Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Mee Champa Pedas Berasap Yang Paling Sedap. Berpeluh Satu Badan Dibuatnya!

0 499

Pasti ramai yang ternanti-nanti resepi mee champa ni kan? Hidangan istimewa yang pedas dan berasap ini boleh buat berpeluh satu badan. Apa kata hari ni kita ikuti perkongsian resepi mee champa ini di sini. Sedap sangat hasilnya!

Mee champa merupakan masakan yang asalnya dari Kemboja. Keenakannya sungguh tak terkata. Dan sudah pasti ada juga antara kita yang sudah membayangkan nikmat makan mee champa yang dimakan panas-panas.

Sup mee champa ini perlu dimasak lama, lebih kurang 5-6 jam. Tujuannya adalah untuk menghasilkan bone broth pada sup. Bone broth adalah stok yang berkhasiat yang dihasilkan dari rebusan tulang yang dimasak lama dan menggunakan api yang kecil.

Bone broth mempunyai banyak manfaat, antaranya ialah awet muda, tidur lebih nyenyak, tulang lebih sihat dan kuat, sumber tenaga dan macam-macam lagi. bone broth ini antara makanan tradisional orang dulu yang masih ramai penggemarnya.

Walaupun hidangan ini perlu dimasak lama, hasilnya sungguh tidak mengecewakan. Jadi, untuk menikmatinya dirumah, apa kata kita ikuti perkongsian resepi mee champa dari Encik Tahrunnisah Jali ini. Confirm terangkat dibuatnya!

 

RESEPI MEE CHAMPA

Selain kuah atau sup, beberapa hidangan lain juga diperlukan untuk melengkapkan lagi hidangan mee champa. Antaranya sambal lada, minyak bawang putih dan bahan-bahan aksesori yang lainnya. Jom masak!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan kuah :
  • 1 1/2 – 2 kg daging lembu beserta tulang (untuk dibuat bone broth)
  • 3 liter air
  • 4 biji bawang holand (dipotong 4)
  • 3 biji bawang besar (di potong 4)
  • 2 inci lengkuas dipotong nipis (dihiris nipis)
  • Seekor sotong kering sebesar tapak tangan (Optional)
  • Seikat daun ketumbar
  • Daun bawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 1/2 cawan sos ikan
  • Gula
  • Garam
  • perasa jika suka
  • Serbuk lada sulah atau serbuk lada hitam
  • 3 kiub stok perisa daging

Bahan sambal lada :
  • 4 biji lada merah (besar)*
  • 20-30 biji cili api*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 2 sudu besar cuka
  • Sedikit garam

 

Bahan untuk minyak bawang putih :
  • 3 labu bawang putih (dibersihkan dan dipotong halus)
  • 1 cawan minyak jagung

Aksesori lain :
  • Kuey teow, bihun, mee champa
  • Daun ketumbar, daun sup, daun bawang
  • Limau nipis
  • Hirisan daging
  • Minyak bawang putih
  • Lobak asin (dipotong halus)
  • Sambal lada
  • Tauge
  • Kicap
  • Serbuk lada sulah/ lada hitam
  • Gula (tambahan jika suka manis)
  • Sos ikan (jika perlu)

CARA PENYEDIAAN MEE CHAMPA :
Cara penyediaan kuah mee champa :

▶️ Rebus tulang dan daging sampai lembut. Masa merebus ni agak lama sebab kita nak dapatkan bone broth.

▶️ Didihkan air rebusan dulu, kemudian masukkan daging dan tulang. Rebus dalam 30 minit hingga 1 jam.

▶️ Kemudian, buang air rebusan daging tadi beserta kotoran.

▶️ Masukkan air, tulang dan daging rebus tadi sekali lagi. Rebus lebih kurang 30 minit. Tengok lagi sekali samada air rebusan berbuih atau keruh. Jika berbuih dan keruh, buang lagi sekali airnya.

▶️ Masukkan air yang baru dalam 3 liter dan masukkan tulang serta daging rebus sekali lagi. Kali ini rebus sehingga daging empuk. Keluarkan daging dan rebus tulang selama 5-6 jam.

▶️ Sementara tunggu daging empuk, bakar bawang holand, bawang merah besar, lengkuas, sotong kering, kayu manis dan cengkih (Lihat gambar)

▶️ Bila dah keluarkan daging, rebus tulang tersebut dengan bahan-bahan yang kita bakar tadi.

▶️ Masukkan sos ikan, seikat daun ketumbar, serbuk lada hitam/ lada sulah, kiub stok perisa daging, garam, perisa serta daun bawang. Rebus dengan api perlahan. Siap!

Cara penyediaan sambal lada :

▶️ Rebus sehingga layu bahan-bahan yang bertanda * diatas.

▶️ Kemudian, toskan dan kisar sehingga hancur beserta dengan cuka dan garam. Siap!

 

Cara penyediaan minyak bawang putih :

▶️ Panaskan minyak dan masukkan bawang putih.

▶️ Goreng sehingga kekuningan dan tutup api. Siap!

Cara hidang mee champa : 

▶️ Hidang mee champa dengan bahan aksesori seperti kicap, perah asam limau, sambal lada, minyak bawang putih dan serbuk lada hitam/ lada sulah.

▶️ Tambahkan dengan sos ikan jika suka dan juga perasakan dengan gula jika suka manis. Bahan tambahan ini adalah penyedap mee champa kita. Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Goreng KFC Homemade Yang Rangup Dan Sedap. Cuma Guna 2 Bahan Perapan Je!

 

Sebelum hidang kuah, pastikan tapis dahulu supaya bawang dan segala rempah tak termasuk dalam mangkuk mee champa. So, kuah akan nampak bersih. Takde lah tergigit rempah masa nak makan nanti.

Penggunaan sotong kering merupakan pilihan. Kalau nak dapatkan rasa yang lagi sedap, anda perlu sediakan sotong kering. Sebab rasa kuah lebih kick, bila anda  mencampur sotong bakar dalam kuah. Kalau takde pun, tak jadi masalah. Abaikan je.

Pastikan lengkap semua hidangan sebelum dimakan. Barulah rasa nikmat makan mee champa yang sedap ini. Hidang panas dan pedas, confirm terangkat! Semoga resepi mee champa ini bermanfaat buat kita semua. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open