Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Lemak Basmathi Dan Sambal Kerang Yang Power. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

0 1,525

Nasi lemak sering kali menjadi menu sarapan pagi dan sudah tentu ramai penggemarnya. Hari ini kita akan ikuti satu perkongsian resepi nasi lemak basmathi dan sambal kerang yang power. Sekali cuba pasti nak lagi tau!

Nasi lemak juga akan dijual diwaktu pagi. Biasanya peniaga kecil akan menjualnya di tepi jalan dan juga warung-warung. Kedai makan mamak dan restoran yang buka awal pagi juga, biasanya akan menjualnya.

Secara tradisionalnya, nasi lemak akan dimasak dan dibungkus menggunakan daun pisang. Sehingga kini juga, kaedah membungkus menggunakan daun pisang masih lagi digunakan.

Secara modennya pula, rata-rata penjual nasi lemak menggunakan polistren untuk membungkus nasi lemak. Nasi lemak boleh dimakan dengan pelbagai jenis sambal. Contohnya sambal sotong, sambal ikan bilis, sambal ayam dan macam-macam lagi.

Untuk nasi lemak yang dikongsikan oleh Cik Puan Mariana Zainal ini pula, beliau menggunakan basmathi dan juga sambal kerang. Beliau juga memberi nama resepi ini sebagai nasi lemak basmathi dan sambal kerang by mariana zainal.

 

RESEPI NASI LEMAK BASMATHI DAN SAMBAL KERANG

Beliau juga memberi resepi sambal kosong untuk nasi lemak ini. Tanpa membuang masa lagi apa kata kita lihat bahan-bahan memasak untuk ketiga-tiga hidangan istimewa ini. Jom kedapur memasak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk nasi lemak :
  • 4 cawan beras basmathi
  • 1 cawan santan pekat
  • 5 cawan air
  • Sebesar ibu jari halia (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 sudu teh lada hitam (yang masih bulat)
  • 3 pcs bunga lawang
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • 2 sudu teh garam

 

CARA PENYEDIAAN NASI LEMAK BASMATHI :

▶️ Basuh beras dan toskan.

▶️ Masukkan kesemua bahan dan beras dalam periuk nasi elektrik. Tekan cooked. Biarkan sehingga masak.

▶️ Apabila button dah naik, jangan kacau nasi tu lagi. Biarkan dulu, selepas 15 minit baru kacau supaya nasi tak hancur.

Bahan untuk sambal kosong :
Bahan kisar :
  • 35 tangkai cili kering
  • 3 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 1/2 sudu teh belacan (sedikit)
  • 1 1/2 cawan minyak masak

 

Bahan lain :
  • 1 biji bawang besar(dihiris)
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar air asam jawa(sederhana cair)
  • Sedikit garam
  • Sedikit bahan perasa

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KOSONG :

▶️ Masukkan bahan kisar dalam kuali dan masak guna api sederhana. Jangan letak minyak dah ye sebab kita dah kisar dengan minyak. Ini salah satu teknik bila masak sambal tak merecik.

▶️ Bila cili dah mula masak elok, masukkan bawang hiris, gula pasir, gula merah, air asam jawa dan bahan perasa.

▶️ Masak hingga pekat. Dah pekat, perasakan dengan garam. Boleh buang lebihan minyak. Siap!

Bahan untuk sambal kerang :
  • 3 kg kerang (rebus dan ambil isi sahaja)
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu besar garam
  • 1 sudu teh bahan perasa
  • 1 cawan air

 

Bahan kisar :
  • 2 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Sebesar ibu jari halia
  • 35 tangkai cili kering
  • 3 sudu besar ikan bilis
  • 1 cawan minyak masak

 

Bahan hiasan :
  • 1 biji besar besar (dipotong bulat)

 

CARA PENYEDIAAN SAMBAL KERANG :

▶️ Masukkan bahan kisar dalam kuali. Masukkan juga asam keping, gula, garam dan bahan perasa. Tumis hingga naik minyak dan garing. Gunakan api sederhana dan kacau sesekali.

▶️ Apabila sambal dah masak elok, masukkan kerang dan air secukupnya.

▶️ Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat tadi.

▶️ Bila sambal agak pekat, tutup api. Siap!

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Cucur Udang Kuah Kacang. Pilihan Minum Petang Anda Bersama Keluarga!

 

Siap untuk dihidang! Nasi lemak ni wajib dihidang dengan telur rebus, ikan bilis goreng dan juga kacang goreng. Walaupun tidak dimasukkan resepinya disini, anda boleh menyediakannya sendiri. Barulah nasi lemak kita lengkap.

Beliau juga meninggalkan tips dalam resepi ni. Menuru beliau, nak nasi yang lebih lembut tambah 1/2 cawan lagi air. Dan jika anda guna beras biasa, gunakan sukatan 1 cawan beras dan 1 cawan setengah santan cair.

Lepas ni nak buat nasi lemak menggunakan basmathi anda boleh gunakan resepi ini. Sambal kerang juga ramai penggemarnya. Semoga resepi nasi lemak basmathi dan sambal kerang ini bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open