Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pai Daging Carbonara Step By Step. Sedap Sangat Makan Panas-Panas!

0 1,304

Ada tak antara anda semua yang pernah cuba buat sendiri pai daging carbonara? Kalau tak pernah, apa kata anda cuba ikuti resepinya disini. Pai merupakan makanan inggeris style yang sesuai dijadikan menu sarapan pagi ataupun minum petang.

Cara memasaknya sangatlah mudah. Teknik anyaman doh juga tidak sesusah menganyam tikar ye. Boleh follow step by step resepinya disini. Sekali sekala tukar selera apa salahnya kan. Dijamin nak lagi!

Selain menggunakan daging, pai carbonara ini juga boleh menggunakan ayam sebagai intinya. Teksturnya juga akan lembut dan segar. Apa yang paling penting, bila buat sendiri pasti terjamin kebersihannya.

Inti akan dimasak terlebih dahulu dan dibiarkan sejuk. Sementara itu anda boleh membuat kulit atau crust pai. Siap kedua-duanya, masukkan semua bahan ke dalam loyang dan hias sebelum dibakar.

Resepi pai daging carbonara ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna facebook iaitu Cik Puan Nor Al Fatihah. Lihat pada gambar yang dikongsikan, nampak mewah hidangannya. Seakan kek berlauk pun ada.

 

RESEPI PAI DAGING CARBONARA 

Kepada mereka yang baru nak mencuba resepi ini. Ikuti saja step by step yang dikongsikan disini, pasti menjadi. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang perlukan adalah :
Bahan untuk inti :
  • 2 sudu besar butter/ marjerin
  • 1 labu bawang holland (dipotong dadu)
  • 400 gm daging kisar
  • 5 batang sosej (dihiris nipis)
  • 1 tin cendawan butang (dihiris nipis)
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 350 gm sos pasta prego carbonara mushroom
  • 2 keping cheese
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu besar gula

 

Bahan untuk kulit atau crust pai :
  • 250 gm butter
  • 5 sudu besar gula aising
  • 1 sudu teh esen vanila (Optional)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam halus
  • 3 sudu besar air ais
  • 1 biji kuning telur + pewarna kuning (untuk disapu atas pai)
  • Sedikit bijan hitam sebagai hiasan (optional)

CARA PENYEDIAAN PAI DAGING CARBONARA :
Cara penyediaan inti pai :

▶️ Cairkan butter atau marjerin. Tumis bawang hingga layu.

▶️ Masukkan daging kisar. Kacau sampai daging separuh masak.

▶️ Masukkan sosej, cendawan dan serbuk lada hitam. Kacau hingga masak. Masukkan pula sos pasta carbonara mushroom dan kacau sebati.

▶️ Masukkan cheese. Kacau lagi hingga larut dan campurkan tepung gandum sebagai pemekat. Kacau sehingga rata.

▶️ Perasakan dengan gula untuk balancekan rasa masin dan sedikit manis pada inti.  Kacau lagi hingga agak kering. Tutup api dan sejukkan.

 

Cara penyediaan kulit atau crust pai :

▶️ Gaul tepung gandum, gula aising dan garam. Campur butter dan esen vanila. Gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.

▶️ Campur air ais dan gaul sebati hingga menjadi doh. Balut dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti ais selama 1 jam sebelum di gunakan.

▶️ Untuk loyang, boleh guna loyang tart saiz 9 x 2 inci dan sapukan sedikit butter.

▶️ Canai separuh doh hingga agak nipis. Kemudian, terbalikkan ke atas loyang perlahan-lahan. Kemas dan ratakan.

▶️ Tuang inti dan buang bahagian tepi kulit yang tidak digunakan. Biar kulit sama rata dengan paras inti.

▶️ Separuh doh lagi di canai dan dipotong memanjang menggunakan pemotong agar-agar. Kalau tak ada, boleh potong lurus dengan pisau saja.

▶️ Susun memanjang doh yang dipotong tadi ke atas pai. Kemudian, anyam menjadi seperti bentuk tikar.

▶️ Lebihan doh di potong memanjang lagi. Ambil 2 keping doh dan pintal bersama.

▶️ Hias pintalan tadi di sekeliling pai dan sapu dengan kuning telur.

▶️ Baki doh pula ditekap dengan acuan yang disukai dan hias diatas pai. Sapu kuning telur dan taburkan bijan.

▶️ Bakar pada suhu 160-170C selama 1 jam, api bawah dulu 50 minit di rak tengah. Kemudian, tukar api atas saja 10 minit pada suhu 140C di rak paling bawah. Bakar hingga keperangan atau bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Potong dan sedia dihidangkan panas-panas.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Lemak Basmathi Dan Sambal Kerang Yang Power. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

 

Siap untuk dihidang! Makan panas-panas sedap pai ni. Di makan pula dengan sos cili, marvellous kata orang putih. Anda juga boleh makan begitu saja tanpa sos. Terpulang anda nak makan cara bagaimana.

Kalau tak makan daging boleh gunakan isi ayam. Pai daging carbonara ini juga mempunyai rasa yang mewah dan cukup sedap. Anda boleh mencubanya secara homemade. Pasti anak-anak pun suka.

Resepi ini juga pastinya mengenyangkan anda. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan pagi atau minum petang dihujung minggu. Semoga resepi pai daging carbonara ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open