Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

French Fries Carbonara Bercheese Yang Simple Dan Sedap. Sesekali Layan Dengan Anak-Anak Seronok Jugak!

0 799

Anak-anak mesti suka makan french fries kan? Kalau pegi Mcd ke, Kfc ke laju je fries tu habis. Apa kata kita bagi anak-anak kita cuba resepi french fries carbonara bercheese ni pula. Mesti mereka suka. Sedap tau!

Kita hanya perlukan fries sejuk beku yang boleh didapati dimana-mana pasaraya. Fries tu akan digoreng dengan salutan tepung bestari sampai agak kekuningan. Kemudian, curahkan sos carbonara yang siap dimasak dibahagian atasnya.

Setelah dicurahkan dengan sos carbonara barulah ditaburkan cheese. Nak guna mozarella cheese lagi sedap. Tapi kalau takde, nak guna slice cheese pun dah okey sangat. Hiaskan juga dengan parsly dan oregano. Barulah nampak cantik.

Bila semuanya dah lengkap siap, barulah dibakar dalam oven sehinga sepenuhnya masak. Teksturnya pula agak rangup dan berkrim. Ditambah pula dengan taburan cheese diatasnya. Ala-ala makan lasagna kat pizza hasilnya. Sedap sangat!

Resepi french fries carbonara bercheese ini telah dikongsikan oleh Cik Puan Mastura Razali. Ramai sangat yang suka. Dapat juga kita lihat, 5K share dan 4.5K like hasil perkongsian beliau di Facebook. Pasti sudah ramai yang telah mencubanya dirumah.

 

RESEPI FRENCH FRIES CARBONARA BERCHEESE

Kepada mereka yang belum mencubanya. Jangan tunggu lagi. Tak rugi buat resepi ni untuk anak-anak. Sekilo fries pun laju je habis. Tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat satu persatu bahan-bahan yang diperlukan. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • French fries
  • Tepung bestari
  • Sos carbonara
  • Butter
  • 2ulas bawang putih
  • Susu cair/ susu segar
  • Sosej (dipotong)
  • Sepeket soup campbells (mushroom chicken)
  • Chili flakes
  • Serbuk lada putih
  • Slice cheese/ mozarella cheese
  • Parsly
  • Oregano
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Sos keju

CARA BUAT FRENCH FRIES CARBONARA BERCHEESE :

▶️ Mula-mula, masukkan tepung bestari dalam bekas dan masukkan juga fries. Goncang dan salut fries dengan tepung bestari.

▶️ Kemudian, goreng french fries sampai garing.

▶️ Seterusnya, kita sediakan sos carbonara. Panaskan butter dan tumis 2 ulas bawang putih.

▶️ Kemudian, masukkan susu cair atau susu segar.

▶️ Masukkan sosej atau nak gantikan dengan daging kisar pun bole

▶️ Masukkan soup campbells perisa mushroom chicken.

▶️ Tabur dengan sedikit chili flakes dan sedikit serbuk lada putih. Siap untuk kuah carbonara.

▶️ Seterusnya, letak french fries dalam loyang atau bekas yang sesuai untuk proses membakar dalam oven.

▶️ Tuang sos carbonara yang dah kita siapkan tadi. Ratakan dan susun slice cheese diatasnya. Kalau nak guna mozarella cheese lagi sedap.

▶️ Tabur lagi chili flakes, parsly dan oregano untuk kali kedua.

▶️ Hias dengan sos cili, mayonis dan sos keju. Sedia untuk dibakar.

▶️ Bakar suhu 160C selama 15-20 minit.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Cara Buat Rojak Mee Dan Kuah Rojak Guna Biskut Marie. Memang Sedap Sangat Jadinya!

 

Wah! Hidangan western food yang cukup menyelerakan. Kalau makan fries pun anak-anak dah berebut nak habiskan, yang ni lagi laju mereka makan. Nak lagi sedap, jangan lupa makan dengan sos cili, mayonis dan keju ye.

Untuk penggunaan sosej tadi, boleh digantikkan dengan daging kisar atau ayam kisar. Begitu juga dengan penggunaan sos. Boleh digantikkan ikut citarasa masing-masing. Sos carbonara lebih sesuai untuk anak-anak sebab rasanya yang tidak pedas.

Lepas ni, kalau beli fries bebanyak, boleh buat sebungkus resepi french fries carbonara bercheese ni. Memang tak rugilah! Semoga resepi ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open