Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Spicy Korean Chicken Yang Sedap Dan Lembut. Penggemar Makanan Korea Memang Wajib Cuba Ni
Di Negara kita ni, bukan sekadar ramai yang minat pada oppa-oppa korea. Tapi makanan korea pun ada peminatnya.
Kalau dulu popular dengan makanan Samyang, sekarang ni spicy Korean chicken pula mengambil tempat dalam masyarakat kita. Nak beli risau tak berbaloi, haa jom kita buat sendiri.
Makan dengan family, boleh adjust kepedasan ikut selera kita. Mujur juga ada perkongsian daripada Cik Puan Rozlyn Farah Diana ini. Mudah nak buat, bahan pun semuanya mudah nak dapat.
RESEPI SPICY KOREAN CHICKEN
Bahan-bahan yang digunakan adalah :
- Drummet/chicken wings
- Tepung goreng bistari (saya guna yang spicy baru rasa lagi kick pedas tu)
- Blackpepper
- 2 atau 3 sudu besar serbuk cili
- 5 ulas bawang putih (blender)
- 2 atau 3 sudu cili kisar
- Lemon
- Madu
- Sos tomato
CARA PENYEDIAAN SPICY KOREAN CHICKEN :
▶ Perap ayam dalam tepung goreng bistari
▶ Caranya letak tepung dalam 2-3 sudu, sedikit blackpepper, sedikit bawang putih yang dikisar, masukkan sedikit air lepas tu gaul sebati. Perap dalam 10-15 minit macam tu. Lagi lama lagi sedap.
▶ Salutkan ayam yang diperap tadi dalam tepung goreng bistari yang kering.
▶ Kemudian, panaskan minyak lepas tu terus letak ayam di dalam minyak panas tadi.
▶ Sangai bijan dalam kuali. Agak-agak dah perang tutup api dan ketepikan bijan tu dulu.
BACA JUGA: Cara Buat Burger Prosperity Homemade Ala Mcd, Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!
▶ Untuk sos pulak, tumis bawang putih yg dikisar tadi bersama cili kisar.
▶ Agak-agak cili kisar dah masak dan agak garing, letak serbuk cili 2-3 sudu. Nak pedas letak lagi banyak pon boleh, taka da masalah.
▶ Masukkan sos tomato, madu, gula, garam, air perahan lemon agak-agak la ye. Kalau letak banyak sangat masam pulak nanti jadi sour korean chicken plak bukan spicy.
▶ Agak-agak sos dah gaul sebati sos tadi boleh la masukkan bijan yang disangai tadi bersama ayam yang dah siap digoreng tadi.
▶ Gaul-gaul sampai melekat betol-betul sos dekat ayam tu.
▶ Nak tabur daun bawang lagi cantik nampak kombinasi kaler merah campur hijau gitu. Sebabkan saya taka da, saya tak letak. Makan macam tu pon dah best dah
Bagi yang gemar makan ayam spicy Korean ni, saya cadangkan untuk buat sendiri supaya dapat makan dengan puas / banyak tetapi menggunakan kos yang rendah sahaja.
Nak makan ayam ni, nak makan dengan nasi boleh. Atau nak makan tanpa nasi pun boleh tiada masalah. Jika buat untuk anak-anak kecil yang tidak makan pedas, jangan masukkan terlalu banyak serbuk cili.
Atau boleh juga gantikan tepung bestari spicy kepada original punya. Dan hanya gunakan sos tomato sebagai sos. Masak dengan bahan-bahan lain dan taburkan bijan sangai.
Namun, sekiranya anak-anak tidak suka kan sos, buat goreng biasa dengan tepung bestari original pun dah memadai. Dah rasa macam ayam KFC. Cubalah buat, insyallah seisi keluarga akan suka kannya.
Selamat mencuba.