Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

https://kongsiresepi.my/simple/cara-mudah-buat-popia-stick-viral-rangup-krup-krap-krup-krap-bunyinya-anak-anak-pasti-suka.html

0 2,597

Ada tak penggemar nasi arab mandy kat sini? Kalau ada apa kata anda follow resepi nasi arab mandy ayam homemade yang lengkap macam kat kedai di sini. Memang puas hati dengan rasanya. Duit poket pun jimat, tak panah nak bayar mahal-mahal lagi.

Terasa juga nak makan nasi arab berbuka puasa nanti. Terus rasa rindu makan nasi arab kat madinah dulu. Nasinya boleh tahan banyak ye. Tapi, rugi kalau tak habiskan. Bukan selalu dapat makan dan rasa nasi arab yang ori dari arab saudi kan.

Kat Malaysia pun, restoran arab selalu je penuh. Ramai sungguh penggemarnya. Selain nasi arab mandy atau nama lainnya nasi khabsa banyak lagi hidangan arab yang ada di situ untuk anda cuba. Termasuklah hidangan berasaskan kambing.

Masa pegi umrah dulu, ada sorang kawan dari madinah ajak makan kat restoran arab. Fuhh! Terkejut juga tengok possion mereka makan. Banyak ye! Semuanya pun nampak menarik dan sedap-sedap belaka. Tapi, kalau hidang kat kita orang Malaysia ni macam susah je nak habis. Sebab banyak sangat!

Ha! Mesti ada yang dah tak sabar nak cuba resepi nasi arab mandi ayam ni kan. Kalau macam tu, jom kita follow resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Nik Imana ni. Confirm nak lagi dibuatnya!

 

RESEPI NASI ARAB MANDY AYAM

Sebelum ni, resepi nasi arab ni dah pernah beliau kongsikan di group MAHN. Maklum lah, masa PKP semua orang tak dapat nak keluar makan nasi arab macam biasa kan. So, terpaksa lah masak sendiri di rumah. Jom lihat bahan-bahan memasak yang diperlukan.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan untuk rebus ayam :
  • Ayam bahagian whole leg
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1/2 sudu lada hitam
  • 1/2 jintan manis
  • 1/2 sudu jintan putih
  • 1/2 sudu ketumbar
  • 1 biji pati ayam
  • Sedikit garam
  • 1 biji tomato
  • 1 biji cili hijau (dipotong)

 

Bahan untuk nasi :
  • 3 pot beras basmathi
  • 1 sudu planta/minyak sapi
  • Tumiskan sedikit biji ketumbar
  • Lada hitam
  • Jintan manis
  • Jintan putih
  • Bay leaves
  • Garam
  • Daun ketumbar
  • Pewarna kuning

 

Bahan untuk masak ayam :
  • Sedikit madu
  • Serbuk perasa
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk cili
  • Hirisan lemon

 

Bahan untuk selatah :
  • Bawang holland (dipotong)
  • Timun batang (dipotongkecil)
  • Tomato (dipotong kecil)
  • Lemon/ cuka
  • Garam
  • Gula

 

Bahan untuk sambal nasi arab :
  • Cili merah (Blend)
  • Tomato (Blend)
  • Daun ketumbar (Blend)
  • Garam
  • Perahan lemon

* Blend semua bahan diatas dan perasakan dengan garam & perahan lemon.

 

Bahan untuk sup :
  • Air rebusan ayam
  • Akar daun ketumbar
  • Garam
  • Serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN NASI ARAB MANDY AYAM :

▶️ Rebus ayam bahagian whole leg tu dengan kulit kayu manis, lada hitam, jintan manis, jintan putih, ketumbar, pati ayam, sedikit garam, tomato & cili hijau.

▶️ Rebus beberapa ketika supaya ayam masak dibahagian dalam. Kemudian, toskan ayam. Rrempah-rempah tu kalau tak suka tergigit, boleh blend bagi hancur.

▶️ Untuk masak nasi, guna 3 pot beras basmathi. Cuci dan rendam setengah jam. Kalau guna beras biasa tak payah nak rendam, nanti nasi akan hancur.

▶️ Panaskan 1 sudu planta/minyak sapi, tumiskan sedikit biji ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih. Kalau takut tergigit boleh blend halus. Tumis sekali dengan bay leaves. Sedikit tu maksudnya secubit ye.

▶️ Tumis semua sampai naik bau dan masukkan beras yang dibasuh tadi.

▶️ Goreng sekejap, kemudian masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan biasa anda masak nasi. Jangan lupa letak sedikit garam.

▶️ Bila nasi dah kering, taburkan daun ketumbar & buat lubang pada nasi tu sikit untuk letakkan pewarna kuning. Kemudian, biarkan sampai nasi masak.

▶️ Ayam yang ditoskan tu sapu sedikit madu, serbuk perasa, serbuk kunyit, serbuk cili.

▶️ Kemudian, letak hirisan lemon & panggang dalam air fryer/oven. Kalau nak masak ayam letak dalam nasi pun boleh tapi kalau tak suka boleh panggang je.

▶️ Untuk salatah, potong bawang holland, timun batang & tomato kecil-kecil. Kemudian, perah lemon, garam, gula & kacau. Kalau takde lemon, guna je cuka pun boleh.

▶️ Untuk sambal nasi arab, blend cili merah, tomato & daun ketumbar. Perasakan dengan garam & perahan lemon.

▶️ Untuk sup pula, lebihan air rebusan ayam tadi dan tambah akar daun ketumbar. Kemudian, perasakan dengan garam & letak serbuk kunyit untuk nampak kuning.

▶️ Akhir sekali, boleh hidang ayam dan letak atas nasi. Siap!

 

BACA JUGA : Cara Mudah Buat Popia Stick Viral. Rangup Krup Krap Krup Krap Bunyinya, Anak-Anak Pasti Suka!

 

Fuh! Lengkap hidangan nasi arab mandi ayam ni! Dah siap sekali dengan sambal, salatah dan sup pula tu. Tinggal makan je nasi arab dengan semua condiments tu sampai lah semua tersadai di dinding kekenyangan. Rasa macam makan kat kedai tau!

Jangan pelik tengok cili besar tu. Kalau nak makan nasi mandy ni, memang lagi sedap bila gigit cili sekali. Padu! Banyak lagi resepi yang pernah Cik Puan Nik Imana kongsikan di laman Facebooknya. Dan semuanya sedap-sedap belaka. Kalau ada masa boleh la try resepi lain pula.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada beliau, kerana sudi berkongsi resepi nasi arab mandy ayam ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Selamat berbuka puasa dan selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open