Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Berguna Sangat AFO Fireball Ni Bila Ada Kebakaran. Baling Je Dałam Api, Bola Auto Aktif Dalam Masa 3-5 Saat!
Bila berlaku kebakaran, semua akan bears cemas. Sampai tak tahu nak buat apa masa tu. Ada tak antara anda semua yang pernah deengar tentang AFO Fireball? Apa yang anda tahu tentang benda ni? Ha! Kat sini kita akan kupas sedikit info tentan kelebihan menggunakan AFO Fireball apabila berlaku kebakaran.
AFO Fireball ini mempunyai bentuk seperti bola mainan. Ianya berfungsi sebagai alat pemadam api bila berlaku kebakaran. Dimana, bola akan aktif bila di baling ke dałam api hanya dengan beberapa saat sahaja.
AFO Fireball boleh diletakkan di mana-mana kawasan yang berisiko untuk terbakar seperti dalam kenderaan, rumah, premis perniagaan, kilang atau pejabat, bilik server komputer dan di mana-mana tempat yang anda fikir berpotensi berlaku kebakaran.
Untuk pemasangan di dalam rumah, AFO Fireball boleh diletakkan dibahagian dapur seperti kawasan tong gas, bilik, berhampiran suis atau meter elektrik dan lain-lain. Mungkin dengan adanya alat pemadam api seperti AFO Fireball ini, anda, keluarga atau rakan-rakan sekerja akan terselamat dari kebakaran.
AFO Fireball juga mempunyai expired date seperti produk lain. Tetapi, expired date untuk AFO Fireball ni juga agak lama iaitu selama 5 tahun. Ianya juga mempunyai 2 saiz bola iaitu 1.3kg dan o.5kg. Anda boleh buat pilihan saiz di sini -> https://shope.ee/4AKel49owN
KELEBIHAN AFO FIREBALL
AFO Fireball juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri iaitu tidak memerlukan sebarang skill dan latihan untuk menggunakannya. Yang mana anda hanya perlu membaling bola dalam api yang marak, dan biarkan api secara automatik akan terpadan dengan sendirinya.
Selain itu, AFO Fireball juga boleh digunakan samada AKTIF atau PASIF, tidak memerlukan maintenance, tidak bertoksid, mesra alam dan tidak berbahaya kepada manusia. Ianya juga mampu memadam api dari bahan-bahan yang mudah terbakar seperti kayu, kertas, kain dan sampah.
AFO juga mampu memadam api yang berpunca dari cecair yang mudah terbakar seperti minyak, cat, gris dan lain-lain. Seterusnya dari gas yang mudah terbakar seperti butana, hidrogen dan gas asli. Juga boleh memadam api yang melibatkan elektrikal dan pendawaian -> https://shope.ee/4AKel49owN
2 JENIS CARA PENGGUNAAN AFO FIREBALL
Secara aktif iaitu membaling terus bola ke dalam api atau punca kebakaran. Balingkan sahaja ke punca kebakaran. Dalam masa 3 saat, AFO akan meletup dengan sendirinya dan terus memadam punca kebakaran serta merta. Anda tidak perlu menarik pin atau berada di tempat kebakaran dalam jarak yang dekat.
Manakala secara pasif pula, dibiarkan di tempat berisiko terbakar. Salah satu kelebihan AFO ini ialah boleh diletakkan dimana-mana tempat yang berisiko terbakar dan akan aktif tanpa kehadiran manusia. Apabila suhu mencapai 75°c, AFO akan automatik diaktifkan dan memadamkan kebakaran dengan serta merta -> https://shope.ee/4AKel49owN
AFO FIREBALL DAN ALAT PEMADAM API KONVENSIONAL
AFO Fireball merupakan satu-satunya alat pemadam api mudah alih yang aktif secara automatik apabila berada di kawasan kebakaran. Manakala, alat pemadam api konvensional pula mesti digunakan secara manual untuk berfungsi.
Dari segi penggera (alarm), AFO Fireball secara aktif apabila diaktifkan akan menghasilkan bunyi yang berfungsi sebagai alat penggera kecemasan (138 desibel) dan memberi isyarat kepada orang sekeliling. Manakala alat pemadam api konvensional pula, tiada isyarat kecemasan apabila terdapat kebakaran.
AFO Fireball lebih ringan iaitu kira-kira 1.3 kilogram sahaja. AFO boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat samada perempuan, orang tua, orang kelainan upaya dan juga kanak-kanak. Manakala, alat pemadam api konvensional pula mempunyai berat kira-kira 5 hingga 15 kilogram termasuk isinya.
Selain itu, AFO Fireball telah direka untuk mengelakkan pengisian semula dan penyelenggaraan, dengan jangka hayat yang lama sehingga 5 tahun. Manakala alat pemadam api konvensional pula memerlukan penyelengaraan berkala.
Dari segi keselamatan, AFO Fireball tidak perlu pergi berdekatan dengan punca kebakaran. Hanya perlu baling/golekkan sahaja ke punca api dari jarak yang selamat untuk pengaktifan. Manakala alat pemadam api konvensional pula, perlu berada berhampiran dengan punca kebakaran dalam satu jangkamasa yang lama sambil menghalakan nozel/hos ke arah api tersebut sehingga padam.
Jadi, yang mana satu alat pemadam api yang anda rasakan sangat mudah di gunakan? Adakah alat pemadam api konvensional atapun AFO Fireball -> https://shope.ee/4AKel49owN
BACA JUGA : Syok Guna Rak Hanger 4in1 Macam Ni. Hanger Siap Boleh Rotate Lagi. Nak Sidai Kain Lap Dapur Pun Mudah!
APA KATA MEREKA YANG DAH GUNA
AFO Fireball ini juga boleh di dapati secara online di Shopee. Banyak seller di shopee yang menjual AFO Fireball dengan harga yang mampu milik. Dan rata-rata pengguna yang telah membeli sangat berpuas hati dengan kualitinya. Banyak lagi review yang anda boleh baca di sini -> https://shope.ee/4AKel49owN
Setuju sangat! Alat ini adalah alat pemadam kebakaran terawal. Dengan harganya yang murah dan mampu milik, maka tidak ada lagi halangan atau alasan untuk kita memilikinya. Malang tidak berbau! Kęs kebakaran juga semakin menjadi-jadi masa kini.
Rata-rata pengguna yang sudah membelinya juga memberikan cadangan untuk kita semua menyediakan AFO Fireball ini di rumah atau kereta masing-masing. Ada juga pengguna yang membuat pembelian semula. Yang mana, pembelian pertama mereka adalah untuk menguji tahap keberkesanan AFO Fireball ini.
Anda juga boleh membeli kedua-dua jenis saiz bola. Dan di simpan di setiap tempat yang berpotensi untuk berlaku kebakaran. Saiz bola pula di tentukken melalui potensi api yang akan menyalah di sesuatu tempat yang anda rasakan berpotensi itu.
Sebagai langkah-langkah keselamatan, saya sangat setuju untuk setiap antara kita menyediakan AFO Fireball ini di kediaman dan kereta masing-masing. Ianya juga tidak memerlukan skill atau penyelenggaran secara berkala. Maka mudah untuk kita menggunakannya -> https://shope.ee/4AKel49owN