Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Lemak Beserta Sambal Ikan Bilis Yang Mudah. Tip Goreng Ikan Bilis Kekal Garing!
Nasi lemak, siapa yang tak suka dan mampu menolak kan? Wajib rasa walaupun dah kenyang. Memang ada yang terlalu suka makan nasi lemak ni. Sedap kan kalau dapat makan.
Pagi- pagi bila takt ahu nak buat makan apa, boleh lah cuba buat nasi lemak ni. Tapi sekarang ni, tak kira masa dah, baik pagi, petang atau malam pun nasi lemak boleh jadi hidangan utama.
Nak belajar buat nasi lemak yang mudah dan sambal yang sedap? Jom follow resepi Cik Puan Chek Kuna Ahmad ni. Pertama kali buat ikut step by step yang dikongsikan, memang menjadi!
RESEPI NASI LEMAK
Bahan- bahan yang diperlukan adalah :
- Beras
- 1 biji kelapa parut (kisar – dapatkan 2 kali perahan santan)
- Garam secukup rasa
- Daun pandan
- Hirisan halia ( jika suka )
CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK :
▶ Mula- mula, basuh beras bersih- bersih dan toskan.
▶ Kemudian, masukkan santan mengikut sukatan beras. Jika tak suka terlalu berlemak, boleh lebihkan air dan kurangkan santan. Sukatan air, sama macam kita masak nasi seperti biasa.
▶ Masukkan sedikit garam, carik- carikkan daun pandan dan simpulkan. Masukkan sekali dalam periuk nasi kita.
▶ Nak masak nasi lemak ni, boleh masak pakai rice cooker atau dapur gas. Jika masak gunakan dapur gas, kena kerap cek kan supaya nasi masak sekata dan tidak hangit bahagian bawah.
▶ Biarkan nasi masak seperti biasa.
Kalau makan nasi lemak, tak sahlah kalau tak ada sambal ikan bilis dan telur rebus. Walaupun sekarang ni nasi lemak dah boleh dimakan dengan pelbagai sambal, seperti sambal sotong, sambal kerrang, sambal paru, tapi sambal bilis adalah keutamaan!
Nak buat sambal bilis ni, senang je sebenarnya. Jom saya kongsikan cara- cara nak buat sambal ikan bilis yang sedap.
RESEPI SAMBAL IKAN BILIS
Bahan- bahan yang digunakan adalah :
- ½ mangkuk ikan bilis
- 1 biji bawang besar ( dihiris sebagai hiasan)
- 1 kepung asam keping
- Garam secukup rasa
- 3 sudu gula pasir
- Sedikit gula nisan / Gula kabong
BAHAN KISAR :
- 3 biji Bawang kecik
- 3 biji Bawang besar
- Secubit ikan bilis mentah
- Sedikit belacan ( bakar dulu untuk lebih sedap )
BACA JUGA: Cara Buat Nasi Ayam Tak Perlu Tumis. Rahsia Goreng Ayam Rangup Di Luar Tapi Juicy Di Dalam!
CARA PENYEDIAAN SAMBAL IKAN BILIS :
▶ Mula- mula kisar bahan kisar sehingga hancur.
▶ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilik dahulu. Goreng garing tau. Lebih sedap dimakan.
▶ Ikan bilis dah garing, angkat dan toskan.
▶ Gunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar tadi sehingga naik bau.
▶ Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak
▶ Bila dah pecah minyak, masukkan gula dan sedikit air supaya cilinya tak hangit. Nanti tak sedap.
▶ Seterusnya, masukkan asam keping, gula nisan dan garam secukup rasa.
▶ Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris dan gaulkan dengan kuah.
▶ Sebelum tutup api, masukkan ikan bilis yang digoreng mula- mula tadi.
▶ Rasa semua dah cukup, boleh padamkan api.
** Tip untuk goreng ikan bilis dan kekal garing, basuh ikan bilis dan toskan dahulu. Goreng menggunakan api yang sederhana, Jangan terlalu kuat dan jangan terlalu kecil apinya.
Wah! Dah siap nasi lemak sambal ikan bilis kita! Nasi lemak ni selain sambal ikan bilis, boleh dihidangkan bersama dengan telur rebus, timun, kacang tanah goreng dan juga papadom.
Untuk anak- anak kecik, boleh gorengkan ayam yang digaul garam dan kunyit. Gaulkan dengan nasi lemak, memang sedap!
Jika nak buat sambal, memang ada yang suka letakkan bawang putih, dan ada juga yang tidak suka. Untuk kekalkan rasa manis sambal. Terpulang kepada cara kita, yang penting seluruh ahli keluarga suka untuk menjamu selera!
Selamat mencuba semua!