Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Makaroni Bakar Tanpa Sos Prego. Makan Panas-Panas Memang Padu!

0 102

Hujan-hujan ni dapat makan makaroni bakar pun sedap jugak kan. Layan panas-panas memang best. Guna bahan apa yang ada kat rumah je. Jom follow resepi makaroni bakar tanpa sos prego ni. 

Baru 2 hari lepas makan salad makaroni. Hari ni nak buat makaroni bakar pulak. Nampak resepi ni kat Facebook je. Terus save dan nak cuba kat rumah. Kebetulan balance makaroni buat salad tu ada lagi. 

Tak guna sos prego pun still dapat makan makaroni bakar yang sedap. Kalau tak nak makan nasi waktu malam, korang buat la makaroni bakar ni. Buat yang sejuk beku punya. Nak makan tinggal bakar je.

Resepi makaroni bakar ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Mastura Mukhtar. Resepi mudah nak buat. Korang yang suka cuba resepi baru. Boleh la try buat makaroni bakar ni kat rumah. Mesti jadi favourite food korang nanti. 

Dulu aku pun tak reti sangat nak makan makaroni ni. Tapi bila buat salad terus aku jadi suka. Makan salad makaroni sejuk-sejuk memang sedap ye. Tapi hari ni kita nak buat versi bakar pulak. Bukan dessert ye. 

 

RESEPI MAKARONI BAKAR 

Resepi ni kita guna daging cincang. Korang nak ganti dengan ayam pun boleh. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan makaroni bakar ni. Bahan-bahan dan step memasak seperti dibawah. 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
  • Bawang holland 1 bjik (dicincang)
  • Bawang putih 5 ulas (dicincang)
  • Macaroni 100gram (direbus dengan sedikit minyak dan garam)
  • Daging cincang 400gram
  • Capsicum 1bjik (dipotong dadu)
  • Carrot 1 bjik (dipotong dadu)
  • Daun bawang
  • Cabai hidup (dihiris)
  • Rempah kari 4 sudu
  • Rempah sup 2 sudu
  • Garam dn gula secukupnya
  • Sos tiram 2camca besar
  • Cendawan butang (dihiris)

 

Bahan untuk sos putih :
  • 1 cawan setengah fresh milk
  • 2 camca besar butter
  • 1 camca besar tepung jagung bancuh sikit dengan air panas (kacau supaya tak berketul)
  • 2 slice cheddar cheese

CARA PENYEDIAAN MAKARONI BAKAR : 

▶️ Mula-mula, rebus macaroni.

▶️ Tumis bawang holland dan bawang putih.

▶️ Kemudian, masukkan daging cincang.

▶️ Masukkan pulak rempah kari, rempah sup, sos tiram dan tumis.

▶️ Masukkan carrot, capsicum dan cendawang butang. Kacau dan masak sehingga rata.

▶️ Masukkan pulak garam dan gula secukup rasa.

▶️ Untuk sos putih pulak, masukkan butter dalam kuali dan masak hingga cair.

▶️ Kemudian, tambah fresh milk, tepung jagung dan 2 slice cheddar cheese.

▶️ Sos putih boleh tuang atas permukaan macaroni sebelum dibakar.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Apam Solo Inti Kacang Merah. Cantik Macam Bunga Rose Apam Ni! 

 

Bakar pun tak perlu lama sangat! Masak lebih kurang 10 minit dengan suhu 180c je. Makaroni dan sos putih pun dah masak. Kita hanya nak bagi makaroni kita ni garing sikit je masa makan nanti. 

Untuk siapa yang suka cheese, boleh la tabur cheese mozarella kat atas. Baru syok nak makan nanti. Ada cheese tarik gitu. Lagi banyak lagi sedap. Boleh taburkan fresh parsley untuk hiasan kat atasnya.

Mudah je kan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Mastura Mukhtar kerana sudi berkongsi resepi makaroni bakar tanpa sos prego ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open