Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Nasi Ayam Homemade Yang Mudah Dan Sedap. Nak Buat Niaga Pun Boleh. Anak-Anak Pun Suka Makan!

0 624

Ada tak kat sini penggemar nasi ayam kat sini? Kalau korang penggemar nasi ayam, apa kata korang usha resepi nasi ayam homemade yang lengkap di sini. Mudah dan sedap sangat hasilnya. Anak-anak pun suka sangat makan. Boleh juga jadikan hidangan untuk open house raya ni.

Nasi ayam ni boleh di masak dengan macam-macam cara. Wajib hidang dengan sup, sambal, kicap dan bahan hiasan seperti timun, salad dan tomato. Kalau takde hidangan tambahan ni tak sedap dan tak lengkap rasanya nak makan nasi ayam tu nanti.

Nasi ayam ni biasa je kita jumpa kat kedai-kedai makan dan kat pasar malam. Biasanya jadi hidangan makan tengahari orang-orang yang bekerja. Nak makan nasi ayam kat chicken rice shop boleh tahan mahal jugak. Kopak poket kalau makan hari-hari kan.

Resepi nasi ayam yang dikongsikan oleh Cik Puan CT Nazura ini merupakan resepi niaga beliau dulu. Korang nak gunakan untuk niaga pun boleh. Untuk pengemar nasi ayam pula, bolehlah try hujung-hujung minggu nanti. Korang mesti fall in love dengan resepi ni.

Untuk pengetahuan korang, resepi ni dah viral 2.7k kat Facebook. Nampak tak berapa ramai yang suka makan nasi ayam ni. Terus teringat pula masa belajar dulu, balik je kelas mesti pegi beli nasi ayam kat depan hostel. Murah giler kat situ. Tapi, sekarang tak dapat lagi lah. Nak jimat, baik masak sendiri.

 

RESEPI NASI AYAM HOMEMADE

Tanpa membuang masa lagi, apa kata kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak nasi ayam kat bawah ni. Kalau dah lengkap semua bahan. Boleh lah terus masak! Raya kan sebulan, jamuan raya kat office nanti korang bawa lah nasi ayam ni. Confirm ramai yang suka!

 

Bahan-bahan untuk nasi :
  • Bwg merah*
  • Bwg putih*
  • Halia*
  • Kayu manis
  • Buah pelaga
  • Susu pekat manis
  • Plnta
  • Sdikit serbuk kunyit
  • Daun pandan
  • Minyak
  • Air rebusan ayam

 

Bahan-bahan untuk sambal :
  • Cili merah
  • Cili api
  • Bwg putih
  • Tomato
  • Sos cii
  • Garam
  • Ajinamoto
  • Gula

 

Bahan-bahan untuk ayam (Potong 4) : 
  • Rebus ayam dulu
  • Sos tiram
  • Sdikit minyak
  • Bwg putih(ketuk)
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Garam

 

Bahan untuk kicap :
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Tepung jagung
  • Bwg putih (ketuk)

 

Bahan-bahan untuk sup :
  • Halia
  • Bwg merah
  • Bwg putih

Bahan-bahan hiasan : 
  • Timun (dihiris)
  • Tomato (dihiris)
  • Salad

CARA PENYEDIAAN NASI AYAM :
Cara penyediaan nasi :

▶️ Blander bahan yang bertanda tu. Tumis dengan minyak, letak kayu manis dan buah pelaga.

▶️ Basuh beras, letak barang yang tumis tadi, plata, susu, daun pandan, nenas (blander), garam, secubit serbuk kunyit. Lepas tu nanti dah kering, letak minyak yang goreng ayam tu kacau dan tutup semula.

Cara penyediaan sambal :

▶️ Blander semua bahan. Masak sos cili, garam, ajinamoto dan gula.

Cara penyediaan ayam (Potong 4) :

▶️ Satukan smua bahan dan sapu kat ayam yang dah direbus. Perap setengah jam lepas tu goreng.

Cara penyediaan kicap :

▶️ Satukan semua bahan kicap. Bancuh tepung jagung dengan air masukkan semua bahan tu. Kalau agak pekat letak air, garam dan gula.

Cara penyediaan sup :

▶️ Blander semua bahan. Tumis air rebusan ayam tadi. Letak garam, ajinamoto, daun sup dan bawang goreng.

 

 BACA JUGA : Cara Mudah Buat Pizza Guna Roti Arab Yang Paling Sedap. Ala-Ala Pizza Style USA Hasilnya!

 

Siap untuk dihidang! Letak nasi dan ayam. Curah pula sambal, kicap, sup dan hias dengan tomato, salad dan timun. Perfect! Barulah rasa nikmat sebenar nasi ayam. Kalau saya, saya suka bagi basah nasi ayam tu. Untuk anak-anak pula, korang hidang tak letak sambal pun dah cukup. Pedas nanti!

Bahagaian ayam tu, sebenarnya korang boleh pilih nak bahagian apa. Nak thigh, paha ataupun kepak. Bahagian-bahagian tu memang selalu je habis kalau beli kat kedai. Ramai yang kurang suka dengan isi ayam ye. Korang tengok gambar nasi ayam ni pun dah cukup menyelerakan.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Cik Puan CT Nazura kerana sudi berkongsi resepi nasi ayam homemade yang mudah dan sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open