Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Lemak Daun Simpoh Yang Dimasak Pakai Santan Kotak Dan Juga Halba. Sedap Sangat Hasilnya!

0 365

Nasi lemak merupakan masakan tradisional melayu yang terkenal di Malaysia, Singapura, Indonesia dan juga Brunie. Pelbagai cara masakan nasi lemak yang kita temui. Termasuklah resepi nasi lemak daun simpoh ini.

Nasi lemak boleh dimakan dengan pelbagai lauk seperti ayam goreng, ayam berempah, sambal sotong dan macam-macam lagi. Tetapi sambal ikan bilis adalah menu ringkas yang wajib ada dalam penyediaannya.

Nasi lemak juga turut terhidang di hotel-hotel ternama sebagai menu sarapan pagi. Disamping itu, resepi nasi lemak ini juga semakin dikomersialkan. Yang mana restoran besar seperti Macdonald’s, Old Town turut menhidangkannya.

Ramai juga usahawan muda yang berjaya dengan menjual nasi lemak. Di zaman moden ini, nasi lemak boleh dihidang didalam polistrin sahaja. Tapi ada juga yang masih mengekalkan cara lama dengan membalut dengan daun pisang.

Yang lainnya dalam resepi yang dikongsikan Cik Puan Rozita Daud ini, Nasi lemak akan dimasak dengan menggunakan serai, santan kotak dan juga halba. Ramai juga yang suka nasi lemak dimasak dengan halba ni. Sedap sangat hasilnya.

 

RESEPI NASI LEMAK DAUN SIMPOH 

Terpulang pada anda, kalau nak masak nasi lemak dengan daun pandan pun boleh. Sebelum kita teruskan, diucapkan terima kasih pada cik puan rozita kerana sudi berkongsi resepi mak beliau difacebook buat rujukan ramai.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk nasi lemak :
  • 3 mangkuk beras (sukatan bekas tau fu fah, bersihkan dulu)
  • 1/2 inci halia (dihiris nipis)
  • 4 ulas bawang putih (dihiris nipis)
  • 1/2 bawang besar (dihiris nipis)
  • 2 sudu herba (dibasuh)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 kotak santan

Bahan untuk sambal :
  • 10 biji lada kering yang tak pedas (dikisar)
  • 1 sudu besar belacan (dikisar)
  • 2 biji Bawang besar (1/2 dihiris nipis)

 

Bahan untuk ikan bilis :
  • Ikan bilis
  • Bawang besar goreng
  • Asam keping
  • 1 sudu 1/2 garam
  • Sedikit ajinomoto
  • 3@4 sudu gula pasir

Bahan untuk hiasan :
  • Timun (dihiris)
  • Telur rebus (dibelah 2)
  • Kacang dan bilis goreng

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK DAUN SIMPOH :
Cara penyediaan nasi lemak :

▶️ Basuh beras macam biasa dan toskan.

▶️ Masukkan halia, bawang putih, bawang besar, herba dan serai dalam beras.

▶️ Tuang santan dalam periuk dan bilas kotak santan. Masukkan air sampai bawah no 8. Tengok tepi periuk.

▶️ Kemudian, masukkan 2 sudu kecil garam dan kacau sebelum dimasak.

▶️ Masak nasi macam biasa. Siap nasi lemak!

Cara penyediaan sambal ikan bilis goreng :

▶️ Blender lada kering dan belacan.

▶️ 2 biji bawang besar dihiris dan 1/2 lagi dihiris nipis-nipis macam nak buat bawang goreng.

▶️ Goreng ikan bilis sehingga garing.

▶️ Dah siap goreng, terus masuk bawang besar goreng sampai kuning baru masuk bahan kisar tadi (belacan + lada kering).

▶️ Kacau dan masukkan sikit asam keping yang kecil je dan gaul sampai sedikit kering.

▶️ Perasakan dengan garam dan sedikit ajinomoto. Kacau sekejap dan masukkan 3@4 sudu gula pasir atau ikut suka anda. Kalau masukkan gula lebih warna sambal jadi cantik.

▶️ Terakhir sekali, tutup api baru masuk ikan bilis goreng. Siap sambal ikan bilis!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kuih Seri Muka Tanpa Telur. Cantik Teksturnya Dan Paling Penting Sedap Sangat!

 

Siap untuk dihidang! Hidang bersama semua bahan sambal ikan bilis, telur, timun, kacang dan ikan bilis goreng. Kalau nak hidang dengan lauk yang lain pun boleh. Sesetengah orang suka makan dengan sambal sotong.

Nasi lemak akan dibungkus dengan daun simpoh. Yang tak tahu daun simpoh boleh dijadikan pembungkus makanan. Orang dulu-dulu menggunakan daun ini untuk membungkus makanan termasuk nasi lemak.

Kalau nak guna daun pisang pun boleh. Lepas ni bolehlah anda cuba resepi mak kepada cik puan rozita ini. Semoga resepi nasi lemak daun simpoh ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open