Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Dagang Terengganu Paling Power. Sekali Cuba Pasti Nak Lagi Dibuatnya!

0 1,059

Sebut je pasal nasi dagang, siapa je yang tak kenal dengan menu masakan yang paling popular kat Pantai Timur Terengganu ni kan. Mesti korang pun antara penggemar masakan ni. Sesiapa je yang pernah makan nasi dagang Terengganu ni, mesti akan jatuh cinta dengan keenakannya.

Kalau pegi Terengganu, biasanya nasi dagang ni akan jadi menu jualan untuk sarapan pagi. So, nasi ni korang akan jumpa je kat mana-mana kedai makan atau warung di Terengganu. First time saya sampai ke Terengganu dan rasa nasi dagang ni. Saya pun dah fall in love dengan nasi ni.

Nasi yang di masak untuk nasi dagang ni memang cantik. Sebab menggunakan basmathi. Seketul-seketul nasi dan rasa berlemak. Di makan pula dengan gulai ikan aye yang pekat dan acar timun lagi sedap weh! Boleh tearangkat di buatnya. Ramai juga orang Terengganu yang merantau dan jual nasi dagang ni.

Kat tempat saya bukan main susah lagi nak dapat nasi dagang. Nak dapat sebijik macam makan kat ganu tu memang susah. Mungkin sebab penggunaan rempah gulai yang asli dari ganu kot. Hari ni pun, tekak nak makan nasi dagang. Terjumpa pula resepi ni. Nampak menarik dan mudah. Boleh sangat kalau nak buat sendiri.

Resepi nasi dagang ni telah di kongsikan oleh Cik Puan Masmye Masmye melalui laman Facebooknya. Beliau asalnya orang Pantai Timur dan menetap lama di utara. Katanya memang tak reti masak laksa tapi terer buat nasi dagang. Ha! Korang wajib cuba okey. Ni resepi asal dari Terengganu tau!

 

RESEPI NASI DAGANG TERENGGANU

Resepi ni menggunakan rempah gulai timbang. Korang pun boleh minta kekawan yang dari Terengganu beli bila balik nanti. Tak pun beli online kat Shopee pun ada. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan. Sukatan utk nasi 4 kilo adalah untuk 6 ekor ikan aye gulai.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
  • Beras biasa+basmathi

 

Bahan untuk gulai nasi dagang :
  • Sekilo ikan
  • asam keping
  • Garam

*Rebus semalaman lagi sedap

 

Bahan blend :
  • Bawangbesar
  • Bawangputih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Cili kering

 

Bahan-bahan lain :
  • Rempah nasi dagang (bancuh dengan sedikit air) – guna timbang pun boleh
  • Sedikit belacan
  • Nisan
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Santan
  • Lada marang/ cili merah
  • Belimbing buluh

CARA PENYEDIAAN NASI DAGANG TERENGGANU :
Cara penyediaan nasi :

▶️ Beras biasa+basmathi basuh bersih dan rendam sebelum masuk tidur. Esok pagi sejat bagi kering.

▶️ Kukus beras agak-agak dalam 30 minit. Angkat dan arong dengan sedikit air. Agak-agak untuk elak nasi jadi keras.

▶️ Kukus balik dalam 20 minit. Angkat dan arong dengan santan pekat yang telah dimasak dengan sedikit garam dan gula.

▶️ Anggaran santan dalam setengah kilo. Kombinasi garam kena rasa lebih sedikit masin dihujung lidah untuk bagi nasi rasa lemak, yang ni petua tau. Siap!

Cara penyediaan gulai nasi dagang :

▶️ Sekilo ikan direbus dengan asam keping dan sedikit garam. Rebus semalaman lagi sedap.

▶️ Tumis bahan blend sampai pecah minyak. Baru masukkan rempah nasi dagang bancuh dengan sedikit air.

▶️ Masukkan sedikit belacan, nisan, garam dan ajinamoto.

▶️ Masukkan pula ikan rebus tadi bersama dengan air rebusan ikan dan santan. Masak sampai mendidih. Last baru tabur lada marang dan belimbing buluh (jika ada).

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resepi Kentang Viral Yang Rangup Bila Di Makan. Sedap Sangat, Anak-Anak Mesti Suka!

 

Untuk acar tu korang boleh potong je timun, lobak merah, cili dan bawang besar. Semua bahan korang hiris memanjang. Lepas tu masukkan gula, garam dan cuka. Suaikan dengan tekak, dah siap! Mudah kan. Barulah boleh makan dengan nasi dan gulai ikan aye.

Raya-raya macam ni, korang mesti nak makan nasi dagang juga kan. Raya mengejut hari tu, sampat tak masak gulai? Open house ni korang masaklah. Bagi tetamu rasa makan nasi dagang Terengganu. Confirm bertambah-tambah dibuatnya. Resepi asli dari Terengganu pun dah ada kan. Jom try!

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan Masmye Masmye kerana sudi berkongsi resepi nasi dagang Terengganu ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open