Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Karipap Bihun Pelik Tapi Benar. Ada Kat Sabah Je Tau. Makan Sekali, Confirm Nak Lagi!

0 236

Lama rasanya tak tulis blog. Bila cari resepi terus teringat nak share kat semua resepi karipap bihun pelik tapi benar ni. Karipap ni ada kat sabah je tau. Yang pernah try makan karipap ni confirm rasa nak lagi kan.Sedap giler makan dengan air lada yang buat sendiri.

Nama lain karipap ni adalah pastil. Texturenya sangat nipis. Kalau tebal, rasa karipap ni kurang sedap. So, kena buat nipis kulit karipap ni barulah enak di makan nanti. Texture kulit karipap ni lebih garing ye bila kita nipiskan. Lagi sedap kalau texture karipap ni nampak berjerawat.

Kat sabah, karipap ni memang femous. Dijual sarapan pagi dan untuk minum petang. Tak kira suku kaum, karipap ni memang menjadi pilihan ramai. Wajib makan dengan air lada. Barulah terasa nikmat makan karipap pelik ni.

Biasanya kita akan jumpa karipap kentang, karipap ikan dan karipap sardin kan. Sekali sekala cuba resepi karipap bihun ni apa salahnya. Korang follow je sebijik-sebijik resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Iza Fariza Mohamed ni. Confirm menjadi!

Orang Sabah yang dah lama tak balik, bolehlah buat sendiri kat rumah pastil ni. Buat lepas craving katakan. Boleh juga buat niaga kat semenanjung. Dapat jugak la orang luar try makanan yang unik dari Sabah. Betul tak?

RESEPI KARIPAP BIHUN ATAU PASTIL 

Saya dah lama duduk semenanjung. Selama duduk kat sini, susah tau nak dapat karipap ni. Ada kat beberapa tempat je. Tu pun orang asal Sabah yang buat niaga. Lepas ni, teringin juga nak try buat sendiri. Nak follow resepi Cik Puan Iza ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kulit karipap atau pastil :
  • 3 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • 2 sudu makan minyak masak*
  • 2 sudu makan majerin*
  • 1 cawan air
  • Sedikit air Kapur

 

Bahan inti karipap atau pastil :
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Sos tiram
  • Kicap masin
  • Minyak
  • 1/2 peket bihun

 

Bahan lada karipap atau pastil :
  • 4 ulas Bawang putih*
  • Lada ikut suka*
  • Garam*
  • Gula sikit*
  • Cuka
  • Air panas
  • Perasa klu suka

CARA PENYEDIAAN KARIPAP BIHUN SABAH :
Cara penyediaan kulit karipap atau pastil :

▶️ Cairkan 2 bahan yang bertanda ‘*’. Kemudian, tuang minyak panas dalam tepung.

▶️ Masukkan garam dan gaul tepung dengan senduk kayu. Jangan pulak dengan tangan ye. Nanti melecur tangan tu.

▶️ Kemudian, tuang air kapur dan air sedikit demi sedikit. Uli hingga doh tak melekat di jari.

▶️ Rehatkan doh selama 4 jam.

 

Cara penyediaan inti karipap atau pastil :

▶️ Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk hingga wangi.

▶️ Kemudian, masukkan sos tiram dan kicap masin.

▶️ Masukkan air 1/2 cawan atau agak-agak je. Biar hingga mendidih kemudian masukkan bihun yang telah direndam.

▶️ Kacau hingga masak dan ketepikan.

Cara penyediaan lada karipap atau pastil :

▶️ Semua bahan bertanda ‘*’ ditumbuk.

▶️ Kemudian, tuang la air panas, cuka ikut selera nak masam ke masin ke terpulang pada citarasa sendiri. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Roti Pisang Rangup Guna Roti Gardenia. Confirm Berebut Nak Makan Nanti!

 

Dah siap semua, bentuk kulit karipap dan masukkan bihun. Kemudian, kelim kulit dan goreng karipap. Dah siap! Mudah je kan nak buat karipap bihun ni. Untuk sukatan adunan ni, korang akan dapat hasilkan 16 biji karipap yang besar dari yang orang jual. Puas hati makan satu family. 

Kalau ada masa terluang, try la buat karipap bihun ni kat rumah. Sesuai juga buat hidangan minum petang dan sarapan pagi. Makan panaș-panas lagi best. Kulit pastil ni bila goreng memang dia berjerawat ye tapi dia tak berminyak. Memang sedap lah!

Sebelum masuk mulut jangan lupa chicha atau tuang air lada. Fuhhh. Padu rasanya! Thank to Cik Puan Iza Fariza Mohamed sebab sudi berkongsi resepi karipap bihun pelik tapi benar dari Sabah ni. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open