Perkongsian Resepi Sedap dan Mudah Setiap Hari

Resepi Lengkap Masak Mee Kari Padu. Memang Puas Hati Dengan Rasanya. Sedap Sangat!

0 251

Ada yang terasa nak makan mee kari tak? Ha! Apa kata korang tengok resepi lengkap masak mee kari padu kat sini. Memang korang puas hati dengan hasil dan rasanya. Sedap sangat! Lauk penuh dengan seafood. Kuah karinya pun pekat. Boleh licin mangkuk dibuatnya!

Mee kari ni orang tak buat hari-hari. Biasanya akan dijadikan menu untuk open house atau jamuan. Kalau nak buat mee kari ni hujung minggu sesuai lah. Sebab bahan nak masak mee kari yang sedap macam ni boleh tahan banyak juga. Kalau guna bahan yang banyak, mesti renyah sikit kerja nak masak nanti.

Kat tempat saya memang takde jual mee kari yang padu macam ni. Semua kuah cair je. Susah nak jumpa mee kari kuah padu.  So, cara paling mudah kena buat sendiri. Rasa sakit hati beli mee kari yang tak ngam dengan tekak. Boleh spoil mood nak makan nanti.

Resepi mee kari padu ni telah di kongsikan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin. Tengok gambar pun dah kecur liur dibuatnya! Dapat perah dengan limau kasturi bagi masam-masam pedas lagi best. Syok je bila lalu kat tekak. Hirup pula kuahnya panas-panas. Memang umphhh!

Raya memang lah sebulan. Tapi raya haji ni tak meriah macam raya puasa. So, kurang juga lah orang nak buat open house. Mee kari ni antara menu yang sesuai sangat di hidang bila Hari Raya. Tapi, tak kan nak tunggu raya baru nak buat kan. Mesti Ada yang craving nak makan hari-hari biasa.

 

RESEPI MEE KARI PADU

Sukatan resepi ni untuk 15 orang makan. Bersamaan dengan 4 bungkus mee. Kena masak kuah dalam periuk besar sikit supaya senang. So, tak nak buang masa lagi. Jom kita lihat satu persatu bahan-bahan memasak yang diperlukan kat bawah ni.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :
Bahan-bahan tumis :
  • 5 biji bunga lawang
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 10 biji buah pelaga
  • 1/2 sk halba
  • 1sk serbuk jintan manis dan jintan putih
  • 5 – 6sb bawang merah dan putih
  • 4sb cili kering kisar bergantung kepedasan masing masing
  • 1sb serbuk cili (Sebagai penaik warna – optional)
  • 1sk pes asam jawa

 

Bahan rempah :
  • 3sb Serbuk Kari Ikan & Udang Baba’s (plastik kuning)
  • 3sb Serbuk Kari Ikan Pedas Baba’s (plastik merah kuning)
  • 2sb Rempah Sup Baba’s
  • 2sb Serbuk Kurma Baba’s

Bahan Aksesori :
  • Telur rebus
  • Daun sup
  • Cili api
  • Taugeh celur
  • Bawang goreng
  • Limau kasturi
  • Pak choy celur atau sayur kegemaran yang lain

Bahan lain :
  • Mee 4 bungkus. Sukatan ni sesuai untuk 15 orang makan.
  • Pati bilis dan pati ayam (Optional)
  • 6 biji ubi kentang saiz sebesar tapak tangan (direbus)
  • 2500ml + 2500ml air
  • Garam
  • 1 kotak santan

CARA PENYEDIAAN MEE KARI PADU :

▶️ Masukkan serai dan kacau hingga naik bau.

▶️ Bila bahan tumis sedikit garing, masukkan rempah. Jika tak nak masuk santan, lebihkan rempah.

▶️ Perlahankan api, gaul sebati hingga rempah naik bau dan garing.

▶️ Masukkan pati bilis dan pati ayam. Jika tak nak guna pati bilis boleh kisar bilis dengan bawang dan pati ayam gantikan dengan stok air rebusan ayam sedikit. Tak perlu banyak. Hanya sebagai penambah rasa.

▶️ Masukkan air sedikit dan biarkan rempah masak lama untuk lebih ummphh.

▶️ Sementara tu, kisar 6 biji ubi kentang saiz sebesar tapak tangan yang dah direbus. Jika suka pekat tanpa santan, boleh lebihkan ubi kentang.

▶️ Rempah dah pecah minyak boleh masukkan kentang kisar tadi.

▶️ Tambah 2500ml air lebih kurang, masuk garam. Biar mendidih. Tambah lagi air lebih kurang 2500ml.

▶️ Tak perlu tunggu menggelegak, boleh masuk terus fishball, fishcake dan tauhu goreng yang dah siap potong.

▶️ Masukkan santan 1 kotak, supaya rasa balance berlemak. Tak nak boleh abaikan. 1 kotak dah cukup. Suka lagi lemak tambah lagi satu kotak. 1 kotak lebih kurang 1 cawan santan pekat

▶️ Bila dah mendidih, menggelegak lama. Ulang sekali lagi. Bila mendidih, menggelegak lama. Baru masukkan bahan seafood. Bila masuk time menggelegak dah lama, cepat masak bahan seafood. Sotong bila tak overcook, isinya besar dan tak mengecut.

▶️ Udang pulak bila masak just nice, tak overcook bentuknya C bukan O. Ok, udang ni pastikan bersih dibuang najis kat atas belakang tu ya.

▶️ Masukkan pula kerang. Godak godak sikit, rasa dulu.

▶️ Dah cukup masin, masam, pedas dan lemak semua tu, tak perlu lama lama dah boleh tutup api.

▶️ Siap untuk dihidang!

 

BACA JUGA : Resipi Kek Coklat Moist Yang Mudah Dan Sedap! Kukus Dalam Bekas Plastik Je. Senang Nak Hidang Nanti!

 

Kalau cahaya on point, merah membara kuah ni tau. Hahaiii kecur. Tetap nak tabur cili api. Katanya pedas kari lain, tak sama pedas cili api. Kuah dah pedas tapi tetap nak tabur cili api. Barulah best nak makan nanti kan. Korang dah boleh ambil mee rebus, tuang kuah dan masukkan aksesori.

Wah! Memang padu habis resepi ni. Saya pernah terbaca orang masak mee kari ni dengan campuran biskuit marie hancur. Tujuannya untuk pekat kan kuah. Ada tak kat sini yang pernah cuba resepi tu. Macam menarik kan. Rupanya, bukan kentang je boleh guna untuk pekatkan kuah. Biskut marie pun boleh.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Cik Puan Norhidayah Mohd Aripin kerana sudi berkongsi resepi mee kari padu yang super sedap ini di Facebook. Semoga ianya bermanfaat buat kita semua. Jangan lupa like dan share. Save siąp-siąp. Hujung minggu nanti bolehlah buat. Selamat mencuba! 

Leave A Reply

Your email address will not be published.

Open