Fuh! Sekali cuba confirm nak lagi. Berdesup licin dibuatnya!

Resepi ni mudah je nak buat. Cuma memerlukan bahan yang banyak. Kena follow semua bahan yang digunakan baru la menjadi. Nak makan mewah sekali sekala kat luar tu boleh je. Tapi, kalau selalu sangat boleh kopak juga dibuatnya.

Rasanya kalau dah dapat resepi ni, mesti lebih ramai yang prefer masak sendiri dari makan kat luar kan. Duit poket pun jimat! Siap boleh makan banyak mana yang kita nak lagi.

Sesetengah orang lebih suka makan lauk sahaja tanpa nasi. Tapi memandangkan resepi ayam bakar ala kenny rogers kali ini dihidang dengan nasi planta. Apa salahnya kalau lengkapkan lauk dengan nasi sekali kan. Lagi sedap!

Jom follow resepi ayam bakar ala Kenny Rogers dari Cik Puan Nur Aisya ni. Sekali cuba confirm repeat lagi! Resepi ni telah mendapat 7.2k share dan 5k like dari orang ramai tau. Fuh! Ramai juga Penggemar Kenny Rogers ni.

 

Resepi Ayam Bakar Ala Kenny Rogers Dengan Nasi Planta

Okey, tak nak cerita panjang lagi. Confirm Dah Tak Saba nak cuba kan. Jom kita tengok satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dan bagaimana cara penyediaannya resepi ni. Kalau Barang dah lengkap, boleh la terus masak.

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan A :
  • Ayam seekor/ whole leg 4
  • 1 biji Bwg holand
  • 3 ulas Bwg putih
  • 1 1/2 inci Halia
  • Lada hitam
  • Sos lada hitam*
  • Sos tiram*
  • Kiub ayam*
  • Sedikit gula jika perlu*

**Blend semua bahan kecuali yang bertanda

 

Bahan B :
  • 1 biji Kentang (nanti rebus bersama ayam)
  • Sayur-sayuran untuk dibakar bersama ayam (apa yang ada je boleh)
  • Brocoli
  • Carrot
  • Kentang
  • Bwg holand
  • Shitake mushroom

 

Bahan untuk nasi planta :
  • Beras
  • Planta
  • Halia hiris
  • Bwg besar hiris 

CARA PENYEDIAAN AYAM BAKAR ALA KENNY ROGERS DGN NASI
Cara penyediaan ayam bakar ala Kenny Rogers :

▶️ Tuang bahan-bahan kisar ke dalam kuali dan masak.

▶️ Masukkan kiub ayam, sos lada hitam, sos tiram, kiub ayam dan sedikit gula jika perlu.

▶️ Kemudian, masukkan ayam yang dah di basuh bersih.

▶️ Kemudian, masukkan kentang dan biarkan sampai lembut.

▶️ Cara ni kena masak ayam dalam kuali bersama kuah dulu, sampai ayam masak dan kuah jadi pekat. Ini adalah cara selamat untuk pastikan ayam masak waktu dibakar.

▶️ Seterusnya, blend kentang yang direbus bersama ayam tadi dan tuang semula ke dalam kuali bersama kuah.

▶️ Lepas blend kentang tadi, kuah akan jadi pekat dan lemak-lemak creamy.

▶️ Letak ayam dalam tray dan letak sekali sayur yang ada. Sayur boleh letak sekali sebab ayam dah masak. Tinggal bagi garing bahagian luar je.

▶️ Sebelum masuk oven, letak sikit butter atas ayam dan bakar pada suhu 200C selama 60 minit. Make sure 15 minit pertama, api atas bawah dan selebihnya, api atas sahaja. Siap!

Cara penyediaan nasi planta : 

▶️ Cairkan planta dan tumis bawang besar dan halia. Bagi layu-layu je.

▶️ Masukkan beras, sedikit garam dan sedikit gula. Bagi rasa balance.

▶️ Sukat air macam biasa dan masak nasi dalam periuk biasa. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Boba Milk Tea Cake Viral Yang Paling Sedap Dan Gebu. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

 

Kedua-dua hidangan dah siap! Mudah je kan. Sebelum terlupa. Sukatan bahan di atas adalah hidangan untuk 5 orang makan. Memang jimat. Nak masak hari-hari pun takpe. Sebab ayam seekor ni dah boleh dapat RM7 je. Murah sangat!

Senang ke tak? Senang je kan. Tak susah mana pun. Janji dapat lepas craving dari makan kat luar. Memang tak rugi la kalau nak cuba resepi ni kat rumah! Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Nur Aisya atas perkongsian resepi ini.

Untuk pengetahuan ramai, ada banyak lagi resepi yang beliau kongsikan di wall Facebooknya. Dan rata-rata mendapat perhatian ramai. Semoga perkongsian resepi ayam bakar ala kenny rogers dengan nasi planta ini juga memberi mafaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open