Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Baked Macaroni Dan Cheese Untuk Keluarga. Sekali Buat Terus Jadi!
Pernah makan baked macaroni dan cheese tak? Ada orang yang tak boleh tinggal nasi untuk setiap kali waktu makan. Ada juga yang suka makan western untuk makan malam menggantikan hidangan nasi.
Tapi bagi siapa yang suka makan western, korang wajib cuba buat sendiri baked macaroni dan cheese ni. Sebab ianya sangat sedap dan mengenyangkan. Sesuai lah untuk yang nak menjaga portion makan supaya tak makan banyak.
Makanan macam ni, ada juga yang buat untuk hidangan kepada tetamu. Terutama jika ada apa-apa event. Selain baked macaroni dan cheese ni, lasagna pun salah satu makanan yang senang kita jumpa.
Kalau tak rajin nak buat sendiri, boleh oderkan je dekat kedai atau home baker. Tapi kalau rajin, jom kita follow resepi Cik Puan Linie Azhar ni. Rasa sedap dia memang tak boleh bawak bincang.
Untuk buat masakan ni, ada dua bahagian utama yang kita perlu sediakan. Iaitu bahagian macaroninya dan juga sos putihnya yang menyedapkan lagi rasa baked macaroni dan cheese ini.
RESEPI BAKED MACARONI DAN CHEESE
Buat masa ini, menggunakan macaroni adalah yang terbaik. Namun jika nak gunakan spiral, atau pasta yang lain, boleh tiada masalah. Pastikan cara memasaknya adalah sama.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 2 cawan macaroni
- 1 labu bawang holland ( potong dadu)
- 1 mangkuk kecil ayam / daging kisar
- 1 tin sos prego tradisional
- Lobak merah ( potong dadu )
- Capsicum / lada benggala ( potong dadu )
- 1 tin cendawan
- 2 sudu besar lada hitam
- 2 sudu besar mixed herbs
- Sedikit minyak untuk menumis
- Garam
- Gula secukup rasa
- Air
CARA PENYEDIAAN MACARONI :
▶ Mula-mula, didihkan air. Masukkan secubit garam dan 1 sudu minyak masak. Rebus macaroni sehingga lembut. Bila dah lembut toskan seketika.
▶ Panaskan minyak masak. tumis bawang sehingga layu dan bertukar warna kekuningan.
▶ Kemudian, masukkan ayam cincang, lobak merah dan sedikit air. Masak sampai empuk.
▶ Bila ayam dah masak dan lobak pun dah lembut, masukkan sos prego, cendawan dan juga capsicum. Perasakan juga dengan garam dan gula.
▶ Akhir sekali, masukkan macaroni, mixed herbs dan juga lada hotam. Kacau sekejap sampai semua perasa sekata.
▶ Tutup api dan ketepikan sebentar.
Tak lengkap baked macaroni dan cheese ni tanpa kuah putihnya yang awesome! Kuah ni yang akan buat kita punya macaroni lebih rasa menarik. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
- 4 sudu besar butter
- 2 sudu besar tepung gadum
- 2 cawan susu segar / susu cair
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN SOS PUTIH :
▶ Panaskan kuali dan cairkan butter. Kemudian masukkan tepung gandum.
▶ Gaul cepat-cepat supaya sebati.
▶ Seterusnya, masukkan susu dan garam. Dengan menggunakan api perlahan, sentiasa kacau supaya tidak hangit dan tidak berkerak.
▶ Kacau sampai kuah kita jadi creamy. Tutupkan api bila dah siap.
BAHAN LAIN :
- Cheddar cheese
- Parmesan cheese
- Mozzarella cheese parut
▶ Jom kita bakar pula. Panaskan oven terlebih dahulu. Jangan lupa, oles loyang dengan butter.
▶ Masukkan macaroni yang kita masak awal tadi. curahkan sos putih ke atasnya. Dan akhir sekali tabur cheese yang kita sediakan.
▶ Bakar dengan suhu 160’c selama 30 minit. Ianya bergantung kepada oven masing-masing.
▶ Siap dan sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Cara Masak Ayam Tumis Cili Resepi Ringkas. Wajib Cuba!
Dah siap kita punya baked macaroni dengan cheese ni. Hidangkan ketika masih suam-suam panas confirm cepat habisnya. Sesuai juga dibuat hidangan minum petang atau jadi bekalan untuk berkelah bersama keluarga.
Bahan-bahan yang digunakan semuanya mudah nak dapat, dan nak masaknya pun tak susah asal ikutkan sahaja resepi yang saya kongsikan ni.
Siapa tahu, dah pandai buat ramai pula yang minta resepi kan. Sharekan aje perkongsian ni di wall korang supaya lebih ramai yang mendapat manfaat. Selamat mencuba ye!