Join group komuniti "Kongsi Resepi Orang Suka" kami di facebook untuk dapatkan update resepi menarik setiap hari
Resepi Nasi Butter, Sup Chicken Meatball Dan Ayam Goreng Ala-Ala KFC. Confirm Tak Cari KFC Dah Lepas Ni!
Penggemar set nasi ayam goreng KFC wajib cuba resepi ni. Resepi nasi butter, sup chicken meatball dan ayam goreng ala-ala KFC. Sekali cuba confirm tak beli KFC dah lepas ni. Sedap, jimat dan boleh makan sepuas-puasnya.
Mudah sangat nak buat resepi ni. Bila ada kelapangan hujung minggu, boleh sangat cuba resepi ni dirumah untuk hidangan anak-anak. Kalau asyik nak ke KFC je alamatnya kapok juga la poket kita kan. Memag tak rugi korang cuba resepi ni.
Nasi butter ni mempunyai rasa lemak berkrim sebab ada campuran susu freshmilk. Dan cara masaknya pun sangatlah mudah. Cuma perlu tumis semua bahan dalam kuali dan alihkan ke dalam periuk nasi. Biarkan je nasi masak macam biasa nanti.
Teksture ayam goreng pula sangatlah rangup dan juicy. Mengalahkan KFC tau. Tak memelukan bahan yang banyak pun. Anda cuma perlukan 2 jenis tepung bestari iaitu spicy dan original sahaja. Dan hasilnya sangat-sangat lah sedap. Confirm nak lagi lah!
Resepi ini telah menjadi perhatian ramai di Facebook Cik Puan Syue Haida. Dan telah mendapat 61k share serta 5.2k like di wall Facebook beliau. Sehingga hari ini, resepi hidangan ala-ala KFC ni masih lagi menjadi kegilaan ramai. Rugi sangat kalau tak cuba!
RESEPI NASI BUTTER, SUP CHICKEN MEATBALL DAN AYAM GORENG ALA-ALA KFC
Ada yang rasa tak sabar nak cuba resepi ni? Ha! tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan memasak yang diperlukan. Juga diingatkan, sukatan resepi ni khas untuk hidangan 5 orang makan. Boleh kurangkan dan boleh lebihkan ikut keperluan masing-masing.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan untuk nasi butter :
- 4 cawan beras
- 4 biji bawang putih (ketuk dan potong halus-halus)
- 1 biji bawang merah (hiris nipis-nipis) Optional
- 125 g butter
- Halia (ketuk biar pecah sikit)
- 1 cawan freshmilk (apa-apa brand janji full cream)
- 1 kiub pati ayam maggie
- Garam
Bahan-bahan untuk ayam goreng ala-ala KFC :
- 10 ketul ayam
- 1 cawan tepung bestari original
- 1 cawan tepung bestari spicy
Bahan-bahan untuk sup chicken meatball :
- leher/kaki ayam potong kecil-kecil
- 10 biji chicken meatball
- Daun sup
- 1 kiub pati ayam
- Halia (ketuk)
- Bawang putih
- 3 cawan air
- Garam secukupnya
CARA PENYEDIAAN NASI BUTTER, SUP CHICKEN MEATBALL DAN AYAM GORENG ALA-ALA KFC :
Cara masak nasi butter :
▶️ Panaskan kuali, masukkan butter dan tumis bawang putih. Boleh tumis sekali dengan bawang merah sampai naik bau.
▶️ Masukkan halia
▶️ Masukkan freshmilk dan kacaukan sekejap dalam 2 minit
Cara masak ayam goreng ala-ala KFC :
Cara masak sup chicken meatball :
BACA JUGA : Cara Buat Sambal Rambutan Yang Luar Biasa. Manis dan Pedas Rasanya, Sedap Sangat!
Wow! Sedapnya hidangan ala-ala KFC ni. Patut lah ramai request nak follow resepi ni. Dan sudah tentu anak-anak jadi penggemar setia resepi ini kan. Mesti ada yang ketagih dah dengan resepi ni. Jimat duit poket, takde asyik Masuk KFC lagi lepas ni.
Dinasihatkan kalau ada anak umur bawah 3 tahun. Better guna tepung original sahaja. Campuran tepung ni sesuai untuk rasa orang dewasa. Sebab rasanya sama macam ayam goreng spicy.
Diucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Puan Syue Haida kerana sudi berkongsi resepi nasi butter, sup chicken meatball dan ayam goreng ala-ala KFC ni kepada kita semua. Beliau juga salah seorang yang gemar berkongsi resepi di group kongsi masakan. Semoga resepi ni bermanfaat buat semua. Selamat Mencuba!