Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Pulut Kuning Dan Rendang Untuk Makan Sesaja Kat Rumah. Bertambah-Tambah Dibuatnya!

0 112

Dah balik kampung ni rindu pulak nak makan pulut kuning dengan rendang kat satu warung kat tempat aku tinggal. Ramai orang sarapan pagi kat situ. Terpaksa la aku cari resepi pulut kuning dan rendang homemade ni. Boleh la buat kat rumah nanti.

Buat lepas craving je. Ramai tau makan pulut kuning kat kedai makcik tu. Rendang dia pun sedap. Dulu kedai dia slow sikit. Tapi sejak anak dia dah duduk dengan dia, dan ada buat marketing sikit. Terus ramai je orang datang kedai tu.

Sampai takde tempat duduk dibuatnya. Penjawat awam kat tempat aku memang ramai makan kat situ. Bukan takat sedap, Harga pun murah. Paling best air manis dia memang padu. Kekadang aku rasa, bankrup taukey Kalau buat air manis macam ni. Manis susu ye.

Resepi pulut kuning dan rendang ni telah dikongsikan oleh seorang penggunaan Facebook iaitu Cik Puan Puteri Hana Sofia. Yang ni rendang ayam ye. Korang nak rendang daging boleh ushaa resepi dia kat blog ni.

Ingatkan susah nak buat pulut kuning dan rendang ni. Rupanya tak susah mana pun. Cuma part rendang tu korang kena ambil masa yang lama sikit nak masak. Menu ni korang nak buat untuk hantar masjid atau majlis kenduri pun boleh ye.

RESEPI PULUT KUNING DAN RENDANG 

Tak nak buang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan dalam penyediaan pulit kuning dan rendang ayam ni. Step memasak seperti dibawah. 

 

Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 
Bahan-bahan pulut kuning :
  • 3kg beras pulut (30box pulut kuning)
  • 4.5kg santan
  • Serbuk kunyit
  • 4 helai Daun pandan
  • 66g garam kasar
  • 660g gula

 

Bahan-bahan untuk rendang ayam : 
  • 3 ekor ayam
  • 2 kotak santan kecil
  • 2 peket 500g kerisik (peket sederhana)
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • 3 helai daun limau purut (dihiris halus)
  • 2 sb Gula
  • 2 sb garam
  • 4 sekawan
  • Minyak masak

 

Bahan kisar : 
  • 1 peket kecik serbuk kari
  • 1 sk kunyit serbuk
  • 4 btg serai (dihiris)
  • 6 biji bawang merah
  • 2 buku bawang putih
  • 4 sb cili blend (ikut kepedasan masing-masing)
  • 10btg cili merah (extra pedas)
  • 2 sb ketumbar
  • 2 sb jintan putih
  • 3 inci lengkuas
  • 3 inci halia

CARA PENYEDIAAN PULUT KUNING DAN RENDANG : 
Cara penyediaan pulut kuning : 

▶️ Cuci bersih beras pulut dan rendah semalaman bersama serbuk kunyit dan daun pandan.

▶️ Kukus beras pulut selama 30 minit. letak daun pandan untuk aroma wangi. Alaskan dengan daun pisang.

▶️ Masukkan garam dan gula dalam santan,masak sekejap kemudian masukkan dalam pulut. Kacau pulut sehingga rata dan ketepikan.

▶️ Masukkan pulut dalam kukusan dan kukus kali kedua dalam 10 minit.

▶️ Nak nampak pulut berkilat cantik letak sedikit minyak masak.

Cara penyediaan rendang ayam : 

▶️ Masukan minyak masak dan 4 sekawan tumis bahan blend sampai naik bau.

▶️ Masukan cili blend dan tumis sampai cili betul-betul masak, letak sedikit air masak dan masukan ayam, asam keping dan serbuk perasa.

▶️ Akhir sekali masukan kerisik dan santan, masak dalam 10minit dan taburkan daun kunyit. Siap!

 

BACA JUGA : Resepi Apam Lenggang Untuk Breakfast. Cicah Dengan Kari Sardin Lagi Sedap!

 

Bukan nak tunggu raya je baru nak masak pulut kuning ni. Nak makan sesaja pun boleh masak ye. Sama macam orang pantai timur yang biasanya menjadikan menu ini sebagai menu makan pagi. Sampai aku pun dah belajar ikut sekali.

Makan pulut kuning ni kalau ada telur rebus lagi sedap weh! Confirm bertambah. Jangan kembung perut dah la. Tapi kalau makan pulut ni banyak-banyak. Perut mesti rasa kembung. Sekali sekala boleh la.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Puteri Hana Sofia kerana sudi berkongsi resepi pulut kuning dan rendang ayam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Sslamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open