Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah Yang Paling Sedap. Confirm Bertambah-Tambah Nasi Dibuatnya!

0 16,868

Siapa suka makan ayam goreng berempah? Ha! Apa akat korang cuba resepi ayam goreng berempah mekza yang mudah dan sedap ni. Bolehlah buat hidangan untuk berbuka puasa hari ni. Confirm korang bertambah-tambah nasi dibuatnya!

Nampak bahan agak banyak. Tapi, cuma perlu kisar dan campur je semuanya. Kemudian, perap ayam dalam setengah jam. Apa je jenis ayam yang menggunakan rempah, lebih sedap bila di perap lama.

Tapi, untuk ayam goreng berempah mekza ni, kalau nak cepat dan dah tak sempat nak perap, korang boleh goreng je ayam lepas dah sebatikan dengan semua bahan rempah. Mudahkan. Dan pastikan ayam di goreng dengan api yang kuat dan minyak yang banyak.

Minit terakhir sebelum nak angkat ayam, barulah slow kan api. Mudah sangat resepi ni. Kalau gemar makan ayam berempah, hari-hari rasa nak buat. Dapat pula kerak rempah tu dan gaul dengan nasi. Fuh! Sedapnya.

Resepi ayam goreng berempah ini telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Tengku RosElyza Raja Muhammad atau juga di kenali sebagai mekza. Rasa rugi sangat kalau tak share resepi ni kat korang. Sebab bulan puasa ni mesti ramai yang nak makan ayam berempah juga kan.

 

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan ayam goreng berempah ni. Follow je sebijik-sebijik, confirm menjadi!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 1/2 -1 ekor ayam (potong 12-14)
  • 7-10 btg serai (potong dan kisar)
  • 3-4 senduk cili kisar (senduk bancuh air)
  • 4biji bawang merah (kisar)
  • 3ulas bawang putih (kisar)
  • 2-3 sdb Chili flake
  • 2sdb jintan manis (sangai dan kisar kasar)
  • 2sdb jintan putih (sangai dan kisar kasar)
  • 1sdb ketumbar (sangai dan kisar kasar)
  • 1-2sdb tepung beras @ tepung jagung (mana-mana je)
  • 1-2 inci Halia (kisar)
  • Serbuk kari daging (agak-agak)
  • Daun kari
  • Kiub pati ayam @ garam
  • Serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG BEREMPAH :

▶️ Kisar semua bahan yang perlu dikisar.

▶️ Satukan semua bahan diatas dan gaul bersama ayam.

▶️ Perap dalam 1/2 jam. Kalau nak cepat, tak perap pun takpe.

▶️ Goreng dengan api yang kuat, minyak yang penuh.

▶️ Minit last perlahankan api. Warrna dah menarik boleh lah diangkat. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Tart Telur Homemade Yang Gebus Dan Sedap. Just Nice Je Rasanya. Crunchy Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

 

Siap untuk dihidang! Mudah sangat resepi ni. Hari-hari nak buat pun boleh! Walaupun berempah, tapi anak-anak bila makan mesti nampak suka. Tak makan dengan kuah gulai pun anak-anak boleh layan makan dengan sos. Yang tu memang wujud ye!

4 step memasak dah jadi ayam goreng berempah ni. Banyak lagi resepi yang mekza kongsikan di Facebook. Semuanya nampak menarik. Next time saya share resepi beliau yang lain pula contohnya pancake popia kpop nampak sedap sangat!

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi berkongsi resepi ayam goreng berempah yang simple dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open