Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Fettuccine Crepe Ala Dip N Dip. Buat Sendiri Kat Rumah Lagi Puas Hati!
Sejujurnya, sepanjang hayat aku tak pernah makan kat dip n dip. Selalu terliur tengok orang makan je. Jadi aku rasa baik aku buat sendiri kat rumah. Nak penuhkan craving je. Jom try resepi famous kat dip n dip. Ni dia resepi fettuccine crepe. Confirm fettuccine crepe sedap weh!
Jimat pun jimat! Tak payah pegi makan mahal-mahal kat luar sana. Kita pakai je resepi ni. Crepes ni asal nya dari France. Berdasarkan google laa. Bermacam jenis crepes boleh buat. Ada savoury dan dijadikan desserts. Ikut selera dan kreativiti masing-masing je.
Selain dari guna fettuccine crepe, korang boleh je buat guna waffle. Yang penting, korang kena ada chocolate, cream & icecream. Nak menarik perhatian anak-anak untuk makan lagi letak mix fruit. Terus meriah hidangan dip n dip kita.
Resepi fettuccine crepe dan waffle ni telah dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Nor Atika Nazirah. Yang teringin makan kat dip n dip tapi tak kesampaian, boleh try buat sendiri kat rumah. Lagi puas hati!
Kat bawah ni ada 2 resepi, hari ni boleh cuba crepe, Esok lusa try waffle pulak. Makan kat dip n dip boleh tahan jugak harganya. Jadi kita buat je la kat rumah. Resepi pun dah ada kan. Follow sebijik-sebijik mesti menjadi!
RESEPI FETTUCCINE CREPE ALA DIP N DIP
Tanpa membuang masa lagi, apa kan kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan dalam penyediaan fettuccine crepe and waffle ni. Bahan-bahan dan step penyediaanya seperti dibawah.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk adunan crepe :
- 2 biji telur
- 1 cawan susu
- 1 cawan tepung gandum
- 1 tbsp butter
- 1 tbsp gula
- 1/4 tsp garam
Bahan untuk adunan waffle :
- 250 gram tepung gandum
- 20 gram makan tepung jagung
- 10 gram serbuk penaik (baking powder)
- 375 ml susu segar
- 125 ml minyak
- 30 gram gula
- 2 biji telur B (telur putih asingkan utk buat maringue)
- Sedikit esen vanilla essen vanilla
CARA PENYEDIAAN FETTUCCINE CREPE ALA DIP N DIP :
Cara penyediaan adunan crepe :
▶️ Satukan semua adunan ke dalam bowl, kemudian kacau hingga sebati dan adunan tidak berketul.
▶️ Lepas tu jangan lupa tapis ye. Sebab takut ada adunan yang berketul-ketul. Lepas tu ceduk 1 senduk ke dalam kuali non stick dan masak hingga kulit dia perang sikit. Dah siap masak.
▶️ Lepas tu gulung-gulung kan dia macam telur dadar, hiris-hiris macam fettuccine tu.
▶️ Last sekali boleh la drizzles dengan white chocolate, dark chocolate, milk chocolate & lotus.
▶️ Nak menarik & dan sedap lagi boleh letak buah-buahan, whipcream dan ice cream vanilla.
Cara penyediaan waffle :
▶️ First sekali satukan tepung tepung gandum, tepung jagung & baking powder ke dalam bowl. Sebati semuanya. Ketepikan.
▶️ Dalam bekas lain, masukkkan susu segar, minyak, telur kuning & esen vanilla. Kacau semua bagi sebati dan tuang ke dalam bowl yang berisi tepung tadi, kacau kesemuanya sehingga sebati.
▶️ Last sekali, putar putih telor sehingga menjadi maringue @ sehingga gebu. Bubuh ke dalam adunan waffle tadi, kacau semuanya hingga sebati.
▶️ Dan boleh bakar kedalam waffle maker sehingga keperangan dan boleh angkat. Boleh sapu apa-apa jem kat dalam waffle tu nanti.
BACA JUGA : Resepi Cheesekut Yang Senang Giler Nak Buat. Makan Sejuk-Sejuk Lagi Sedap!
Dah siap pun! Actually tak susah mana pun nak buat fettuccine crepe dan waffle ni. Cuma kena rajin sikit je. Hidangan ni nak buat time korang Ada candle light dinner dengan husband korang kat rumah pun boleh. Nice je bila terhidang atas meja nanti.
Korang suka fettuccine crepe ke waffle? Nampak dua-dua pun sedap kan. Untuk waffle korang boleh je intikan waffle tu dengan apa saja jem. Nak kosong pun boleh. Sebab kita dah ada cream, ice cream, coklat dan buah.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Nor Atika Nazirah kerana sudi berkongsi resepi fettuccine crepe ala-ala dip n dip ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!