Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Kek Marble Yang Moist, Gebu Dan Cantik. Yang Paling Penting Sedap Dan Mudah Dibuat!

0 2,131

Pasti ramai yang gemar dengan resepi kek marble jelita versi mak Azlina Ina kan? Kali ini kita ikuti satu perkongsian resepi kek marble yang cantik dan pastinya sedap dan mudah dibuat.

Kek marble juga antara kek yang paling popular menjelang musim perayaan. Dan seperti yang kita tahu juga, rata-rata laman sosial telah dihantui dengan penangan kek marble dari mak Azlina Ina.

Pelbagai rupa dan perisa kek marble yang beliau kongsikan kepada pengguna media sosial. Dan kebanyakan penggemar kek marble telah mencubanya. Semua jenis kek marble yang dibuatnya mampu menarik perhatian ramai.

Begitu juga dengan seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Cek Yah. Beliau juga telah mencuba resepi kek marble ini dan berkongsi pada rakan-rakan facebook untuk rujukan mereka.

Kek ini boleh dihidangkan buat tetamu yang datang berkunjung bila tiba Hari Raya. Ianya juga boleh dibuat bila ada masa terluang untuk dijadikan kudapan bersama keluarga. Semakin ramai juga usahawan muda yang menjalankan perniagaan kek ini.

 

RESEPI KEK MARBLE

Kek ini mudah diperolehi dipasaran. Tak kira secara offline mahupun online. Tapi, kalau dah ada resepi yang tersedia, apa kata anda semua memilih untuk mencubanya sendiri dirumah. Mesti puas hati!

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • 6 biji telur
  • 220 gm tepung gandum
  • 1 sk serbuk penaik
  • 170 gm gula kastor
  • 50 ml susu segar
  • 3 sb susu pekat
  • 3 sb horlick
  • 1 sb ovalette
  • 1 sk esen vanilla

 

Bahan lain :
  • 150 gm butter (cairkan)
  • Pewarna Merah
  • Pewarna Hijau
  • Pewarna Coklat

CARA PENYEDIAAN KEK MARBLE :

▶️ Cairkan butter atas kuali guna suhu sederhana. Bila dah cair semua, terus tutup api dan biar sejuk sedikit.

▶️ Campurkan 6 biji telur, gula kastor, susu segar, susu pekat, horlick, ovalette dan esen vanilla. Pukul sehingga sebati.

▶️ Masukkan tepung gandum dan serbuk penaik. Anggaran masa putar lebih kurang 10-15 minit. Sehingga menjadi 3 kali ganda kembang dari adunan asal.

▶️ Masukkan pula butter yang dicairkan tadi dan putar sebati 1-2 minit sahaja.

▶️ Bab mewarna ni ikut kreativiti masing-masing. Bahagikan kepada 4 bahagian. 3 bahagian untuk warna merah, hijau dan coklat. Adun dalam mangkuk kecil sahaja. Selebihnya, biarkan guna warna asli.

▶️ Warna asli tadi dimasukkan kedalam loyang bersaiz 8×8 yang dah dilapik dengan baking paper. Masukkan adunan yang berwarna dalam piping beg atau campak macam tu je untuk corak dibagaian atas adunan asli.

▶️ Boleh gunakan lidi untuk lorekkan adunan berwarna.

▶️ Panaskan oven dan bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak ikut oven masing-masing.

▶️ Lepas masak terbalikkan atas redai dan buang baking paper.

▶️ Potong bahagian tepi untuk kek kelihatan lebih cantik. Siap!

 

BACA JUGA: Resepi Mee Kuah Yang Mudah Dibuat Dan Sedap Dimakan. Anda Wajib Cuba!

 

Siap untuk dihidang! Corak yang ada pada kek marbel boleh diperlbagaikan ikut kesukaan masing-masing. Nak tahu kenapa kek ini di panggil sebagai kek marble? Kerana kek ini secara fizikialnya berjalur dan menyerupai marmar.

Musim lockdown macam ni, pasti tak tau nak buat apa kat rumah kan? Ingat lagi lockdown 1.0? Media sosial dihantui dengan air dalgona coffee. Kali ini, kalau tak ada idea, boleh pelbagaikan rupa bentuk kek marble dirumah.

Lepas dah tahu resepi, rasanya boleh buat secara homemade. Tak perlu beli diluar lagi. Mudah je cara penyediaannya. Semoga resepi kek marble ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open